Hari ibu yang lepas ke Restoran ZnA. Kali ini untuk hari bapa ke D'King Seafood sungai Petani. Yerr la bapa kannn, mestilah King. Terletak sebelum simpang Giant Sungai Petani kalau dari Tikam Batu. Dulu rasanya tempat nie restoran cina sebab ada gambar harimau.
Parking tak menjadi masalah, sebab pintu restoran menghadap jalan yang orang tak pakai dah ( rasa aku la ), Jalan Kampung Baru. Ada pekerja restoran yang jaga parking. Ketika sampai orang boleh kata ramai. Serupa dengan kami kot, meraikan bapa.
Masuk kedalam, kami tercangak-cangak nak duduk kat mana. Lalu pelayan yang adakat situ tunjuk ke satu lokasi. Meja untuk 8 orang. Tak makan lagi tengok kerusi dan meja dah rasa berselera.
Macam dok kat hotel |
Seafood |
Semua masakan datang boleh kata cepat. Nie apa yang kami ambil.
Siakap 3 rasa : Besar sesuai untuk 4 orang tetapi rasa kureng dan ikan tak berapa rangup. |
Kailan ikan masin : Rasa dah OK tapi kailan tak berapa masak. |
Sotong kong Pow : Yang nie aku tak tau nak komen apa, tak kena dengan selera. Sotong dimasak dengan sos tiram rasanya tetapi lembik macam tak masak. |
Tom yam seafood campur : Betul ka tom yam??? rasa serupa asam pedas. Bahan seperti udang dengan sotong banyak. Udang macam tak berapa masak. |
Ada muka merajuk ?? |
Seperti konsep Restoran ZnA yang kami pi dulu, restoran ini pun menyediakan berbagai kaedah duduk untuk makan.
Makan bersila |
Makan bawah pondok. |
Bersama motor tokey kedai |
Untuk yang nak ke restoran nie. Alamat kat bawah :
Lot 20072,Jln Padang Temusu, Mukim Sungai Pasir, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel : 019-511 1152
Dibuka dari 4 petang - 1 pagi. Isnin Cuti
Web: http://dkingseafood.com/
Email : info@dkingseafood.com
Nak senang tengok ja Google Map kat bawah.
View Restoran D'King Seafood in a larger map
p/s: Terima kasih kat isteri aku yang belanja.
Mee udang dia so so ja. Tapi boleh dicuba. Pada firasat sya, dia masak terlampau lama membuatkan mee dan sayur jadi lembek
ReplyDeleteTQ bg komen. Baru 2 3 hari lepas pekena mee pula. Kuah mee rasa macam kuah char koey teaw. Time aku makan mee OK ja. Tukang masak lain kot.
ReplyDelete