Penatttt... Pagi Jumaat lepas aku talipon confirm balik dengan Perodua Service Centre Pulau Pinang, Jalan Patani tentang temujanji untuk servis petang hari tu. Bagilah nombor kereta dan di periksa dalam sistem, tak ada. Aikkk.. dah booking minggu lepas macam mana tak ada pula? Tanya lagi, macam mana boleh terima lagi ka booking? Di jawab tak boleh dah, kereta banyak sampai kepetang.
Hairan aku sebab dah buat booking pada Khamis 16hb Ogos lebih kurang jam 10.37 pagi ( ikut rekod dalam call log HP). Yang jawab lelaki ( silap tak ambil nama bang mat tu ). Bila aku kata nak buat booking lepas Raya dijawab tak payah buat booking sebab orang tak ramai, datang terus saja. Aku cakap balik aku nak booking juga. Lalu aku bagi tau aku nak datang jam 3 petang. Dia cakap OK lalu aku bagi tahu nombor kereta.
Ingat semudah itu. Rupanya Bang Mat ( aku nama kan manusia tu Bang Mat sebab ia lelaki ) tu tahu hangguk ja. Dia tak masukkan maklumat dalam sistem. Letih puasa kot.
Yang jawab talifon kali ini ( perempuan) kata kalau buat booking, mereka akan ambil nombor kereta dan maklumat pemilik. Tanya dia, Bang Mat mana yang ambil booking hari tu, dijawab tak tau ( cover line kot ).
Nasib baik aku talipon dulu. Kalau buat edisi terjah, buang masa ja.
Pengajaran: Walau dah booking, tolong confirm balik untuk memastikan maklumat betul.
No comments:
Post a Comment