Shopping....

Aku dan isteri aku rasanya pi shopping ke pasaraya dalam sebulan ada la sekali atau dua sahaja. Beli la barang-barang yang dah nak habis atau tambah barang yang tak ada. Tapi anak aku rasanya hari-hari dia shoping.

Anak aku sekolah petang jadi oleh kerana kami kerja jadi waktu pagi dia kena transit kat CIKAL, pusat transit kat belakang rumah aku. Tempat nie ok la walau transit tapi ada belajar tahfiz. Tapi semenjak dua menjak nie, tempat nie dah upgrade sikit, dah ada jualan pula. Sekarang nie mereka jual dadih. Bagi aku la, mereka tak patut buat macam nie sebab transit menyediakan makanan dah, tak perlu lah disediakan makanan tambahan pula yang perlu dibeli. Boleh la kata kepada kanak-kanak tu kalau tak nak tak perlu beli, tapi mereka faham kah?. Bila lihat kawan mereka beli, walau tak lapar mesti ada perasaan teringin untuk memiliki sama. Kasihan kepada kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang tak berada. Jangan pula menangguk di air keruh.

Sekarang nie aku bagi duit sekolah kat anak aku untuk dibelanja di sekolah. Tempat transit dah sediakan makanan dah. Oleh kerana transit membuat jualan maka kadang-kadang separuh dari perbelanjaan yang sepatutnya digunakan disekolah dibelanjakan di transit. Tak sempai sekolah lagi dah kena tol.

Disekolah pula sebelum mula masa persekolahan, di pinggir-pinggir sekolah macam pasar malam, banyak jualan. Tak bolehkah kerajaan menjadikan kawasan sekitar sekolah bebas dari aktiviti jualan terutama jualan barang-barang yang tak berkualiti seperti makanan ringan.

Setelah masuk kawasan sekolah ada sekolah yang menyediakan kedai koperasi. Bagus kedai nie menyediakan alatan pembelajaran tapi ada pula yang bertindak lebih lagi dengan membuat jualan barang-barang yang tak masuk akal dijual di dalam sekolah seperti stiker. Memang mereka boleh membolot keuntungan dengan menjual barangan begini tapi adakah terfikir duit yang kanak-kanak bawa itu untuk apa?. Dan terfikirkah mereka kepada kanak-kanak yang kurang berada yang bawa duit sekolah cukup-cukup untuk mengalas perut?.

Ada pelajaran kesihatan, menerangkan tentang piramit makanan dan pengambilan zat-zat yang penting untuk badan. Adakah apa yang mereka belajar telah dipraktis disekolah. Diceritanya makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayuran. Berapa banyak sekolah yang sediakan makanan ini. Yang aku selalu lihat kantin sekolah kebanyakannya menyediakan nugget dan sosej dan juga menjual makananan ringan seperti keluaran APOLLO ketika rehat. Bagaimana nak mendidik kanak-kanak jika apa yang dicerita hanya untuk menjawab peperiksaan saja bukan untuk amalan.

Kanak-kanak ini lah yang akan mewarisi bangsa akan datang. Pusat-pusat pendidikan selalu menuding kepada ibu bapa supaya menjadi contoh kepada kanak-kanak sebab mereka tak dapat mengawal sebegitu besar kanak-kanak. Tapi aku sebagai ibu bapa harap pihak institusi pembelajaran juga menjadi contoh. Mungkin dengan satu arahan sahaja kepada pihak sekolah keadaan ini dapat diubah. Mereka bolah mengarahkan kantin dan kedai koperasi disekolah menyediakan makanan berkhasiat dan barangan yang berguna, jika tak dapat menyediakan seperti diarah cari penender lain. Selesai masalah. Kanak-kanak pun tak perlu berbelanja perkara yang tak berfaedah. Melentur buluh biar dari rebung. Kalau dah jadi buluh tua macam aku nak lentur kena layur atas api.

1 comment:

  1. mana ada jualan dadih <tu jualan haram tanpa diketahui ole pengurus,,,,tapi dadih tak salah ,,,bukan dadah...so tak nak tak yah beli......tukang masak cari income lbh senyap2...lani tukang masak tu jual dadih kat sek b perdana.dia keje clearner.......pe pun dia tak jual merepek2 its ok.....

    ReplyDelete