Dalam jam 7 pagi sampai ke JB. Bas berhenti berdekatan JB Sentral. Adalah jalan dalam 1 ke 2 minit sampai ke hotel yang telah ditempah, Hotel Citrus.
Check-in Hotel Citrus |
Kemudahan semua cukup tapi sempit dan tak ada tingkap. Biasalah hotel tengah bandar. Lagi pun bukan matlamatnya nak tidor saja kat situ, tapi nak ronda-ronda. Lokasi hotel Google Map kat bawah.
View Larger Map
Dah selesai check-in, apa lagi naik sambung tidur kejap dan lepas tu mandi. Ditetapkan jam 10 pagi acara ronda-ronda di Singapura. Jadi tak boleh lenagh-lengah, bersiap turun makan. Kat sekitar hotel banyak tempat makan. Masa turun, ramai yang kata makan kat Restoran Hasyima sedap. Jadi kaki menghala ke situ. Tak mau pikir lama-lama. Masa berjalan.
Restoran Hasyima
Restoran Hasyima |
Yang bestnya masakan yang tak banyak restoran kat Penang ada iaitu rasam. Sayurnya pun lain dari selalu kita makan di kedai mamak Penang. Kat kedai mamak Penang kalau sayur mesti kubis goreng kuning, bendi goreng dan rebus sahaja tetapi kat sini ada masak petola, nama aku tak pasti.
Rasam dan sayur petola |
Kambing, petola dan rasam. Macam makan tengahari |
View Larger Map
Selesai makan. Masa masih panjang lagi. Takkan nak masuk tidur lagi. Aku ronda-ronda bandar JB dulu. Disamping bangunan yang tinggi terdapat juga yang usang. Layan saja foto kat bawah.
Baru dan lama |
Tangga pusing di belakang bangunan lama. |
KOMTAR suatu ketika dulu menjadi mercutanda JB |
Dah hampir jam 10 pagi, masa untuk ronda-ronda Singapura.
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama
No comments:
Post a Comment