Cuaca hari ini alhamdulillah cerah dan panas. Baik panas dari hujan, boleh jalan-jalan.
Kali ini kami masuk ke Lost World pula. Sekali lagi dinasihatkan menyimpan barang kedalam loker sebab ditakuti basah. Kali ini boleh tahan juga beraturnya dalam 40 minit. Disini ramai yang pakai baju plastik yang boleh dibeli di kiosk. Kami tak beli pun sebab tengok ramai yang selamber saja tak pakai. Tapi ada yang turun dari rakit basah kuyup. Tawakal sajalah.
Lost World |
Nasib kami baik sebab tak banyak terpercik air.Jika basah dalam permainan ini, ada disediakan satu tempat untuk mengeringkan baju dengan harga SD5.00. Permainan ini OKlah tak ekstrim, santai-santai.
Kebanyakan permainan ini kita terpaksa berbaris sehingga sampai giliran. Jika sesiapa yang rasa ada duit lebih tak tahu nak buat apa-apa bolehlah potong baris. Buka percuma kena bayar tambahan SD50.00 untuk hari puncak.
Logo potong baris. |
Egypt |
Far Far Away |
Duduk tak sampai 15minit, tetapi terasa setengah jam. Terpaksa keluar, tak menarik langsung. Buang masa.
Light Camera Action |
Berpandukan Studio Guide kami ke New York mencari studio Lights Camera Action. Orang tak berapa ramai, beratur tak panjang. Dalam studio ini di tunjukkan kesan khas yang digunakan bagi menjadikan sebuah ribut. Memang menarik, macam betul.
Dijalan-jalan ada di buat persembahan dan ada juga watak-watak kartun dan karektor dari filem yang boleh diambil gambar bersama. Kadang-kadang watak-watak ini tak sesuai diambil gambar bersama, seksiii dan seksaaaa.
Persembahan-persembahan yang diadakan di dalam USS ini kadang-kadang ada waktu-waktu tertentu seperti Waterworld diadakan cuma 2 kali sahaja iaitu jam 12 tengahari dan 4 petang ( aku terlepas).
Berada dalam USS ni makan pun boleh lupa. Jadi kena makan dulu. Guna kupon diskaun. Kami ke Restoran Goldilocks. Dalam Studio Guide ditanda halal.
Makan tanpa was-was. Restoran ini menjual berbagai jenis burger. Jadi aku pilih burger ayam grill dengan harga SD11.00 dan penjual beritahu tambah SD4.00 boleh dapat air carbonat dengan bekas yang boleh refill. OKlah ambil satu.
Dijalan-jalan ada di buat persembahan dan ada juga watak-watak kartun dan karektor dari filem yang boleh diambil gambar bersama. Kadang-kadang watak-watak ini tak sesuai diambil gambar bersama, seksiii dan seksaaaa.
Persembahan-persembahan yang diadakan di dalam USS ini kadang-kadang ada waktu-waktu tertentu seperti Waterworld diadakan cuma 2 kali sahaja iaitu jam 12 tengahari dan 4 petang ( aku terlepas).
Berada dalam USS ni makan pun boleh lupa. Jadi kena makan dulu. Guna kupon diskaun. Kami ke Restoran Goldilocks. Dalam Studio Guide ditanda halal.
Bolehhh tahan saja lahhh, nak perabih kupon |
Dalam masa yang ada tak semua permainan dapat dicuba disebabkan masa yang lama berbaris menunggu giliran ( permainan tak lama mana pun ). Kadang-kadang mencecah 40 minit. Jadi hanya yang cekal dan sabar sahaja yang sanggup menunggu. Kalau jenis tak sabar, sendiri mau ingat. Begitu juga jika membawa kanak-kanak, kena tahan sikitlah jika mereka dah jemu beratur. Mungkin pergi hari biasa lebih cepat, pengunjung tak ramai.
Masa dah suntuk. Jadi selepas makan cepat-cepat jalan mengikut Studio Guide mencari sebuah surau yang disediakan. Lepas solat cepat-cepat keluar dari USS. Jalan tak tengok kiri kanan dah. Kawan-kawan panggil pun buat tak tau ja. Jam dah menghampiri 5petang. Dalam poket ada lagi SD10 Jika terlepas bas, duit ni aku buat beli tiket lain. Sampai ke stesen bas, rakan-rakan yang lain dah naik. Mereka dah menggelabah kami tak sampai lagi. Macam-macam ide keluar supaya bas tak jalan lagi seperti nak ke tandas. Alhamdulillah selamat.
Perjalana balik ke JB, Muka letih. |
Malam ini rombongan Kelab Kebajikan akan pulang ke Pulau Pinang dengan 1001 kenangan. Terima kasih kepada AJK-AJK kelab yang berusaha menjayakan program ini.
Gambar-gambar lain semasa di USS boleh klik di Photobucket aku.
Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama
No comments:
Post a Comment