Lagi jalan-jalan cari makan kat Kepala Batas. Dah dok kat sini jadi cari makan kat sini ja la. Tak dak kerja nak pi cari makan jauh-jauh. Minyak kereta bukannya makin turun.
Hari nie kita makan nasi kampung pula. Tengahari mesti kena nasi kampung baru kenyang. Pi ke D'ANN Asam Pedas. Lokasi lot perniagaan di Jalan Bertam 1, bersebelah Perbadanan Bekalan Air (PBA) Kepala Batas.
Kedai nie baru lagi dibuka, rasanya awal tahun ni. Sampai sana apa lagi yang pertama diambil dah tentu nama kedai ni. Asam pedas. Aku ambil kuah saja, lauk asam pedas aku tak berapa suka sebab lembek. Masa aku datang ada asam pedas ikan pari yang pekat dimasak ikut cara Melaka atau Johor dan asam pedas ikan temenung yang nie rasanya cara orang utara kot sebab ceroi atau masak pindang (kalau betul lah ).
Asam pedas Melaka tak berapa pekat dan ada sedikit kurang kalau di banding dengan yang pernah aku makan kat Melaka, jangan tanya kurang apa, aku pun tak tau nak jawab. Tapi kira OK lah, bagi yang ketagih nak pekena asam pedas ni.
Lauk-lauk lain macam biasa lah seperti sup ayam, kari ikan, telur masin dan banyak lagi lah dan juga ulam-ulaman. Rasa macam mana? Aku tak tau, takkan nak makan semua sekali. Kena bela jin boleh kot.
Restoran dijaga bersih dan parking pun mudah di hadapan kedai.
Lokasi dari google map.
View D'ANN Asam Pedas in a larger map
Restoran Miezuri Briyani House
Kali ini jalan-jalan cari makan kat Kepala Batas. Saja nak ubah selera sikit pagi nie. Selalu dok lalu depan kedai nie, tengok orang ramai makan kat situ. Restoran nie terletak kat kawasan perniagaan Bertam Indah. Restoran Miezuri Briyani House.
Walau sampai pagi, bersempena dengan nama kedai jadi nasi briyani dengan lauk semua dah sedia untuk di tokak. Sampai di sana, orang boleh tahan la ramai. Apa lagi oder nasi briyani la.
Nasi briyani dia memang sedap dan lembut dan beras panjang (Briyani Basmathi ). Lauk yang disediakan memang kena dengan nasi briyani. Set nasi briyani nie terdiri dari nasi briyani, lauk dan acar timun. Lauk untuk set briyani di sediakan 3 jenis sahaja iaitu ayam ros, daging kari dan kambing briyani. Kambing yang disediakan boleh tahanlah besarnya. Itu sahaja, jangan dok minta dalca, papadam, sotong macam kedai mamak pula.
Disamping nasi briyani ada nasi lemak untuk makan pagi, jadi Muhammad Ammar dengan Siti Sarah makan nasi lemak tapi depa pilih lauk nasi briyani.
Harga kat restoran nie ok lah. Set briyani ayam dandaging RM6.00 dan set briyani kambing RM 7.50 (ikut saiz). Nie menu dia ( klik untuk paparan lebih besar).
Makanan ringan selain dari nasi atau tak mau makan nasi ada disediakan capati. Yang buat capati pun macam import ja.
Capati kat bawah nie, kami datang hari lain pula. Nak makan semua pada hari sama kena bela jin baru habis.
Set capati diberi kuah dal. Daging cincang oder asing. Capatinya boleh tahan la lembut dan bila kena dengan kuah cincang mabelassss.
Suasana restoran bersih tetapi sesak sikit dengan meja dan kerusi. Layanan memang mesra dan cepat. Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Masa pula dari 7 pagi sehingga habis ( yang jaga restoran cakap lebih kurang sampai jam 3 petang ). Nie dia alamatnya :
20A Lorong Bertam Indah 12, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Blog rasmi Restoran Miezuri Briyani House.
Nak mudah lagi nie map dari Google
View Miezuri Briyani House in a larger map
Walau sampai pagi, bersempena dengan nama kedai jadi nasi briyani dengan lauk semua dah sedia untuk di tokak. Sampai di sana, orang boleh tahan la ramai. Apa lagi oder nasi briyani la.
| Briyani ayam |
| Briyani kambing |
Disamping nasi briyani ada nasi lemak untuk makan pagi, jadi Muhammad Ammar dengan Siti Sarah makan nasi lemak tapi depa pilih lauk nasi briyani.
