Dula aku ada tulis mengenai Hari Bersama Pelanggan Vs Hari Bersama Pekerja. Tapi kali ini aku nak tulis bagaimana seorang bos nak jumpa dengan pekerja tetapi bukan sepenuh hati. Buat perjumpaan atau mesyuarat sekadar untuk memuaskan hati staf, bukan nak menyelesaikan masalah. Nanti bolehlah war-warkan aku dah buat perjumpaan dengan staf. Ini yang aku dapat dan boleh dicuba:
1- Buat perjumpaan pada pagi hari Jumaat, sebab hari jumaat merupalkan hari bekerja yang tersingkat. Perjumpaan terpaksa dihabiskan sebelum sembahyang Jumaat. Jadi selamatlah tak ada banyak pertanyaan.
2- Sediakan persembahan multimedia seperti powerpoint. Tak kisahlah yang baru atau yang sedia maklum oleh staf ( diulang-ulang sampai jemu) atau ambil dari mana-mana sumber seperti menjaga alam sekitar atau pemanasan global. Janji buat persembahan multimedia dan ceritalah apa-apa kebenda walau orang dah tak mau dengar. Lagi panjang lagi baik. Kalau tak reti buat persembahan multimedia buatlah apa-apa pun macam tarian konga keliling bilik. Peduli apa kan kau tu bos. Buatlah cerita panjang sehingga masa habis dan ada sedikit sahaja yang boleh ditanya seperti kalau buku 100 mukasurat, 90 muka mukhadimah cuma 10 muka yang isi.
3- Apa-apa kesilapan atau kekurangan jangan lupa alihkan kepada Bos lama atau orang yang bertanggung jawab, walau kadang-kadang ia membuka pekung kelemahan diri sendiri.
4- Banyakkan cerita-cerita yang menunjukkan akulah bos terbaik dan telah memajukan syarikat. Diharap sangat staf akan percaya.
5- Pastikan makanan disediakan dan pastikan juga makanan siap sedia untuk dimakan ketika pertengahan perjumpaan dilakukan supaya orang tak sabar nak makan dari meneruskan perjumpaan.
6- Sentiasa senyum ketika berucap dan menjawab soalan supaya membangkit keyakinan staf bahawa apa yang diperkatakan itu benar.
7- Cuba hafal nama staf bawahan dan dibahagian mana mereka bekerja, jangan dok ingat nama staf atasan sahaja. Mengingati nama mereka akan menampakkan anda seorang bos yang perihatin.
8- Cerita juga pengorbanan yang telah dilakukan seperti datang kerja sampai tak tahu dimana bulan dan matahari untuk memajukan syarikat. Sedangkan staf lain pun buat lebih dari itu.
9- Pastikan anda tahu undang-undang dan peraturan syarikat. Kalau tak tahu boleh memalukan diri sendiri.
10- Pastikan anda tahu fungsi setiap bahagian kecil dibawah tadbiran anda dan tugas-tugas mereka. Jangan cakap asyik salah tempat atau dok ulang-ulang nama satu bahagian yang anda tahu saja.
11- Beritahu juga apa yang dicapaikan oleh syarikat akan dikongsi dengan staf cuma masa dan ketika sahaja yang ditunggu. Macam sembang ahli poloitik.
12- Buat seolah-olah anda akan mengambil tindakan segera bila ada isu berbangkit. Cepat-cepat buat arahan kepada yang berkenaan. Supaya nampak anda memang prihatin dan sentiasa memberi perhatian kepada permasaalahan yang timbul walau itu lakonan semata-mata.
13- Berfikir diluar kotak ( tak sedap aihh bahasa melayu, dalam orang putih 'think out of the box' ). Buat seperti no. 11 juga untuk apa-apa yang anda janjikan seperti kenaikan pangkat atau penambahan staf. Buat seolah-olah anda ada kuasa untuk membuatnya. Sedangkan staf bukannya bodoh sangat sebab mereka tahu anda bukan ada kuasa pun, setakat Bos kecil-kecilan diatas ada lebih 20 lapis Bos lagi. Lagipun apa-apa perkara yang melibatkan pihak lain perlu dibuat perancangan awal.
14- Buat muka terkejut seolah-olah anda tidak mengetahui sesuatu perkara seperti beban kerja berlebihan kepada staf atau peraturan-peraturan yang tidak diikuti walau staf dah kerap kali membangkitkan persolan tersebut. Dan buat-buatlah anda akan mengambil tindakan segera dan cari sesiapa yang akan menjadi kambing hitam untuk diletakkan masalah ini kepadanya.
15- Buat perjumpaan atau mesyuarat ini seolah-olah keynote dalam persidangan-persidangan. Bos lebih banyak percakap dan di hujung-hujung baru boleh buat sedikit pertanyaan.
16- Tak perlu ada tukang catit minit supaya tidak ada rekod yang boleh mengaitkan anda dengan apa-apa yang dijanjikan atau diucapkan.
17- Jadilah Bos untuk semua staf dan bahagian dibawah anda ( kalau jadi bos boleh pilih bahagian mana nak urus dan bahagian mana tak nak seronok lah ). Ketika perjumpaan jangan menunjukkan anda memberi lebih atau berlebih-lebihan perhatian kepada seseorang staf atau bahagian tertentu atau kata lain anak emas. Kerana ini akan membuat orang atau bahagian lain meluat dan akan meminta anda buat perjumpann dengan anak emas itu sahaja.
Inilah beberapa cara yang aku agak akan berkesan kepada bos-bos yang ingin membuat perjumpaan dengan pekerja bawahan. Memang nampak negatif tetapi itulah hakikatnya. Kita sentiasa membuka pintu untuk mengadakan hari bersama pelanggan tetapi cuba fikir-fikirkan bagaimana dengan staf anda sendiri, adakah mereka diberi peluang seadilnya ? Seumpama biduk lalu kiambang bertaut walau seburuk mana tempat kerja staf-staf sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik.
hebat blog hang nie....good sharing
ReplyDeleteTQ...belajar dari kehidupan
ReplyDelete