Jika kita melihat iklan kain rentang di jalan-jalan raya dan juga di saluran media seperti akhbar dan TV memaparkan program Hari Bersama Pelanggan untuk sektor-sektor tertentu terutama sektor kerajaan.
Dipilih suatu hari yang yang sesuai diadakan program ini. Program ini mengetengahkan matlamat agensi tersebut semata-mata dan adakalanya diadakan seperti sebuah karnival dengan di masukkan sekali aktiviti-aktiviti lain yang pada mata kasar tidak ada kena mengena dengan program utama seperti pameran motor berkuasa, gerai jualan, pertandingan footsall dan sebagainya. Lokasi pun berbeza untuk mencakupi konsep yang akan di persembahkan. Jika hanya agensi itu sahaja yang terlibat mungkin diadakan di ruang legar premis mereka dan jika konsep yang di ketengahakan bersekala besar dengan ada aktiviti sampingan berkemungkinan lokasi yang lebih luas dan sesuai digunakan seperti padang.
Walau apa pun cara dan konsep yang di buat, matlamat asal program ini sebahagiannya adalah untuk:
1- Memberi maklumat kepada pelanggan tentang perkhidmatan yang diberikan secara terus kepada pelanggan.
2- Memberi penerangan cara-cara atau keperluan-keperluan yang perlu disediakan untuk sesuatu perkhidmatan yang akan diberikan
3- Memberi peluang kepada orang ramai bersemuka dan berurusan dengan pegawai-pegawai berkenaan untuk mengemukakan pertanyaan atau mendapatkan penjelasan secara terus.
4- Memberi maklumat-maklumat tentang projek-projek yang akan / telah dijalankan.
5- Mendapat maklumat dari orang ramai tentang kebersanan sistem penyampaian.
6- Menjadikan pengaduan dan cadangan pelanggan sebagai input untuk perancangan dan penilaian untuk projek masa hadapan.
Jika kita lihat program ini amat menekankan kesejahteraan palanggan dengan memberi peluang orang ramai bersemuka bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi juga memberi input kepada sektor bagi mementapkan sistem peyampaian meraka. Bertapa sektor itu mementingkan pelanggan meraka.
Berbalik kepada tajuk, adakah sektor-sektor ini juga melakukan perkara yang sama kepada pekerja dibawah tanggungjawab mereka? terutama pekerja bawahan. Adakah di ujudkan suatu mekanisma atau ruang untuk pekerja bawahan membuat aduan dan cadangan kepada jabatan mereka? Adakah ujud ruang bersemuka dengan pengurusan tertinggi secara terbuka?. Perkara ini perlulah dikaji. Mereka juga merupakan penyumbang kepada jatuh bangunnya sesuatu jabatan itu. Tegaknya pokok yang kukuh disokong oleh akar-akar bersirat di dalam tanah.
Ruang-ruang ini mungkin nampak remeh sebab ini adalah hal dalaman dan tak diambil endah. Kita boleh sembang sambil ke tandas atau sambil makan di kantin. Tapi ini adalah bual-bual kosong ada ketika di ambil berat dan ada ketika sekadar lepas diangin lalu sahaja dan kadang-kadang apa yang dinyatakan tidak kena pada tempat.
Bolehlah diujudkan suatu ruang, tak perlu sehari suntuk contohnya sebulan sekali diadakan perjumpaan antara pengurusan tertinggi dengan pekerja. Bolehlah mereka tahu secara langsung permasaalahan atau cadangan yang timbul dikalangan pekerja. Pekerja juga boleh mengetahui masalah yang dihadapai di peringkat atasan. Ruang yang sekecil itu jika dilihat secara positif merupakan penjanaan persekitaran kerja yang sihat. Sikap ambil berat pihak pengurusan boleh mengembalikan kepercayaan pekerja kepada sistem jabatan.
Kita berada di ruang lingkup persekitaran kerja selama 8 jam, bukan suatu masa yang singkat, hampir separuh dari nyawa kita berada disitu, jika ruang ini di adakan, ini mengecilkan jarak hubungan antara pekerja dan pihak pengurusan. Peluang yang dibuat ini sedikit sebanyak akan mengurangkan sikap tindas menindas dan juga politik pejabat. Jika perkara ini telah berkurang, sikap percaya-mempercayai dan keseronokan bekerja akan meningkat dan akhir sekali produktiviti juga akan meningkat.
Ruang ini jika boleh tidak ada sekatan atau pemilihan. Jika kita lihat yang berlaku adalah pengurusan tertinggi hanya akan berjumpa dengan wakil-wakil kesatuan dan persatuan sahaja. Ini tidak menjelaskan secara terbuka apa yang hendak disampaikan oleh individu. Mungkin pekerja bawahan terlampau ramai dan pekerjaan tidak boleh ditangguhkan semata-mata untuk mengadakan perjumpaan. Ini bukanlah alasan sebab kita boleh mengadakan beberapa kali perjumpaan dan dibuat untuk jabatan-jabatan kecil secara berperingkat.
Untuk pihak pengurusan tertinggi ingatlah berdiri anda diatas disebabkan oleh sokongan pihak bawahan. Mereka ini juga penyumbang kepada jatuh bangunnya jabatan seperti juga pelanggan kita diluar sana. Luangkan masa seketika melihat kebawah. Cubalah cari ruang untuk bersemuka dengan mereka. Banyak manfaatnya.
No comments:
Post a Comment