Acara yang berlangsung lambat lagi nak tamat. Untuk menghilangkan bosan, lepak-lepak kat Restoran Kapitan. Kali nie tak nak cerita mengenai makan. Sebab nak lepak-lepak sambil minum untuk habiskan masa.
Pengunjung kat Restoran Kapitan memang ramai, walau aku dah sampai hampir jam 10 malam. Semua bangsa ada, Melau, Cina, India, Arab, Mat Saleh. Kami duduk di kaki lima restoran. Kat luar restoran ada sebuah gerai yang menjual minuman. Di letakkan dalam belanga panas.
Susu badam dalam belanga panas |
Orang yang datang oder samaada minum dalam kedai atau minum di hadapan gerai sahaja, tak putus-putus.
Susu badam panas |
Aku tak tau dia buat macam mana. Tapi bila orang oder dia akan bubuh gula dalam gelas ( kalau tak nak gula pun boleh ) dan cedok susu dari belanga di tuang dalam gelas tersebut. Kemudia dia akan cedok pula bahan-bahan dari dasar belanga dan dimasukkan juga dalam gelas. Dah siap, mai secawan. Warna kuning kehijauan. Rasa boleh kata sedap. Seperti horlic, bila minum terasa melekat kat tekak.
Ada badam, kismis dan gajus dalam susu badam. |
Restoran Kapitan terletak di Lebuh Chulia, Pulau Pinang. Lokasi dari Google map :
View Restoran Kapitan in a larger map
No comments:
Post a Comment