Mesyuarat Penubuhan PIBG SK Bertam Perdana

Hari ini selapas hantar anak aku ke tiusyen bahasa inggeris, lebih kurang jam 9 pagi lebih sampai ke Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Disini berlakuknya Mesyuarat Penubuhan PIBG SK Bertam Perdana ( SKBP). Mesyuarat ini dengan agenda pembubaran AJK Penaja yang telah dilantik awal tahun ini ketika pendaftaran pelajar baru dan perlantikan AJK PIBG yang baru.

Majlis dimulai dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis, doa dan dikuti oleh Pengerusi PIBG penaja diikuti oleh Guru Besar SK Bertam Perdana selaku penasihat PIBG iaitu Cikgu Noor Azhar b. Mansor.
Anak lelaki yang aku dah bosan, nasib baik aku bawa pen jadi bagi dia conteng buku aturcara. Ini nukilan dia, kira macam masterpiece la tu. Kalau anak aku nie nama besar dalam seni lukis pasti bergulung orang buat tafsiran.

Acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh En Abu bakar Bin Saad selaku Penyelia Unit Sekolah Rendah PPD Utara. Dalam ucapan perasmian En Abu bakar menyarankan semua ibu bapa bersatu dan sentiasa memberi sokongan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah dan juga PIBG. Sokongan dan bantuan yang diberikan oleh ibu bapa dapat memantap dan menaikkan sekolah. Beliau beri ucapan sungguh menarik dan bersemangat dan diselang seli dengan jenaka, maklumlah orang lama dalam bidang perguruan. Beliau ada bawa satu cerita mengenai "Raja Dan Madu". Kisah ini dicerita kan dengan gaya bersahaja dan jenaka tapi mempunyai makna yang dalam.

Cerita ini mengisahkan seorang raja yang amat di kasihi oleh rakyatnya ingin menguji kesetiaan rakyat kepadanya dengan merintahkan setiap rakyat hatta mamak menterinya untuk membawa madu kepadanya. Lalu sekalian rakyat dan menteri terfikir bagaimana nak mencari madu. Maka terfikirlah mereka bahawa jika mereka tak bawa madu tetapi diganti dengan air pun tak apa. Sebab dia sahaja yang tak bawa, ramai lagi rakyat negeri itu akan bawa. Pada hari yang ditetapkan maka sekalian rakyat pun mawa lah madu dan dimasukkan kedalam bekas yang disediakan. Kesudahan pada hari itu raja pun bukalah tong-tong yang penuh diisi madu. Apa yang Raja tu dapat ialah tong-tong itu hanya ada air kosong sahaja. Apa yang dapat dari cerita ini telah dihubungkan dengan PIBG, dimana jika ada program yang dianjurkan jika ada ibu bapa yang berfikiran tak perlu lah dia hadir kerana orang lain ramai lagi akan hadir maka akan pasti program sukar untuk dijalankan jika semua ibu bapa berfikiran begitu.
 
Selepas perasmian ibu bapa dan guru-guru diminta berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah. Terasa macam masuk sekolah balik. Lagu itu dicipta oleh Cikgu Abd Latif b. Saidin.
Habislah sesi perasmian dan semua dijemput mengambil makanan yang disediakan dan selepas itu majlis disambung dengan pembubaran AJK penaja maka dilakukan pemilihan semula AJK PIBG yang dipengerusikan ole En Mohd Hisham Hamzah ( pengerusi sementara ). Perlantikan AJK berjalan lancar.
Selepas perlantikan AJK aku keluar mengambil anak kat tiusyen dan datang semula. Ketika sampai aku dengar YDP yang baru Cikgu Abd Latif B. Saidin memberi usul supaya PIBG mengumpul dana unutk sekolah dengan setiap keluarga menyumbangkan RM50.00 bagi digunakan oleh guru-guru untuk belanja pengajaran seperti photostat. Dana dari kerajaan yang dijanjikan masih kabur lagi. Usul ini telah disetujui oleh yang hadir. Beliau juga mencadangkan jika OC sudah diperolehi dan perabut sudah datang, diusulkan semua ibu bapa datang untuk buat gotong royong menyusun dan membersihkan sekolah. Beliau merupakan guru yag berpengalaman dan tahu keperluan PIBG dalam membantu sekolah. Beliau juga merupakan orang yang mencipta lagu sekolah.

Guru besar juga memberi usul supaya PIBG mencari jalan supaya laluan berbumbung di buat dari pintu masuk ke sekolah. Kerana beliau telah memasuki SK Bertam Perdana dan didapati dari pintu pagar sekolah ke bangunan sekolah jarak boleh dikatakan jauh juga, jika hujan memang kasihan kepada kanak-kanak.

Majlis tamat lebih kurang jam 12 tengahari. Semoga SK Bertam Perdana dapat disiapkan dengan cepat dan anak-anak tak perlu lagi menumpang di SK Bertam Indah. Janji bulan Jun 2010 untuk pindah tetapi itu hanya perancangan.

No comments:

Post a Comment