JB-Singapura - Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)

Dalam jam 10 pagi, semua berkumpul dan meniki bas ke Singapura. Jangan lupa bawa pasport. Perjalanan tak jauh tetapi lambat disebabkan jalan jem untuk melepasi sempadan.
Kali ini ada pemandu pelancong ( lupa aku ambil gambar dia ). Nama Adidas, lebih kurang jenama kasut. Di ceritalah serba sedikit sejarah Singapura, lokasi-lokasi dan komplek-komplek membeli belah disekitar, sekejap suruh tengok ke kiri sekejap kekanan.
Jika dilihat kereta Singapura, dapat dilihat nombor plat yang berbagai warna. Menurut Pn Adidas, apa-apa warna pun sama saja kecuali warna merah sebab yang berwarna merah menunjukkan kereta hujung minggu.
No plat merah
Kereta itu boleh digunakan ketika hujung minggu sahaja dan juga waktu malam. Jika hendak diguna pada hari biasa kena bayar. Harga kereta yang menggunakan plat merah juga harga lebih murah.

Esplanade Singapore

Kami berhenti di Esplanade Singapore. Ia merupakan kawasan tebing sungai Singapore. Dari sungai ini kita akan dapat lihat Esplanade Theatres on the Bay, Skypark Singapore dan Eye of Singapore ( orang kampung cakap buaian pusing ).

Yang paling penting kawasan ini ada Merlion ( Singa campur ikan ). Iaitu sebuah tugu yang menjadi ikon kepada Singapura. Menjaga pintu masuk di Sungai Singapura.
Merlion
Sejarah tugu nie kalau nak tau google saja, banyak ceritanya akan keluar atau ke Wikipedia. Sampai sini mesti kena bergambar dengan Merlion. Kalau tidak orang kampung tak percaya dah sampai Singapura.

Pusing-pusing kawasan ini dalam setengah jam lebih, naik bas semula. Ronda-ronda atas bas semula.

Lalu melintasi sebuah makam yang unik iaitu Makam Habib Nuh dan disebelahnya terdapat masjid. Mula-mula bas hanya hendak lalu sahaja di situ tetapi mendapat permintaan yang tinggi untuk melihat lebih dekat makam tersebut maka diberi masa sedikit untuk melawat makam tersebut.

Makam Habib Nuh

Makam Habib Nuh terletak diatas bukit kecil di Palmer Road. Bersebelahan makam terdapat sebuah masjid, Masjid Haji Muhammad Salleh.

Terdapat tangga untuk ke kawasan makam. Ketika kami sampai pintu makam tertutup ( pintu makam ditutup ketika waktu solat ). Dipintu makan tertampal satu salasilah keturunan Habib Nuh.
Salasilah Habib Noh
Siapa Habib Nuh atau nama penuh Habib Nuh Bin Muhammad Al-Habshi. Beliau merupakan ulamak yang berketurunan dari Nabi Muhammad SAW. Lokasi makam dari Google Map.


View Larger Map
Menurut cerita kerajaan Singapura tidak dapat mengubah makam ini untuk pembinaan lebuh raya. Ia tetap berada di lokasi asal cuma masa dahulu makam ini berada di tepi laut. Oleh kerana dilakukan penambakan kini ia berada di daratan. Maklumat beliau boleh google atau ke Wikipedia.

Perjalanan untuk hari pertama di Singapura bersambung ke Bahagian 2

Gambar-gambar lain ronda-ronda Singapore boleh klik Photobucket aku.

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama

No comments:

Post a Comment