Kelas Adobe Photoshop CS4

Rasa aku dah hampir 3 minggu aku telah menghadiri kursus Adobe Photoshop CS4 ACE. Minggu depan dah nak exam. macam bebudak sekolah la pulak. Sepanjang kursus yang diadakan di Pusat Sains Komputer beberapa projek yang telah dibuat untuk memantapkan kemahiran, walau masih tekial-kial mencari menu atau short-cut key. Tapi OKlah banyak yang diperolehi. Belajar dengan cikgu cepat dapat. Program ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran untuk staf dan pelajar IPT. Nie dia sebahagian projek yang telah di buat:
 Ini adalah projek blending. Ia  merupakan gabungan beberapa gambar untuk menaikkan suasana seperti yang kita kehendaki seperti rubut dan kilat.

Ini pula guna kaedah retouching untuk menukarkan wajah yang tua kembali muda dan gebuuuu. Gambar diatas cikgu kata masih tak nampak muda sebab rambut tak tumbuh lagi, jadi kat bawah nie aku blending dengan rambut bang mat mana entah haaa dah jadi muda.


Ini pula projek buat montaj, diberi dua gambar iaitu budak perempuan dan jam jadi kena olah dengan gambar-gambar lain yang diperolehi dari internet menggunakan segala taknik yang telah dipelajari. Lepas siap kena buat presentation. Komen cikgu gambar budak perempuan tak sesuai dengan bendera Malaysia sebab budak tu anak orang putih. Nak buat cam mana cikgu dah bagi gambar tu..

Ini pula menukarkan suasana bilik sedia ada dengan membuang perabut lama dan ditambah perabut baru. Beberapa gambar yang berasingan telah digunakan untuk memenuhkan bilik tersebut seperti lantai, wall paper, tingkap, gambar, sofa, meja, bunga dan lampu. Penambahan bayang untuk disesuaikan dengan susana bilik .
Ini pula projek akhir. Kena buat montaj, tema ikut diri sendiri. Aku mula-mula tak tau nak buat apa. Sambil dok search gambar-gambar dari internet pilih lah beberapa keping gambar dan disusun, jadi keluarlah gambar macam kat atas jadi aku guna tajuk Fantasy. Siap kena buat presentation lagi. Aku nak cakap apa? sebab aku buat tak ada konsep cuma nak bagi cantik dan nampak hidup saja gambar tu. Jadi aku serah kepada peserta lain untuk reka cerita sendiri. Aku menggunakan 9 keping gambar untuk siapkan seperti diatas. Gambar yang dipilih mestilah jenis high-quality supaya jika kita cetak tak pecah. cikgu kata gambar bulan kat belakang perlu di lembutkan sedikit dan keseluruhan gambar ini macam iklan fesyen atau minyak wangi. Aku ambil ini sebagai pujian. Gambar-gambar nie ada juga kat web cikgu kat sini.

Banyak lagi yang perlu dipelajari dalam Photoshop nie. Kena sentiasa guna baru tahu.

No comments:

Post a Comment