Harga kat restoran nie ok lah. Set briyani ayam dandaging RM6.00 dan set briyani kambing RM 7.50 (ikut saiz). Nie menu dia ( klik untuk paparan lebih besar).
Makanan ringan selain dari nasi atau tak mau makan nasi ada disediakan capati. Yang buat capati pun macam import ja.
Capati kat bawah nie, kami datang hari lain pula. Nak makan semua pada hari sama kena bela jin baru habis.
| Capati dengan daging cincang |
Suasana restoran bersih tetapi sesak sikit dengan meja dan kerusi. Layanan memang mesra dan cepat. Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Masa pula dari 7 pagi sehingga habis ( yang jaga restoran cakap lebih kurang sampai jam 3 petang ). Nie dia alamatnya :
20A Lorong Bertam Indah 12, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Blog rasmi Restoran Miezuri Briyani House.
Nak mudah lagi nie map dari Google
View Miezuri Briyani House in a larger map
Perasmian LPPKN Kepala Batas
Baru ada masa nak tulis, dah lama berlaku. Perasmian Pusat Keluarga, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN) Kepala Batas pada 15 hb Oktober 2011 lepas.
Bukan sesaja nak pi perasmian nie, tapi anak aku Muhammad Ammar ada ambil bahagian dalam persembahan bersama dengan bebudak Tadika Khalifah Intelek.
Awal pagi kena keluar rumah dah. Sarapan dulu kat Bob Noorly kat Bertam Putra, selepas selesai hantar Ammar ke LPPKN. Biasalah penganggkutan dan sarapan pagi pihak tadika tak sediakan. Sampai lebih kurang jam 9 pagi. Banggunan LPPKN baru berwarna hijau.
Sampai sana hantar Ammar kepada pihak tadika untuk bersiap dan mekup.
Sementara depa dok bersiap, aku jalan-jalan kat luar. Ada beberapa permainan yang disediakan untuk bebudak dan juga emak dan bapa budak.
Yang best disediakan makan pagi untuk semua orang, kalau tau pihak LPPKN sediakan kami terus ja mai sini, jimat.
Cemuih dah dok pusing-pusing kat luar, jadi kami masuk dalam dewan ada lah kat kul 10 pagi. Lama lah juga dalam jam 11 pagi baru menteri datang. Tuuu pun dok buat acara kat luar dulu cam melawat pameran. Hampir jam 12 tengahari baru menteri masuk dewan dan acara bermula. Kesian kat mak cik - mak cik yang datang sejak awal pagi untuk terima bantuan ada yang dah ada kat sana jam 8 pagi hanya nak dapat RM 300.00. Kalau nak derma tu bagi saja lah tak payah la tahaq depa nie sebab nak tunggu menteri dan nak ramaikan majlis.
VVIP yang datang Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Perasmian oleh Pak Lah walau pangkat Datuk Seri Sharizat lebih tinggi. Masuk saja VVIP terus dengan lagu NegaraKu dan diikuti oleh Lagu 1Malaysia ( orang tetap berdiri menyanyi lagu 1 Malaysia nie ). Rasanya nie kali pertama tadika nie buat persembahan depan menteri.
Alhamdulillah acara tadika menjadi pembuka majlis. Kalau di letakkan acara tu yang terakhir, jenuh mengepung si kecil Firas dalam dewan tu.
Haaaa.... nie dia acara Ammar masuk jadi ulat bulu.
Mula-mula cikgu Tikah suruh beli seluar ketat tu. Tapi kami kata mana ada masa nak pi beli lagi pun kami nak cari kat mana, jadi kami suruh saja pihak tadika beli. Cikgu Tikah kata RM 8.00. Kami OK saja lah. Tapi akhir-akhir cikgu Tikah kata tak perlu bayar sebab seluar tu depa nak simpan. Masa dok dalam dewan adalah bersembnag dengan ibu bapa yang anak dia masuk pertunjukan tu juga. Kami tanyalah dia mengenai seluar tu. dia kata cikgu Tikah minta RM 7 sahaja. Aikkk pasai pa kat kami minta RM 8 ?? Harga seluar ikut harga pasaran macam harga emas kot, ada naik-turun.
Selesaai sahaja acara bebudak tu, mula pula acara VVIP. Aku tunggu sekajap saja selepas Dato Sharizat naik pentas. Kami pun balik. Ada kenduri.
Update 30/4/2013: Oleh kerana ramai yang lokasi LPPKN Kepala Batas nie, jadi aku letakkan Google Map kat bawah. Ia terletak dekat Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara dan UDA. Moga dapat membantu.
