Suasana kedai ini memang best. Kawasan kedai berpagar, tak risau kalau bawa kanak-kanak. Layanan memang bagus. Bila duduk saja dihidangkan air ais kepada setiap orang. Makan yang di order pun cepat sampai. Selepas beberapa ketika selepas order akan ada pelayan yang datang bertanya jika semua order dah sampai....memang best layanan mereka. Susah nak jumpa kedai macam nie.
Memang berbaloi makan kat sini. Aidy's Cafe nie ada buat membership card, pelanggan yang ada kad ini akan dapat diskaun. Aku tak ada kad nie. Harga yang ditawarkan amat berpatutan.
Lokasi di Jalan Telok Air Tawar. Kalau dari Pekan Kepala Batas guna jalan lama ke Teluk Air Tawar. Anda akan lihat kedai PERODUA di sebelah kiri dan selepas itu kawasan perniagaan disebelah kanan. Anda lihat disebelah kiri akan jumpa kedai Aidys Cafe Western Food ( tapi sign board dia yang besar tulis AIR TAWAR CAFETERIA). Jika anda terlihat sebuah masjid ( Masjid Teluk Air Tawar disebelah kanan) atau trafik light anda telah terlepas la tu.
Nie map dari Google.
View Aidys Cafe in a larger map
No comments:
Post a Comment