Sunday, May 6, 2012

JB-Singapura - Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)

Bersambung dari Bahagian 1 ronda-ronda Singapura.

Cenderamata

Perjalanan ronda-ronda diteruskan ke kedai cenderamata. Pn Adidas yang bawa. Berhenti di sebuah kedai cendermata tapi harga mahal nak mampos. Lagipun ada satu kedai saja kat situ. Jadi tengok-tengok saja. Sempat ambil gambar kedai di seberang jalan yang nampak antik.

Perjalanan di teruskan lagi untuk mencari kedai cenderamata murah. Bas parking jauh juga. Dalam 300 ke 400 meter dari lokasi. Semua pakat berjalan kaki ke sebuah kawasan perniagaan.

Oleh kerana aku dan Pak Syed tertinggal kat belakang jadi kami cari rakan-rakan yang lain di hadapan. Tak jumpa walau seorang pun. Jadi kami masuk cari dalam pasaraya Mustafa Centre ( macam-macam ada, kalau kat malaysia seperti Mydin). Tak jumpa sesiapa pun. Keluar pasaraya baru ternampak yang lain sedang membeli belah dalam kedai cenderamata di hadapan Mustafa Centre.

Terdapat dua kedai cenderamata di jalan Syed Alwi ( dikenali sebagai Little India). Ia menawarkan harga yang berpatutan.

Naik semula bas. Jam menunjukkkan lebih kurang pukul 3 petang, perut pun dah lapar ( walau makan pagi serupa makan tengahari ). Jadi jalan Arab ( Arab Street ) menjadi matlamat. Bas melalui beberapa jalan dan lebih kurang setengah jam sampai dan berhenti di belakang Masjid Sultan. Masa diberi sehingga jam 5 petang.

Seberang jalan sahaja ternampak 3 buah restoran. Singapore Zam-Zam, Victory Restaurant dan Two Zam-Zam. Walau di jalan Arab tapi rasanya macam kedai mamak. Yang istimewanya kesemua restoran ini menghidangkan murtabak. Dimana tempat penyediaan murtabak ini dalam dinding kaca, boleh lihat tukang masak dok kalih murtabak.
Pembuat murtabak berada disebalik cermin. Boleh lihat cara
pembuatan murtabak singapore yang terkenal. Gamabar silau.

Restoran Two Zam-Zam

Antara ketiga-tiga restoran nie kami pilih Two Zam-Zam. Nak tau kenapa?? aku pun tak tau, mungkin lebih selesa sebab lokasi di hujung kedai. Tingkat bawah dan atas ada tempat makan. Jadi kami naik ke tingkat atas lebih selesa, ada penghawa dingin ( tapi tak rasa dingin pun ).
Two Zam-Zam
Dok dengar cerita murtabak singapore sedap, tapi aku oder nasi briyani kambing (Lamb Shank Dum Biryani ). Set briyani datang bersama acar timun sahaja.
Briyani Kambing. Set datang dengan acar timun

Rasa briyani OKlah. Murtabak tak tau la pulak rasa macam mana. Saiz murtabak boleh tahan besar. Tak ramai yang oder murtabak.
Makanan tak sampai lagi.
Suasana dalam restoran selesa. Ramai yang datang makan di sini. Terasa macam berada dalam Restoran Hameediyah kat Penang pula. Kat dinding dilekatkan menu-menu utama iaitu berbagai jenis murtabak seperti kambing, rusa, ayam dan lembu dan begitu juga dengan nasi briyani. Yang menariknya poster kat dinding ditulis makanan dimasak mengunakan minyak zaiton.
Jaga kesihatan. Guna minyak zaitun untuk masak.
Harga briyani kambing SD 6.50 dan ayam SD 6.00. Disamping kedua-dua makanan utama tersebut terdapat lagi berbagai menu kat restoran ini seperti kari kepala ikan, mee goreng, roti canai dan sebagainya. Lihat gambar bawah.
Dari tangga dalam kedai dapat lihat mamak tengah buat murtabak.
The making of murtabak.
 Tingkat bawah terdapat ruang makan dan juga deretan masakan seperti kedai nasi kandar biasa.

Lokasi Two Zam-Zam dari Google Map.


View Larger Map

Dah selesai makan. Masa masih banyak lagi. Jadi ronda-ronda jamu mata tengok kedai-kedai disekitar kawasan tersebut. Ada berbagai perniagaan yang dijalankan seperti kain, karpet, lampu, barangan rotan, kraftangan, alatan memancing, restoran dan sebagainya.

Ketika berada di jalan tersebut terasa seperti berada di Penang. Mungkin sejarah Negeri-negei Selat menjadikan suasananya serupa. Layan gambar di bawah.

Masjid Sultan

Ronda-ronda sehingga sampai ke Masjid Sultan. Terletak di Jalan Muscat. Panjang juga sejarah masjid ini. Boleh baca di sini http://www.sultanmosque.org.sg/ atau Wikipedia.

Suasana dalam Masjid Sultan. Kipas besar, angin kuat.

Masjid Sultan terletak di Jalan Muscat. Lihat Google Map


View Larger Map

Sampai saja disini ronda-ronda di Singapura, esok cerita Singapura lain pula.

Gambar-gambar lain ronda-ronda Singapore boleh klik Photobucket aku.

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...