Dah banyak kali pi makan atau bungkus kat situ. Di sini yang spesialnya cucur udang. Bagi aku cucur udang kedai nie macam biasa saja. Udang ada lah seekor di letak atas cucur ( ok lah dari nama saja cucur udang tapi penuh dengan kucai dan toge saja ) dan taklah rapuh pun. Yang sedapnya ialah kuah cicah tuu, rasa kuah mabeles. Ia dihidang seolah kita kembali ke 20 tahun dulu dengan mangkuk cina.
Set cucur udang ialah dua keping cucur udang, tokua sebiji, timun dan kuah cicah dengan harga RM2.00. Disamping cucur udang kedai ini ada roti canai. Kali ini kami tak makan roti canai. Roti nie bagi aku biasa saja, kalau oder roti telor secara otomatik akan dapat roti jantan sebab dia letakkan dua biji telur.
Kedai nie buka dari pagi hingga malam, tujuh hari seminggu. Orang datang boleh kata ramai gak, orang tak berhenti datang. Tapi yang menariknya kedai ini hanya menjual 2 jenis menu makanan sahaja iaitu cucur udang dan roti canai ( tuu pun tak banyak pilihan, tak payah minta roti tisu atau roti yang pelik-pelik ).
Air macam biasa teh tarik, kopi, milo dan lain-lain tapi jangan tanya minuman buah-buahan. Lokasi berhampiran simpang empat tengah pekan ( sekarang dah ada lampu isyarat ). Haaa tengok saja Google Map kat bawah.
View Kedai Makan Shahul Hamid in a larger map
No comments:
Post a Comment