Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat Hari Raya 1 Syawal 1437 (siap ada tarikh lagi) kepada ter"klik" blog ini. Aku menyusun sepuluh jari mohon maaf kalau ada apa-apa yang aku tertulis tak kena dengan selera dan maklumat yang tersalah.
Sepatutnya kita sesama manusia mohon maaf sebelum Ramadhan. Maklumlah akan masuk kebulan yang mulia dan bayak barakah. Jadi biar mohon ampun sesama manusia dulu bagi clear. Taklah dalam bulan Ramadhan masih ada yang tersemat di hati. Dalam bulan Ramadhan dapat buat amal dengan lebih tenang untuk mendapat keredaan Pencipta. OKlah tahun depan kita pakat mula minta maaf sebelum masuk bulan Ramadhan ~ setakat tulis saja tahun depan nak kena praktis.
Dah nak sampai bulan Syawal nie. Apa yang kita buat bila menjelang Hari Raya selain asal masuk rumah makan keluar rumah ke rumah orang lain pula dan makan? Suatu yang kita lakukan melebihi bulan-bulan lain? Dah tentulah salam menyalam. Tak naklah cerita fesyen salam. Ada salam tampar, ada salam kuit, ada salam kaut, ada salam tumbuk dan macam-macam lagilah. Tapi peristiwa salam memang berlaku dengan banyaknya walau dengan teman sepejabat yang hari-hari kita tengok muka dia.
Biarlah jenis-jenis salam tu. Yang penting siapa yang boleh di salam dan siapa yang tak boleh disalam. Maklumlah hari raya, sanak saudara dari mana lubang tanah keluar. Ada yang jauh tak jumpa bertahun pun datang. Ada yang kita tak tahu pun dia ujud datang dari mana tiba-tiba menjadi saudara. Jangan dok pakat salam asal ada talian darah dari nenek moyang kira sama rata ~ kalau nak ikut ada pertalian darah semua manusia bersaudara datang dari Nabi Adam, pakat boleh salam semua.
Bersalam juga tak kiralah tingkatan usia, kedudukan dalam keluarga, jawatan, along kawasan, atau penghormatan untuk orang-orang tertentu. Dalam Islam ada batas-batasnya. Dibawah akau letakkan poster mahram untuk lelaki dan wanita buat panduan ~ terutama untuk aku sendiri.
Mahram Lelaki |
Mahram Perempuan. |
Sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment