Ramai ibu bapa yang kedua-dua bekerja. Jadi tugas menjaga dan mendidik anak-anak kecil terutama yang belum bersekolah diambil alih oleh pengasuh. Sekarang kita ada dua alternatif sama ada hantar ke tadika / pusat asuhan kanak-kanak atau kepada pengasuh persendirian atau hantar rumah orang. Kedua-dua ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.
Tadika
Kebaikan:
1- Anak-anak dapat berkawan dengan ramai orang, mereka jadi berani dan pandai berkawan.
2- Makan disediakan khusus untuk mereka.
3- Ada aktiviti-aktiviti dan juga permainan yang boleh merangsangkan minda kanak-kanak disediakan
4- Alatan untuk aktiviti seperti buku dan permainan disediakan.
5- Tiada ada masalah mencari pengasuh penganti jika pengasuh cuti sebab ramai yang boleh ambilalih.
6- Cikgu yang terlatih.
7- Kemudahan dan keselamatan diberi keutamaan ( ada akta-akta yang menetapkan standard untuk menjadi tadika - banyak tadika yang tak ikut nie)
Keburukan:
1- Kalau ada penyakit berjangkit ( tak serius) seperti selesema memang payah diubati sebab kanak-kanak lain akan berjangkit dan ia akan berulang-ulang.
2- Tiada tumpuan diberikan secara individu.
3- Penjagaan ikut masa yang ditetapkan.
4- Kesesakan juga akan berlaku jika terlampau ramai kanak-kanak diambil dan ruang yang ada terhad.
Rumah Orang
Kebaikan:
1- Anak-anak mendapat layanan individu.
2- Penyakit senang sembuh sebab tak merebak dari kawan-kawan.
3- Makan mengikut keadaan pengasuh.
4- Masa jagaan boleh bertolak-ansur.
Keburukan:
1- Tidak terlatih.
2-Tidak ada aktiviti / permainan yang boleh merangsang kanak-kanak. kalau nak kena bawa sendiri.
3- Kanak-kanak kurang berani kepada orang, sebab tidak biasa dengan orang ramai.
4- Terpaksa bercuti sama jika pengasuh bercuti, jika tiada penganti.
5- Kurang latihan (khusunya latihan aktiviti untuk kanak-kanak).
6- Keselamatan tempat kanak-kanak tiada/kurang sebab berada dirumah pengasuh.
7- Kesesakan juga berlaku jika penagsuh mengambil terlampau ramai kanak-kanak.
Jadi kita terpaksa memilih yang mana terbaik untuk anak-anak. Kerja tetap kena lakukan. Dalam hal ini kita tak akan dapat segala kebaikan serentak. Sebagai ibu bapa terpaksa memilih yang mana terbaik untuk anak-anak.
No comments:
Post a Comment