Saturday, November 19, 2011

D'ANN Asam Pedas

Lagi jalan-jalan cari makan kat Kepala Batas. Dah dok kat sini jadi cari makan kat sini ja la. Tak dak kerja nak pi cari makan jauh-jauh. Minyak kereta bukannya makin turun.

Hari nie kita makan nasi kampung pula. Tengahari mesti kena nasi kampung baru kenyang. Pi ke D'ANN Asam Pedas. Lokasi lot perniagaan di Jalan Bertam 1, bersebelah Perbadanan Bekalan Air (PBA) Kepala Batas.

Kedai nie baru lagi dibuka, rasanya awal tahun ni. Sampai sana apa lagi yang pertama diambil dah tentu nama kedai ni. Asam pedas. Aku ambil kuah saja, lauk asam pedas aku tak berapa suka sebab lembek. Masa aku datang ada asam pedas ikan pari yang pekat dimasak ikut cara Melaka atau Johor dan asam pedas ikan temenung yang nie rasanya cara orang utara kot sebab ceroi atau masak pindang (kalau betul lah ).

Asam pedas Melaka tak berapa pekat dan ada sedikit kurang kalau di banding dengan yang pernah aku makan kat Melaka, jangan tanya kurang apa, aku pun tak tau nak jawab. Tapi kira OK lah, bagi yang ketagih nak pekena asam pedas ni.

Lauk-lauk lain macam biasa lah seperti sup ayam, kari ikan, telur masin dan banyak lagi lah dan juga ulam-ulaman. Rasa macam mana? Aku tak tau, takkan nak makan semua sekali. Kena bela jin boleh kot.

Restoran dijaga bersih dan parking pun mudah di hadapan kedai.

Lokasi dari google map.

View D'ANN Asam Pedas in a larger map

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...