Saturday, June 18, 2011

Ilyana Cafe

Rasa aku dah lama tak datang makan kat sini. Tapi baru-baru nie makan sambil ambik gambar. Dulu selalu makan buka puasa kat sini sebab boleh talipon untuk booking. Sampai sana semua dah sedia panas-panas. Nie dia Ilyana Cafe. Dia punya keistimewaan ialah kari kepala ikan, dan juga seafood.

Selalu dok oder ikan masam manis atau tiga rasa tapi kali nie tukar cita rasa sikit oder siakap masak tauchu. Sedap tapi kuah sikit.
Nie peberet anak perempuan aku, tom yam. Rasa boleh tahan la.

Lain-lain sampingan di oder kailan ikan masin, sotong celup tepung dan kerang bakar.
 Restoran nie memang selesa, tambahan pula dengan hiasan dan landscape yang di buat diluar kedai. Masa aku datang kat depan gelap sikit.
Seafood boleh dipilih, macam-macam ada kepala ikan, siakap, bawal, sotong dan macam-macam lagi. Harga mengikut timbangan.
Nie dia menu makanan yang ada.
Ini kalau oder satu-satu. Set juga disediakan seperti kat bawah. Kari kepala ikan memang best walau aku tak reti makan kepala ikan. Set kepala ikan datang dengan beberapa saiz pilih ikut bilangan orang dan saiz perut.
Makanan kat sini memang sedap dan depa masak boleh kata cepat gak. Harga berpatutan. Kebersihan dijaga elok. Lokasi terletak di Bertam Indah berhampiran dengan Tabung Haji Kepala Batas, lot hujung bangunan tersebut, lihat Google map kat bawah.
View Ilyana Cafe in a larger map

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...