Gambar hiasan
|
Sampai sahaja Ramadhan pasti akan ternampak baner tergantung di bahu jalan promosi buffet ramadahn di hotel-hotel berbintang cerah dan yang malap. Malahan di dalam akhbar pun di iklankan juga.
Tulisan besar atas baner : " Tawaran menarik Buffet Ramadhan. Harga buffet dari RM90 ++ (dewasa) dan RM50++ (kanak-kanak). Juadah melebihi 413 jenis. Masakan ala-kampung, ala-thai, BBQ dan wastern. Persembahan artis terkenal. Bilik solat disediakan ( tulisan kecil bawah baner )".
Rasanya tak ada lagilah baner buffet Ramadhan tertulis :
" Tawaran menarik Buffet Ramadhan. Harga buffet dari RM50 ++ (dewasa) dan RM20++ (kanak-kanak). Juadah melebihi 67 jenis. Masakan ala-kampung, ala-thai, BBQ dan wastern. Disediakan surau yang luas dan selesa dengan Imam Tarawih dari Makkah. Moreh selepas Tarawih melebihi 20 jenis ".
Tak salah pun berbuka kat tempat-tempat mewah tapi jangan membazir. Harap tahun ini melihat Ramadhan yang berbeza kearah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment