Tak ada apa yang menarik cuma makan-makan malam sahaja kat Jalan Tikam Batu. Dah lama tengok kedai nie, macam menarik saja. Restoran Z'n'A Ikan Bakar. Kedai ini terletak ditepi jalan bersebelahan kedai landscape. Boleh parking kat depan kedai atau di sebelah kedai landscape.
Restoran ZnA Ikan Bakar. Tak berapa clear, hujan. |
Sampai sahaja, kami disambut dengan hujan. Nasib baik sempat masuk kedalam restoran. Sekarang nie musim dia. Pengunjung yang ada boleh kata ramai gak.
Tunggu apa lagi, perut dah lapar, oder makanan lah. Nie dia menu. Macam-macam ada. Ala cart ada, set pun ada. Set ada berbagai saiz dan menu.
Nasi arab mendy pun ada |
Boleh pilih |
Kawasan kedai luas, jadi bebudak bolehlah jalan-jalan. Lagipun kedai lanscape di gubah seperti taman. Boleh lepak-lepak kat situ.
Makanan boleh kata cepat sampai. Nie dia apa yang ada dalam set tu.
Telur dadar |
Sotong celup tepung. Kami tak berapa suka sebab ada rasa kari. |
Ayam masak merah |
Kailan ikan masin. Tukar dengan kangkung goreng belacan. |
Siakap 3 rasa. Saiz sesuai dengan 4 orang makan. Rasa mabeles kena dengan selera aku. |
Sup ekor tempatan. Walau tak kena dengan menu lain tetapi rasa memang sedap. |
Menu tambahan. Satay ayam dan daging. Rasa satay ok tetapi kuah tak berapa sedap. |
Licinnnnn |
Surau lelaki dan perempuan disediakan. |
Selamat hari ibu. |
Harga makanan berpatutan. Berbaloi makan kat sini. Lokasi Restoran Z'n'A Ikan Bakar nie di Jalan Kampung Baru mengikut Google Map, tetapi kalau alamat di tulis Jalan Tikam Batu.
Nie dia alamat:
No 41A Gon Selong, Jalan Tikam Batu, Sungai Petani.
Waktu operasi : 5 petang - 1 pagi
Tutup : Selasa
No.Tel: Hasniza 019-4119495, Fauzi 019-4887744, Shah 102-3424494, Zam 012-4662514
Blog: http://restoranznaindah.blogspot.com/
e-mail : perniagaanznaindah@yahoo.com
Restoran ini berada betul-betul di hadapan simpang ke Kampung Pokok Asam. Apa-apa pun layan map kat bawah.
View Restoran Z'n'A Ikan Bakar in a larger map
p/s : Selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu.
Update: Gambar suasana sekitar restoran tak banyak sebab hujan. Kali kedua kami datang ada beberapa gambar sekitar restoran. Boleh kesini Restoran ZnA Ikan Bakar : Sekali Lagi.
No comments:
Post a Comment