JB-Singapura - Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)

Hari ini merupakan kemuncak kepada lawatan ni. Lawatan sambil main di Universal Studio Singapore (USS). Sebelum ini ketua rombongan telah menerangkan cara ke USS sebab kali ini kena pergi sendiri. Jika pergi guna bas biasa kena tunggu JB Sentral. Bas yang terus ke USS ada sejam sebuah. Kena pantas mungkin orang ramai. Harga tiket pula RM5.00 pergi dan balik SD5.00. Nampak macam kalut saja, jadi kawan aku, Shaari dah cari Travel Agensi yang terletak di tinggkat bawah JB Central Hotel yang menawarkan bas pergi balik ke USS dengan harga RM30.00. OK saja janji cepat dan tak kalut. Bertolak jam 9 pagi dan balik jam 5 petang.

Pagi ini sarapan di kefe Hotel Citrus. Tak banyak pilihan makan yang disediakan. Ada bihun, kentang, sosej, telur, bijirin dan segagainya sahaja. Balunnn saja, jangan kufur nikmat.
Keluar saja dari hotel kali ini check out terus. Pihak hotel memberi satu ruang untuk kami menyimpan barang sementara ke USS.
Tunggu bas buka pintu
Dalam tak nak kalut tu jadi kalut juga mungkin miss comunication tentang masa bertolak. Tapi semua dapat di selesaikan. Bas telah tunggu di sebelah JB Central Hotel. Semua dapat bertolak dalam jam 9 pagi tetapi dalam dua buah bas sebab bas pertama dah penuh.

Aura makin terasa
Lebih kurang satu jam sampai ke Sentosa. Sampai saja di Resort World USS, pakat-pakat confirm waktu bas bertolak balik, lepas tu baru naik ke USS.
Confirm masa balik di kaunter
Eskelator ke USS - serupa masuk dalam Stargate
Nampak sahaja globe dunia, mercutanda Universal Studio otak dah jem, semua nak posing depan bola tu.
Gambar wajib di USS nak tunjuk kat orang kampung.
Cepat tersedar, ketika ini masa menjadi musuh utama. Cepat-cepat pergi kekaunter bagi mendapat tiket masuk. Sebelum ini tiket telah dibeli secara dalam talian dan bawa kertas cetakan bukti pembelian untuk ditukar ketiket sebenar. Harga tiket SD74.00.
Setelah masuk ke USS sekali lagi ke kaunter penebusan untuk mendapat kupon diskaun. Dapat 2 kupon diskaun. Pembelian secara dalam talian (guna kad kredit ) nie ada kelebihan sebab boleh mendapat diskaun atau pun kad diskaun mengikut jenis kad kredit.
2 kupon diskaun, satu untuk pembelian makanan sebanyak SD6.00
dan satu lagi untuk pembelian barangan juga SD6.00.

Studio Guide, jangan lupa ambil. Banyak maklumat
USS ada kat dalam tu.
Satu lagi jangan lupa dapatkan Studio Guide. Dalam brochure ini terdapat berbagai maklumat mengenai USS. Maklumat mengenai lokasi permainan dan pantang larangnya, tandas, lokasi restoran ( dinyatakan status halal restoran), surau dan berbagai lagi.

Haaa sekarang baru boleh menjelajah ke USS. Lokasi pertama dan menjadi tujuan utama ialah Transformers, lagi pun ia terletak berhampiran pintu masuk. Boleh tahan juga beratur nak masuk. Ada dalam 30 minit juga beratur. Dalam lorong beratur itu kita dihidangkan dengan tayangan melalui LCD TV untuk membangkitkan aura Transformer ( boleh juga hilangkan bosan beratur ).
Sebelum menaiki kereta  kami diberi cermin mata 3D. Naik sahaja atas kereta, terus dibawa ke satu dunia lain yang dikuasai oleh robot. Persembahan visual 3D dan juga pergerakan kereta memang terasa seolah-olah robot-robot itu benar-benar ujud.

Keluar sahaja dari Trasformers, semua akan lalui kedai cenderahati. Posing dua tiga keping gambar bersama Bumblebee.
Pintu masuk Transformers, bersama Bumblebee
Entah pasai apa kali nie nak yang ekstrem sikit. Nak cuba pusing-pusing. Nak naik roller coster. Sebelum tu cari bilik air dulu. Buang apa yang patut. Bukan apa takut tetiba orang bawah ditimpa hujan. Aku dan Zamadi dengan berani akan mencuba benda ni.

