Dah berbelas tahun pakai kereta. Asal servis tukar minyak pelincir atau minyak hitam mesti pilih Petronas. Tapi kali ini Castrol ada tawaran menarik. Tawaran ini aku baru tahu dari mekanik tempat servis.
Tawaran untuk servis yang menggunakan minyak pelincir Castrol. |
Tawaran memang menarik dan sukar untuk tak berpaling tadah. Sini aku ceritakan tawarannya. Untuk minyak semi sintetik, jika dibuat 4 kali servis serta tukar minyak pelincir Castrol dalam 2 tahun kita boleh tebus sebotol minyak pelincir semi sintetik percuma.
Untuk yang menggunakan minyak pelincir Castrol fully syntetic, selepas dibuat 3 kali servis serta tukar minyak pelincir dalam 2 tahun kita boleh tebus sebotol minyak pelincir fully syntetic percuma.
Kalau kita guna minyak pelincir campur-campur macam dalca, sekejap gred tinggi sekejap tukar gred rendah, bila nak tebus dia akan bagi yang gred rendah. Takkan nak campur-campur kan.
Memandangkan kegunaan kereta boleh kata dua ke tiga kali setahun atau melebihi 5 kali dalam dua tahun maka tawaran ini amat berbaloi. Uihhh boleh tahan jimat, harga sebotol minyak yang semi sentetik pun dah cecah RM 120.00.
Kad Proof Of Purchase - POP. |
Kalau nak dapat tawaran ini bukan setakat beli minyak pelincir Castrol di mana-mana. Tawaran ini untuk servis yang dilakukan di pusat-pusat servis atau bengkel yang berdaftar dengan Castrol sahaja. Selepas servis minta kepada mereka kad bukti pembelian (proof of purcas- POP) dan juga ID pusat servis. Kemudian SMS ikut arahan seperti gambar di atas. Boleh sahaja minta pusat servis yang SMS. Cukup limit bolehlah tebus sebotol minyak pelincir.
Tawaran minyak pelincir Castrol percuma. |
Ok lah harap tawaran in berterusan dan kalau boleh Petronas pun buat tawaran yang lebih menarik lagi. Boleh aku buat U turn.
No comments:
Post a Comment