View PPKN Kepala Batas in a larger map
Bukan sesaja nak pi perasmian nie, tapi anak aku Muhammad Ammar ada ambil bahagian dalam persembahan bersama dengan bebudak Tadika Khalifah Intelek.
Awal pagi kena keluar rumah dah. Sarapan dulu kat Bob Noorly kat Bertam Putra, selepas selesai hantar Ammar ke LPPKN. Biasalah penganggkutan dan sarapan pagi pihak tadika tak sediakan. Sampai lebih kurang jam 9 pagi. Banggunan LPPKN baru berwarna hijau.
Sampai sana hantar Ammar kepada pihak tadika untuk bersiap dan mekup.
Sementara depa dok bersiap, aku jalan-jalan kat luar. Ada beberapa permainan yang disediakan untuk bebudak dan juga emak dan bapa budak.
| Acara mancing ikan. Kumpul 3 ikan dapat hadiah beg tapi mesti ibu bapa dengan anak. |
| Makan pagi disediakan. |
Cemuih dah dok pusing-pusing kat luar, jadi kami masuk dalam dewan ada lah kat kul 10 pagi. Lama lah juga dalam jam 11 pagi baru menteri datang. Tuuu pun dok buat acara kat luar dulu cam melawat pameran. Hampir jam 12 tengahari baru menteri masuk dewan dan acara bermula. Kesian kat mak cik - mak cik yang datang sejak awal pagi untuk terima bantuan ada yang dah ada kat sana jam 8 pagi hanya nak dapat RM 300.00. Kalau nak derma tu bagi saja lah tak payah la tahaq depa nie sebab nak tunggu menteri dan nak ramaikan majlis.
VVIP yang datang Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Perasmian oleh Pak Lah walau pangkat Datuk Seri Sharizat lebih tinggi. Masuk saja VVIP terus dengan lagu NegaraKu dan diikuti oleh Lagu 1Malaysia ( orang tetap berdiri menyanyi lagu 1 Malaysia nie ). Rasanya nie kali pertama tadika nie buat persembahan depan menteri.
Alhamdulillah acara tadika menjadi pembuka majlis. Kalau di letakkan acara tu yang terakhir, jenuh mengepung si kecil Firas dalam dewan tu.
Mula-mula cikgu Tikah suruh beli seluar ketat tu. Tapi kami kata mana ada masa nak pi beli lagi pun kami nak cari kat mana, jadi kami suruh saja pihak tadika beli. Cikgu Tikah kata RM 8.00. Kami OK saja lah. Tapi akhir-akhir cikgu Tikah kata tak perlu bayar sebab seluar tu depa nak simpan. Masa dok dalam dewan adalah bersembnag dengan ibu bapa yang anak dia masuk pertunjukan tu juga. Kami tanyalah dia mengenai seluar tu. dia kata cikgu Tikah minta RM 7 sahaja. Aikkk pasai pa kat kami minta RM 8 ?? Harga seluar ikut harga pasaran macam harga emas kot, ada naik-turun.
Selesaai sahaja acara bebudak tu, mula pula acara VVIP. Aku tunggu sekajap saja selepas Dato Sharizat naik pentas. Kami pun balik. Ada kenduri.
Update 30/4/2013: Oleh kerana ramai yang lokasi LPPKN Kepala Batas nie, jadi aku letakkan Google Map kat bawah. Ia terletak dekat Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara dan UDA. Moga dapat membantu.
View PPKN Kepala Batas in a larger map
Restoran Tomyam Udang, Jelutong
Rasanya tengah bulan Oktober lepas kejadian nie. Kawan sepejabat nak belanja. Makan preeee. Masa rehat jam 1 tengahari kami ke Restoran Tomyam Udang yang terletak kat persimpangan Jelutong dan Lebuhraya Gelugor.
Kat gambar atas, yang belanja bukan yang lelaki depan tu, sebok betul tangan dia, tak sabarrr. Tapi yang belakang tangan tu, Muneera.
Sampai sana pilih set C, yang sponser pilih. Sebab cukup untuk 6 orang. Masa sampai rasanya ada 2 meja saja yang ada pemakan.
Set C terdiri dari Tomyam Udang ( macam nama kedai ), ayam halia, sotong pedas, kangkong belacan, siakap tiga rasa, kerabu mempelam dan air buah satu jug. Kangkong belacan tukar jadi kailan ikan masin dan tambah telur dadar.
