Tadika, Taska Ta ta ta...

Sekarang banyak diperkatakan tentang tadika. Banyak dibahaskan tentang keperluan diujudkan tadika di premis perniagaan dan juga di sektor kerajaan. Tadika mejadi suatu agenda yang besar bukan sahaja untuk mendidik malah juga untuk memudahkan ibu bapa yang bekerjaya.

Untuk menanggani ujudnya tadika yang seperti cendawan tumbuh, maka dalam bulan Mac KPKT telah keluarkan garis panduan penubuhan Tadika. Banyak agensi-agensi yang terlibat dalam penubuhan tadika seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kenapa agenda Tadika ini penting? Salah satunya ialah di pusat-pusat ini memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak. Bila sahaja masuk darjah satu, guru-guru akan membuat ujian menentukan kedudukan kelas. Pelajar yang pandai / dapat jawab soalan dengan baik masuk darjah bagus dan yang kurang baik akan duduk kelas di belakangnya. Pengajaran asas di sekolah seperti mengenal A,B,C...., 1,2,3..., mengeja dan mengira dah dikurangkan. Tumpuan guru lebih kepada kemahiran yang lebih tnggi.

Oleh itu pengajaran ilmu asas mengenal huruf dan mengeja tak secara langsung diletakkan atas bahu ibubapa dan juga guru tadika. Oleh kerana tadika menjadi alternatif penjagaan kanak-kanak sementara ibu bapa bekarja maka tugas tadika secara langsung menjadi pendidik asas kepada kanak-kanak tersebut. Pendidikan yang diberikan bukan setakat akademik sahaja tetapi juga kemahiran berinteraksi.

Kadang-kadang kita manganggap pendidikan di tadika merupakan pendidikan tak formal, tetapi pendidikan awal inilah menjadi penentuan kedudukan mereka dalam darjah dan kebolehan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Oleh itu tugas guru tadika menjadi suatu tugas yang berat dan perlu pengiktirafan seperti guru-guru sekolah biasa.

Pendidikan awal persekolahan juga di sediakan oleh sekolah dinamakan pra-sekolah, tetapi tempat terhad dan tak semua sekolah menyediakannya. Untuk mendapat pendidikan awal yang baik ramai ibu bapa yang mencari tadika yang terbaik kadang-kadang menelan kos yang banyak. Ini untuk menentukan anak-anak mereka berada dikelas terbaik ketika memasuki alam persekolahan.

Dapatlah disimpulkan peranan tadika yang besar dalam sektor pendidikan negara. Tadika bukan sahaja pusat menjaga kanak-kanak sementara ibu bapa bekerja tetapi juga tempat mereka mendapat pendidikan pra-formal.

Dalam sub NKRA Pendidikan memberi penekanan kepada kepada pra-sekolah. Dicadangkan penambahan kelas untuk pra-sekolah untuk tahun 4 dan keatas begitu juga dengan bilangan guru terlatih. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada 2010 diperkenalakan untuk menyeragamkan pembelajaran pra-sekolah. Begitu juga bantuan kepada anak-anak yang belajar di pra sekolah kerajaan dan permberian bantuan kepada prasekolah MOE, KEMAS dan JPNIN. Boleh rujuk NKRA Pendidikan.

Untuk penyeragaman, seeloknya pra sekolah diserapkan ke sekolah atau menjadi satu institusi baru dalam pendidikan negara. Biar skop pembelajaran di sekolah dikembangkan dengan menggunakan pendekatan yang seragam. Menjadikan sekolah nadi kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Untuk menerapkan perkara ini pihak sekolah perlu mengenal pasti tujuan tadika diujudkan. Sebab yang utama ialah untuk menjadi lokasi penjagaan kanak-kanak semenetara ibu bapa bekerja ( contoh yang terdekat akulah) dan yang kedua tempat kanak-kanak mendapat pendidikan asas. Oleh itu kedua-dua faktor ini perlu diserapkan.

Sebab yang pertama ini memerlukan komitmen yang tinggi dimana pihak sekolah terpaksa memperuntukkan tenaga kerja, masa, ruang dan makanan. Tenaga kerja untuk pra-sekolah mestilah terlatih untuk menjaga dan mendidik mereka. Masa penjagaan kanak-kanak yang panjang berkemungkinan dari 7.30 pagi hingga ke petang. Ketika ini pra-sekolah hanya menjaga kanak-kanak sehingga tengahari sahaja selepas itu kanak-kanak itu terpaksa diambil balik oleh ibu bapa atau ke pusat jagaan lain. Ruang ialah ruang untuk mereka belajar, tidur dan bermain dan penyediaan makanan untuk kanak-kanak tersebut sepanjang berada di situ.

Sebab ke dua, pembelajaran. Sekarang ini berbagai aliran yang pihak tadika swasta bawa seperti aliran agama, inggeris dan bermacam-macam lagi. Oleh itu diharap Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dapat menyeragamkan kaedah pengajaran tadika dan pra sekolah swasta. Jika diadakan di lingkungan sekolah atau dibawah satu institusi pendidikan negara memudahkan segala sistem baru yang diperkenalkan akan menjadi intipati pembelajaran awal kanak-kanak.

Disebalik cadangan ini adalah untuk menjimatkan kos. Jadikanlah ia sebagai pusat yang mendapat bantuan penuh kerajaan. Ketika ini kos sara hidup semakin tinggi. Daripada duit kerajaan di tabur dengan sewenang-wenangnya adakah lebih baik memberi bantuan dengan cara lebih berhemah dan meluas.

Oleh itu tadika swasta yang hendak menjalankan perniagaan perlulah menunjukkan komitmen yang tinggi. Disamping menggunakan kurikulum yang ditetapkan kerajaan, nilai tambah perlulah dimasukkan seperti bahasa Inggeris, agama, alat-alatan permainan yang menarik dan sebagainya. Ini juga mengelakkan dari tadika swasta menangguk diair keruh untuk mendapat keuntungan yang berlebihan.

Kerajaan juga boleh menyerapkan tadika swasta sedia ada kedalam institusi pendidikan negara, perkongsian pintar. Dimana kerajaan membayar tadika ini untuk bergerak dibawah kawalan kerajaan dan guru-guru dilatih oleh pihak kerajaan. Ini akan memberi kelebihan kepada kerajaan dimana tak perlu mengadakan premis baru dan pihak swasta mendapat keuntungan.

Kemungkinan untuk memberi pendidikan percuma sepenuhnya mungkin satu bebanan kepada kerajaan, tetapi perbelanjaan untuk pemimpin masa hadapan yang akan membina negara ini perlu kepada pengorbanan. PERMATA negara bukan untuk segelintir yang cerdik sahaja tetapi semua anak-anak Malaysia adalah permata negara dan layak menerima pendidikan yang terbaik.

Dalam sub NKRA Pendidikan - Prasekolah :

i.Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012; serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Dalam memastikan pencapaian sasaran ini, Kerajaan telah menetapkan 7 strategi utama iaitu
ii.Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan
iii.Melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
iv.Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah KPM, KEMAS dan JPNIN.
v.Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
vi.Menambahkan bilangan prasekolah di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman.
vii.Meningkatkan perkongsian pintar kerajaan –swasta.
viii.Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan.

p/s: Selamat hari guru kepada setiap guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-usatazah, guru tadika, guru tiusyen dan setiap orang yang menjadi guru aku. Moga-moga apa yang dicurahkan mendapar balasan setimpal oleh Allah.

No comments:

Post a Comment