Kami ke zon Sci-Fi City. Ia bertemakan tema Battlestar Galactica. Kami cuba yang berwarna biru dulu, Cyclone. Sebelum itu semua barangan seperti kamera tidak dibenarkan bawa keatas. Mana tahu sedang pusing-pusing kat atas terpelanting. Barang-barang boleh di simpan dalam loker dengan bayaran SD3.00 untuk sejam tak salah aku. Setiap permainan dalam USS ini ada pantang laranng dan kesan-kesannya jadi baca kat pintu masuk.
Ini pantang larang dan kesan jika naik Cyclone.
Klik untuk besarkan.
Dalam hati memang ketar. Tapi nak cuba juga. Beratur tak lama. Sampai giliran kami. Roller coster jenis Cyclone nie kerusi dipegang diatas jadi kaki akan tergantung. Mula-mula dibawa kearas yang tinggi dan dengan lajunya turun kebawah dan diikuti dengan pusingan keatas kebawah dan berbagai lagi. Masa tu rasa macam nak patah balik sahaja. Ketika ini masa dirasakan terlampau lama. Habis sahaja terasa jalan atas angin, tak stabil. Macam-macam rasa ada, senak dan meloya. Masa berada atas roller coster tadi terasa sangat lama. Seperti 5 minit.
Jerit keluar anak tekak
Kami turun sahaja Cyclone terus ke roller coster jenis Human pula. Beratur tak berapa lama juga. Kali ini kami kira masa pengunjung yang lain yang naik dan sampai balik. Masa diambil lebih kurang 1 minit sahaja. Jadi Cyclone juga dalam 1 minit sahaja. Dengan ketakutan dan gemuruh, masa yang singkat terasa lama.
Gambar roller coster Cyclone dan Human diambil dari seberang tasik.
Kali ini seperti kereta dan kami duduk dan kerusi dipegang di bawah pula, kaki boleh jejak lantai. Seperti Cyclone,  kereta ini akan bawa kearas yang tinggi dan dengan laju menjunam kebawah dan diikuti dengan pusingan yang entah apa-apa.
Habis sahaja, seperti tadi terasa meloya, pening-pening dan senak.Selepas keluar dari terminal Cyclone atau pun Human kita akan masuk kedai cenderahati. Disitu gambar kita semasa atas roller coster diambil. Mereka jual SD18.00 sekeping.
Rehat sebentas menghilangkan rasa pening.
Ambil barang dari loker dulu dan cari tempat duduk, rehat sebentar sambil makan roti. Roti tak beli dalam USS, bawa dari luar. Sebelum itu ada orang kata tak boleh bawa makanan dan air dalam USS, nak bawa juga kena sorok-sorok sebab orang USS periksa sebelum masuk. Jadi aku sorok roti dalam bag kamera. Tapi masa masuk tadi tak ada sesiapa yang periksa pun. Mungkin yang tak boleh ialah makanan dalam mangkuk tingkat, tikar sekali dengan khemah serupa nak pergi berkelah, lepas tu hidang kat tengah-tengan USS ( kena lawat web Resort World Sentosa baru tahu pantang-larangnya). Lepas rehat rasa selesa sikit baru jalan lagi.


Oklah terlampau panjang sangat dah ni. Jadi sambung ke Universal Studio Bahagian 2

Gambar-gambar lain di USS boleh klik di Photobucket aku.

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama

5 comments:

  1. waaa...untungla org tu dh msuk singapore..zy yg dok johor ni pon lom berkesempatan nk g...ehehhe..

    ReplyDelete
  2. hai sy ili. nak tanya. JB sentral hotel is it same with hotel sentral johor bahru? so travel agensi same bangunan dgn hotel tu? sbb sy nak pegi ke uss dari jb sentral so nak cari maklumat. tq for helping. hope to hear from you asap :))

    ReplyDelete
  3. ke atau jb sentral hotel ni dalam merlin tower tu ? ok tq

    ReplyDelete
  4. TQ lawat blog saya. JB Central hotel dekat Merlin Tower... Hotel Central Johor Baharu jauh lagi. Kami guna travel agen kat bawah Merlin tower tu beli tiket ke USS. Bas pula tunggu sebernag jalan sahaja. Harap dapat membantu..... selamat enjoizzz

    ReplyDelete