Oder tak berapa lama dah sampai. Nie dia.
Makanan boleh kata semua sedap terutama sotong masak pedas. Ikan siakap 3 rasa Ok saja tapi tak adalah timun, tomato, nenas yang dipotong dalam sos. Tomyam pula bersempena dengan nama kedai taklah segah nama kedai. Tapi aku nak komen pun tak boleh gak sebab dah kata tomyam udang jadi yang diberi kuah tomyam dengan udang saja, tak adalah bahan-bahan tambahan seperti bawang, tomato, cendawan, rasa memang sedap.
Tak sampai setengah jam licin. Apa-apa pun memang sedap tambah lagi masa tengahari time lapaq dan juga makan preeee. Terima kasih kepada yang telah menaja makan tengahari semoga Allah murahkan rezeki lagi.
Nie menu yang ada kat sana:
Restoran memang selesa, luas dan tempat parking banyak kat depan kedai.
Lokasi dari google.
View Restoran Tomyam Udang, Jelutong in a larger map
Kat gambar atas, yang belanja bukan yang lelaki depan tu, sebok betul tangan dia, tak sabarrr. Tapi yang belakang tangan tu, Muneera.
Sampai sana pilih set C, yang sponser pilih. Sebab cukup untuk 6 orang. Masa sampai rasanya ada 2 meja saja yang ada pemakan.
Set C terdiri dari Tomyam Udang ( macam nama kedai ), ayam halia, sotong pedas, kangkong belacan, siakap tiga rasa, kerabu mempelam dan air buah satu jug. Kangkong belacan tukar jadi kailan ikan masin dan tambah telur dadar.
Oder tak berapa lama dah sampai. Nie dia.
| Kerabu mempelam |
| Telur dadar |
| Ayam masak halia |
| Kailan ikan masin |
| Siakap tiga rasa |
| Tomyam udang |
| Sotong masak pedas |
Tak sampai setengah jam licin. Apa-apa pun memang sedap tambah lagi masa tengahari time lapaq dan juga makan preeee. Terima kasih kepada yang telah menaja makan tengahari semoga Allah murahkan rezeki lagi.
Nie menu yang ada kat sana:
Restoran memang selesa, luas dan tempat parking banyak kat depan kedai.
Lokasi dari google.
View Restoran Tomyam Udang, Jelutong in a larger map
Langkawi - Shopping...Shopping...Shopping....
Kalau sampai Langkawi tak shopping kira tak sah lagilah. Antara yang murah dari tanah besar ialah pinggan mangkuk ( import punya macam correlle, visions, arcopal, corningware dan entah apa lagi lah ), cooking pan, preasure cooker, kain batik / pelikat, cokelat.
Ketika melawat tempat-tempat bersejarah atau pantai, ramai peniaga yang menjual kain-kain, cokelat dan sebagainya di gerai-gerai. Yang aku perhatikan harga yang ditawarkan mungkin lebih mahal sedikit dari kedai di pekan Kuah tapi harga boleh tawar-menawar. Jadi kalau nak membeli tu pi dulu ke kedai-kedai di pekan Kuah. Survey dulu harga.
Kedai yang menjual barangan bebas cukai nie memang banyak, terutama di pekan Kuah. Pilihan barangan pun hampir sama tetapi harga pula tak berapa standard. Adalah sedikit perbezaan antara kedai-kedai. Jadi kalau kaki, pinggang dan tangan kuat, haaaa bolehlah pusing semua sekali.
Antara kedai yang terkenal ialah Haji Ismail Group dan Idaman Suri. Haji Ismail Group akan menggunakan beg plastik warna hijau dan Idaman Suri guna warna Biru. Nanti masa balik dalam bot kedua-dua warna nie yang akan mengisi tempat simpanan barang.
Haji Ismail Group nie antara pengusaha Islam yang terkenal menjual barangan bebas cukai dan mempunyai beberapa cawangan. Jadi kepada yang berkunjung ke Langkawi buatlah pilihan yang baik ketika membeli, jangan lihat murah sahaja, lihat juga siapa pemiliknya.
Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:
1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping
| Macam-macam cokelat ada |
Kedai yang menjual barangan bebas cukai nie memang banyak, terutama di pekan Kuah. Pilihan barangan pun hampir sama tetapi harga pula tak berapa standard. Adalah sedikit perbezaan antara kedai-kedai. Jadi kalau kaki, pinggang dan tangan kuat, haaaa bolehlah pusing semua sekali.
| Haji Ismai Group |
| Idaman Suri |
Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:
1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping
HIMPUN 10 Resolusi
Dah selesai perhimpunan Himpunan Sejuta Umat, HIMPUN di Stadium Shah Alam pada 22/10/2011. PM memuji kerana dapat menagadakan perhimpunan yang sopan dan terkawal. Sehingga Seksyen 27 Akta Polis mengenai perhimpunan dan ceramah pun kerajaan nak kaji semula.
Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 10,000 orang tetapi ada juga yang mengatakan cuma 5,000 orang sahaja. Agenda utama perhimpunan adalah untuk memperkukuhkan undang-undang murtad dalam negara.
PM di tanya mengenai tuntutan HIMPUN yang menuntut kerajaan menggubal akta murtad, beliau berkata, semua akta dan undang-undang berkaitan hal ehwal agama terletak di tangan kerajaan negeri dengan Sultan sebagai ketua agama. ( Datuk Seri Najib Razak menjawab ketika Majlis Perhimpunan Perdana Bersama Bekas dan Pesara Polis di Kuala Lumpur, 24/10/2011- Berita Harian).
Dari kenyataan itu, menunjukkan undang-undang agama tidak bersatu ( ikut negeri masing-masing, itu yang ada sekarang ). Apa kata kalau minta supaya undang-undang agama di letakkan di bawah kuasa tertinggi seperti Agung atau menjadi undang-undang Persekutuan dan diterima pakai satu negara. Yang nie baru nampak kesepaduan. Buat apa nak dibeza-beza.
Dok search mengenai perhimpunan ini ternampak satu gambar baner tertulis "Melayu Sepakat Islam Berdaulat". Tak tau nak kata apa dah. Dah lari tajuk. Ini mengenai umat Islam bukan umat Melayu, tak kira apa bangsa sekali pun India, cina, mat saleh, iban dan sebagainya. Jangan minda hadkan bila Melayu itu mesti Islam.
Apa-apa pun nie dia resolusinya:
Berikut adalah 10 resolusi Perhimpunan Sejuta Umat
1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.
2) Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebeagai kandungan utama.
4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segara menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.
5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.
7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.
8) Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.
9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
10) Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.
Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 10,000 orang tetapi ada juga yang mengatakan cuma 5,000 orang sahaja. Agenda utama perhimpunan adalah untuk memperkukuhkan undang-undang murtad dalam negara.
PM di tanya mengenai tuntutan HIMPUN yang menuntut kerajaan menggubal akta murtad, beliau berkata, semua akta dan undang-undang berkaitan hal ehwal agama terletak di tangan kerajaan negeri dengan Sultan sebagai ketua agama. ( Datuk Seri Najib Razak menjawab ketika Majlis Perhimpunan Perdana Bersama Bekas dan Pesara Polis di Kuala Lumpur, 24/10/2011- Berita Harian).
Dari kenyataan itu, menunjukkan undang-undang agama tidak bersatu ( ikut negeri masing-masing, itu yang ada sekarang ). Apa kata kalau minta supaya undang-undang agama di letakkan di bawah kuasa tertinggi seperti Agung atau menjadi undang-undang Persekutuan dan diterima pakai satu negara. Yang nie baru nampak kesepaduan. Buat apa nak dibeza-beza.
![]() |
| gambar dari http://mohdfazli.wordpress.com/ |
Apa-apa pun nie dia resolusinya:
Berikut adalah 10 resolusi Perhimpunan Sejuta Umat
1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.
2) Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebeagai kandungan utama.
4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segara menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.
5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.
7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.
8) Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.
9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
10) Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.
Langkawi - Hari 3: Pantai Pasir Hitam
Sampai ke Pantai Pasir hitam hampir jam 6 petang. Dah lewat. Tapi dah lalu singgah juga lah, kalau tidak bila lagi.
Disediakan tempat parking yang luas juga. Masa sampai pengunjung dah tak berapa ramai. Kita akan nampak kedai-kedai cenderamata dan makanan. Pantai tak nampak lagi. Selepas melalui kedai-kedai tersebut, kita terpaksa turun melalui tangga yang di sediakan dan baru berjumpa dengan pantai.
Pasir pantai disini taklah keseluruhan berwarna hitam tapi bertompok-tompok disini-sana bersama dengan pasir biasa.
Ada cerita dongeng mengenai kenapa pasir disini berwarna hitam. Aku ambil dari info yang telah di letakkan berdekatan pantai.
