Monday, July 2, 2012

Anugerah Kecemerlangan SKBP 2012

Hari yang ditunggu-tunggu terutama Muhammad Ammar, Sabtu 30hb Jun2012. Nak naik pentas terima hadiah. Begitu juga kakaknya Siti Sarah sebab akan buat persembahan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Bertam Perdana 2012. Tapi sebelum itu dibuat perjumpaan guru kelas dengan ibu bapa, ditetapkan antara jam 9 - 10 pagi.
Kelas 4 Persada
Seawal 9 pagi kami ke kelas Siti Sarah dulu, 4 Persada di tingkat 3. Dengar apa yang cikgu kelas kata, Cikgu  Aziah. Adalah kurang sana-sini terutama dalam membuat karangan tapi keseluruhan Alhamdulilah semua OK.
Kelas 1 Perdana
Lepas tu ke kelas M Ammar, 1 Perdana. Berjumpa dengan Cikgu Rosnani. Pujian untuk Ammar suka menolong tapi suka berjalan dalam kelas dan tulisan macam doktor.

Habis saja berjumpa cikgu kelas kami ke dewan terbuka SKBP dimana acara penyampaian hadiah akan diadakan. Ammar dan Sarah dah pergi untuk persiapan mereka. Ibu bapa boleh kata dah ramai.

Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Eddly
Seterusnya ucapan Guru Besar Tn Hj Ahmad Baker.

Beliau menerangkan hadiah yang di berikan mungkin tak seberapa disebabkan penerima yang ramai jadi kalau nak lebih menarik ibu bapa boleh top up.

Diikuti ucapan oleh YDP PIBG En Abd Latif Saidin .

Akhir sekali ucapan perasmian oeh Tn Hj Mohd Zaki B Hj Harun dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

Beliau menyarankan ibu bapa membantu murid-murid untuk berjaya dalam pelajaran. Jangan mengharap kepada guru sahaja sebab seorang guru menjaga hampir 15 murid ( Tn Hj kira congak otak ) sedangkan ibu bapa menjaga paling ramai pun 5 orang anak. 

Beliau juga menggalakakan ibubapa menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah dan memberi bantuan apa yang patut. Diceritakan bahawa ada sekolah yang dahulunya corot menjadi cemerlang disebabkan penyertaan ibu bapa. Kadang-kadang ibu bapa tidak tahu aktiviti sekolah, jadi untuk mengwar-warkan program mereka telah menampal poster aktiviti sekolah seperti di kedai runcit.

Begitulah ucapan serba sedikit yang aku ingat.

Acara seterusnya ialah persembahan murid-murid. Persembahan kalam jamaie atau dalam bahasa melayu choral speaking.
Kalam Jamaie @ Choral Speaking
Acara yang dinanti-nanti oleh ibu bapa bermula. Penyampaian hadiah kecemerlangan dalam pelajaran.

Dimulai dengan Penerima Hadiah Top 10 untuk setiap tahun. Sebelum ini Ammar kata dia terima hadiah untuk "tok te". Puas nak paham benda apa dia cakap lalu kakak  dia kata Ammar dapat hadiah "top ten" kat sekolah, baru paham apa tu "tok te". Alhamdulillah M Ammar termasuk dalam senarai untuk tahun 1, dia menduduki tempat kesepuluh bersama seorang lagi kawannya.
Tok te, piala tak dapat lagi.

Seleseai saja untuk Tahun 6, seterusnya Penerima Hadiah untuk nombor satu hingga tiga bagi setiap kelas.
Nombor 3 dalam kelas. Ada bayang manusia dalam gambar nie. Sayang, benda tak boleh diulang.

Alhamdulillah Ammar dapat nombor 3 dalam kelas. Kali ini juga berkongsi tempat dengan rakannya. Beliau juga terbaik untuk Bahasa Inggeris.

Selesai semua kelas mendapat hadiah, diteruskan dengan acara persembahan. Kali ini Siti Sarah ambil bahagian. Persembahan kalam jamaie.
Sarah, kalam jamaie
Habis sahaja persembahan, acara disambung dengan penyampaian hadiah untuk Penerima Mata Pelajaran Tertinggi pula.

Aku tak tunggu acara habis, sebab ada acara lain perlu hadir.  Ucapan terima kasih tak terhingga kepada guru-guru SKBP yang telah mendidik anak-anak kami menjadi manusia berguna dan ucapkan terima kasih juga kepada guru-guru dan AJK PIBG yang telah menjayakan acara ini.

Walau kali ini Siti Sarah tak naik pentas terima hadiah tetapi beliau telah meningkat dalam pelajarannya. Semoga anak-anak kami menjadi orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat, Insyaallah.

Gambar-gambar lain klik kat sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...