TNB dan ASTRO

TNB telah selesai kontroversi dengan kenaikan harga bil elektrik. Setelah dibuat penjelasan panjang lebar dan dah naik turun kabinet dan parlimen, harga pun dah naik. Sekarang nie satu lagi kontroversi iaitu kenaikan harga langganan ASTRO lebih kurang RM 15.00.

Aku tak mau komen tentang kanaikan harga TNB. Mereka telah memberi perkhidmatan boleh kata kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka pun terpaksa menanggunag kos bahan api yang meningkat untuk pengoperasian. Kita tidak ada pilihan pembekal untuk tenaga elektrik. Jadi jika akan ada peningkatan banyak pihak yang akan terkena kesannya oleh itu benarlah jika bangkangan dibuat untuk mengawal kenaikan. Mahu tidak mahu kita terpaksa membayar juga kepada mereka. Kalau tak mau boleh juga pakai generator atau pasang lampu minyak tanah.

Yang aku mushkil ialah apa yang kita sebok-sebok tentang kenaikan harga langganan ASTRO. Biarlah mereka naikkan harga tu. Tak ada satu undang-undang pun yang menyuruh rakyat Malaysia melanggan ASTRO. Yang aku lihat dalam berita (berita bahasa Melayu ) kaum Melayu saja yang dok komplen, kaum-kaum lain tak ada masalahkah?. Kalau ASTRO naik harga teh tarik dan roti canai boleh naikkah atau harga minyak RON 95 meningkat?

Kita kembali kepada keperluan dan kehendak atau dalam bahasa orang putih 'must and want '. Keperluan ialah benda-banda atau servis yang menjadi keperluan kita seperti seperti kenderaan, rumah, bekalan elektrik, telekomunikasi, air dan sebagainya dimana ia adalah banda-banda asas untuk meneruskan kelangsungan hidup di zaman moden ini. Kehandak pula ialah benda-benda yang kita kehendaki tetapi tak menjadi kemestian, ada lagi cantik kalau tak ada pun tak menjejaskan apa-apa. Contoh seperti kalau pilih kereta kita handak yang besar, lawa, laju dan sebagainya walau ia tetap bergerak atas 4 biji roda juga. Begitu juga dengan siaran TV, sudah ada 6 saluran percuma tetapi kita hendak lagi yang berbayar seperti ASTRO. Ada atau tiada rasa aku tak menjejaskan kita atau ekonomi, nak perabih duit ada lah ( perabih duit SMS dan buat habis air mata untuk peserta Akademik Fantasia yang terkeluar ).

Hebat juga penangan ASTRO nie walau siaran tak dapat masa hujan. Kes ini sampai masuk dibahaskan dalam kabinet. Menteri-menteri dan perwakilan yang di pangkah bahaskan perkara nie di dewan, apa kejadahnya. Buang masa dan buat perabih elaun persidangan yang diberi sahaja. Tapi OK lah nak tunjuk mereka ini wakil kepada rakyat. Pihak NGO pun banyak yang bising-bising, dengan ancaman nak boikot sana, nak boikot sini. Banyak lagi benda boleh buat dari publisiti murahan. Mereka ini memperjuangkan pemilik-pemilik ASTRO yang bukan mewakili seluruh rakyat Malaysia. Perjuangkanlah nasib pembeli-pembeli rumah yang kena tipu dengan pemaju, sampai sekarang undang-undang yang jelas belum terlaksana.

Apa-apa pun ASTRO sebagai suatu benda tambahan tetapi ia juga memberi kesan kepada penonton di Malaysia terutama sukan dimana banyak kejohanan nasional dan antarabangsa yang menyaksikan perlawanan pasukan kebangsaan hanya ditayangkan di ASTRO. Dimana pilihan kita sedangkan stesen TV milik kerajaan pun tak dapat menayangkan sepenuhnya kejohanan yang diwakili pemain negara seperti pada Mac lepas siaran langsung Perlawanan Bola Sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 dan juga pada ketika yang sama kejohanan Badminton Seluruh England menemukan Dato Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Stesen TV kerajaan pula terpaksa merayu kepada stesen swasta untuk mendapat hak penayangan. Inilah terjadinya bila duit menjadi perkara pokok dan semua pihak ingin mengaut keuntungan.

Apa-apa pun tepuk dada tanya selera, ukur baju di badan sendiri.

p/s: Aku tak ada ASTRO, 6 stesen TV yang  dok ada pun tak habis tengok lagi.

2 comments:

  1. saya nak keluar dah dari dibelenggu Astro.. huhu.. tak larat nak bayar .. makin mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak dak niat lagi nak amik benda nie.. yg free pun tak terlayan

      Delete