Selepas anak aku hadiah kad dengan duit seringgit dan hari kedua isteri aku bawak balik kek birthday, ini hari ketiga isteri aku bawa makan kat Original Chicken Chop Shop. Mula-mula nak pi pada 11hb tapi jatuh hari Khamis jadi tak jadi la. Esok nak pi keja lagi jadi pi hari Jumaat malam, baru selesa sikit makan tak perlu sibuk-sibuk nak balik.
Restoran Original Chicken Chop ini rasanya sebelum ini kami dah pi dua kali. Tapi masa tu tak berapa cantik, mungkin dalam proses ubahsuai. Kali ni pi memang cantik dikelilingi pokok macam dalam taman.
Oleh kerana isteri aku belanja, apa lagi belasah la. Aku order lamb chop, isteri aku order chicken chop, anak-anak aku order chicken chop juga dan sepinggan chicken nugget.
Lamb chop yang di order aku rasa kurang panas, kalau panas berasap lagi best.
Chicken Nugget tak macam yang kita beli kat pasaraya, ada bentuk hati, drum stick dan sebagainya. Yang ini rasa aku tak ada bentuk, mungkin buatan sendiri. Tapi bagi aku tepung dia tebal, jadi rasanya kurang sikit bagi aku.
Restoran ini menyediakan masakan western disamping tu ada juga lain-lain makanan seperti nasi goreng. Restoran ini berdekatan dengan aidy's cafe yang pernah aku pi dulu, tapi ia terletak di blok perniagaan Telok Air Tawar Indah. Betul-betul bersebelahan dengan simpang masuk dari Jalan Telok Air Tawar ke Lorong Telok Air Tawar. Kalau datang malam memang jelas kelihatan sebab diterangi lampu lip-lap dan sign cahaya dari lampu neon.
gua selalu makan chicken chop kat sini sambil kena shisha ezay. asal malam cuti gua mai lepak sini.
ReplyDeleteTempat menarik, tapi makan kat aidys Cafe kat seberang jalan tu rasa aku lagi sedap. mulut aku la. shisha aku tak pernah rasa lagi
ReplyDelete