Terlihat aku dari deretan kedai lama ada sebuah kedai yang berada betul-betul di persimpangan jalan masih lagi cerah. Dari jauh aku dapat melihat kedai itu menjual kasut. Aku melintas jalan, terus kekedai itu, ingin melihat kasut jenama apa yang dijual. Setiba disitu aku disapa oleh seekor anjing mungkin tuan kedai itu yang empunya. Persetankan anjing itu bukan aku berani tetapi anjing itu terikat di sebelah kedai itu.
Dari cermin pameran kedai itu deretan kasut tersusun tidak berapa kemas. Aku membelek-belek dari sebalik cermin rak pameran kasut itu. Entah apa-apa jenama yang ada dan yang tak berjenama. Dari hadapan kedai itu juga aku dapat melihat kedalam dan ada dua orang yang tekun membuat kerja, seorang yang hampir separuh abad dan seorang mungkin lebih muda dari beliau. Oleh kerana aku tiada tujuan ketika itu, aku masuk kedalam.
Terlihat aku dua orang lelaki berbangsa China tekun membuat kerja sambil berbual dalam bahasa cina, aku tak faham. Disekitar kedai itu dipenuhi kasut yang ada di rak pameran dan juga dalam kotak. Ada juga gulung-gulung seperti kulit atau getah. Sesekali aku disapa oleh salakan anjing diluar. Aku dekati dua lelaki berbangsa China itu, dapat dilihat kedua-duanya tekun membuat tapak kasut dan mengikis kulit. Yang muda sedang mengikis sekeping kulit perang ( aku agak sahaja) dengan alat seperti pisau dan seorang yan lebih tua sedang memotong sekeping getah hitam seperti tapak kasut dengan pisau.
Lalu aku bertanya lelaki yang lebih tua sebab dia yang pertama melihat aku. " Uncle buat sendiri ka kasut kat sini?" lalu dia mengia kan pertanyaan aku. Aku rasa kagum, tak pernah lagi aku melihat orang membuat kasut dengan tangan. Aku terus sahaja melihat didalam kedainya. lalu aku minta kebenaran untuk mengambil gambar beliau dan juga kasut-kasut dalam kedai beliau.
Sambil mengambil gambar aku lihat di dinding kedai banyak tertampal keratan akhbar dalam bahasa Malaysia, inggeris dan Cina.
Disamping gambar-gambar diceritakan juga tentang keratan-keratan akhbar yang banyak didinding. Keratan-keratan akhbar itu mengenai kedai dan kisah beliau sendiri. Beliau telah banyak kali ditemuramah oleh wartawan. Beliau juga bertanya aku "Ambil gambar untuk akhbar ka?", aku jawab "Saja suka-suka ambil gambar, hobi".
Ada juga kisah beliau dalam majalah, lalu dikeluarkan majalah tersebut dari dalam laci dan ditunjukkan kepada aku. Setelah lama berbual baru aku terperasan, aku tidak tahu pun nama beliau. Nama beliau ialah Wong sambil memberitahu namanya di hulurkan aku sekeping kad nama. Nama beliau Wong Heng Mun, lalu aku simpan kad itu dalam beg kamera aku.
Diberitahu kadai itu dibuka oleh ayahnya sekitar tahun 1950, dan dia mewarisi bakat yang ayahnya ada untuk meneruskan kesinambungan kerja membuat kasut. Menurut beliau pada waktu dahulu banyak tukang membuat kasut yang berada di Pulau Pinang, tetapi kini cuma tinggal beberapa orang sahaja. Kebanyakan telah berpindah ke Ipoh, Kuala Kumpur dan Johor Baharu dan ada juga yang berhijrah ke luar negara seperti ke China. Terdapat banyak pengusaha yang telah tutup disebabkan tiada siapa yang akan meneruskan usaha mereka selepas mereka meninggal dunia.
Sesekali selepas bersembang dengan aku dia pergi ke mejanya lalu duduk sambil tangannya mengambil pisau lalu ditorehnya getah hitam untuk membuat tapak kasut (agak aku sahaja) menyambung kerjanya yang masih berbaki.
Aku bertanya "Adakah orang yang datang menempah kasut dari Uncle?" lalu dijawabnya "Ada". Diceritanya kebanyakan kasut ditempah disebabkan oleh pelanggan itu berkehendakkan bentuk tertentu yang istimewa. Kedai beliau juga didatangi oleh pelanggan yang memerlukan kasut bersais besar yang sukar didapati di kedai biasa dan juga ada pelanggan yang cacat memerlukan kasut yang khas untuk disesuaikan dengan kaki dan cara penggunaan mereka. Kasut-kasut yang dihasilkan merupakan dari kulit lembu dan harganya dari RM 250.00.
Sesekali beliau ke meja kerja untuk melihat pekerjanya melakukan kerja. Kadang-kadang beliau memberi tunjuk ajar kepada pekerjanya. Beliau ada beberapa orang pekerja. En Wong beritahu bahawa ada yang datang handak belajar membuat kasut dan beliau mengalu-aluknnya. Bersungguh-sungguh beliau bertanya kepada aku "Ada kah sesiapa yang hendak belajar membuat kasut?". Beliau sanggup mengajarnya tanpa mengira bangsa. Begitu bersungguh-sungguh beliau cuba mempertahankan tradisi pembuatan kasut secara tangan. Beliau menambah bahawa sekarang tak ramai orang yang suka atau sanggup membuat kasut sebegini lagi, mungkin tiada masa hadapan dan kerja yang rumit.
Asyik bersembang dengan En Wong sampai tak perasan diluar sudah gelap dan hujan sudah turun. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 7.00 petang. Sambil mengucapkan terima kasih kepada En Wong yang sungguh ramah dan tak lokek dengan cerita-cerita mengenai pembuatan kasut di Pulau Pinang aku meminta diri dulu untuk pulang ke hotel. Malam ini masih ada bengkel yang terpaksa dihadiri.
Dalam hujan renyai-renyai aku redah juga. Kadang-kadang aku menyelinap melalui kakilima bangunan lama disitu. Hujan yang dah lama turun kata orang tidak akan memudaratkan sebab air kotor sudah lama turun ketika hujan baru bermula.
Lokasi lama (dah tutup):
Hong Kong Shoe Store ( Opposite Cititel Hotel)
177, Muntri Street
10200 Penang
Lokasi Baharu (update 9/1/2018):
20 Lebuh Kimberley, Penang
Tel/Fax: 04-2614695
H/p: 012-5056905
No comments:
Post a Comment