" Menurut satu dongeng tempatan, kewujudan pantai dengan pasir berwarna hitam ini adalah berpunca daripada perang saudara di antara Kerajaan Darat dan Kerajaan Laut. Peperangan ini berpunca daripada puteri duyung dari Kerajaan Laut telah jatuh cinta dan melarikan diri bersama putera raja Kerajaan Darat. Perang ini ternyata berat sebelah kerana Kerajaan Laut mempunyai bala tentera yang lebih ramai berbanding Kerajaan Darat.
Walaupun begitu, Kerajaan Darat sangat beruntung kerana mempunyai seorang pendeta yang mencadangkan satu rancangan untuk memenangi peperangan tersebut.
Sang pendeta telah mengarahklan rakyat untuk mengumpul kayu api sebanyak mungkin di sepanjang pantai. Menjelang senja, kayu api yang sangat banyak ini telah di bakar sehingga apinya dapat di lihat dari kejauhan. Tentera Kerajaan Laut menyangka api tersebut adalah api obor yang di bawa oleh ribuan tentera Kerajaan Darat. Mereka pun melarikan diri.
Pasir pantai telah dikatakan terbakar bersama-sama kayu api dan kesannya terus kekal sehingga kini. Bagaimanapun kehitamannya tidak sama warna arang. Sekiranya anda menggali beberapa sentimeter ke dalam, anda akan dapat meliuhat pasir pantai biasa. "
Pantai nie aku lihat tak ada orang yang mandi, lagi pun air tak berapa jernih. Ada jeti kayu, banyak bot dan sampan nelayan yang berlabuh. Mungkin pantai ini tempat ikan mendarat sebab ada bau ikan yang kuat di sini.
Masa aku sampai dah petang dapatlah lihat matahari terbenam kat sini.
Matahari terbenam menarik kat sini tapi bawa anak kecil Ahmad Firas kena balik awai. Nanti tak pasal-pasal kena sampuk benda-benda yang tak elok orang tua-tua kata. Muhammad Ammar dan Siti Sarah tak puas lagi main pasir.
Dalam perjalana nak ke kereta, melalui kedai-kedai cenderamata. Dapat di lihat ada sesetengah kedai itu membotolkan pasir hitam untuk dijual. Botol kecil saja adalah sebesar botol minyak attar.
Lokasi dari google.
View Larger Map
Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:
1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping
| Pantai Pasir Hitam |
Pasir pantai disini taklah keseluruhan berwarna hitam tapi bertompok-tompok disini-sana bersama dengan pasir biasa.
Ada cerita dongeng mengenai kenapa pasir disini berwarna hitam. Aku ambil dari info yang telah di letakkan berdekatan pantai.
" Menurut satu dongeng tempatan, kewujudan pantai dengan pasir berwarna hitam ini adalah berpunca daripada perang saudara di antara Kerajaan Darat dan Kerajaan Laut. Peperangan ini berpunca daripada puteri duyung dari Kerajaan Laut telah jatuh cinta dan melarikan diri bersama putera raja Kerajaan Darat. Perang ini ternyata berat sebelah kerana Kerajaan Laut mempunyai bala tentera yang lebih ramai berbanding Kerajaan Darat.
Walaupun begitu, Kerajaan Darat sangat beruntung kerana mempunyai seorang pendeta yang mencadangkan satu rancangan untuk memenangi peperangan tersebut.
Sang pendeta telah mengarahklan rakyat untuk mengumpul kayu api sebanyak mungkin di sepanjang pantai. Menjelang senja, kayu api yang sangat banyak ini telah di bakar sehingga apinya dapat di lihat dari kejauhan. Tentera Kerajaan Laut menyangka api tersebut adalah api obor yang di bawa oleh ribuan tentera Kerajaan Darat. Mereka pun melarikan diri.
Pasir pantai telah dikatakan terbakar bersama-sama kayu api dan kesannya terus kekal sehingga kini. Bagaimanapun kehitamannya tidak sama warna arang. Sekiranya anda menggali beberapa sentimeter ke dalam, anda akan dapat meliuhat pasir pantai biasa. "
| Pasir yang hitam bercampur pasir biasa |
Masa aku sampai dah petang dapatlah lihat matahari terbenam kat sini.
| matahari hampir terbenam |
Dalam perjalana nak ke kereta, melalui kedai-kedai cenderamata. Dapat di lihat ada sesetengah kedai itu membotolkan pasir hitam untuk dijual. Botol kecil saja adalah sebesar botol minyak attar.
Lokasi dari google.
View Larger Map
Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:
1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping
Subscribe to:
Posts (Atom)
