Ahmad Firas Berkhatan

Bersempena cuti sekolah pertengahan tahun yang baru lepas dan bersempena dengan isteri aku ambil cuti panjang. Elok juga disunatkan Ahmad Firas. Lagi pun tahun depan dia akan masuk darjah satu. Darjah satu ni pun satu punya bahaya juga, maklumlah nanti dengar cerita macam-macam dari kawan-kawan.

Ketika ini dia dok anggap bersunat nie cuma sakit sikit saja. Lagi pun dia paham lepas bersunat nie dapatlah berada satu saf dengan aku masa sembahayang kat surau. Tumpang dia seronok maka cuti sekolah ini kami cari klinik-klinik yang menjalankan khatan sekitar Kepala Batas.

Pusing cari klinik-klinik sekitar Kepala Batas yang beri perkhidmatan berkhatan ketika cuti penggal ini. Banyak klinik yang tak buat program berkhatan ketika cuti pertengahan penggal sebab cuti yang pendek sahaja (2 minggu). Kebanyakan akan tawarkan ketika cuti hujung tahun. Ada juga yang masih pasti lagi akan menjalankan program tersebut, dekat-dekat nak cuti baru di umumkan.
Kebetulan isteri aku ke klinik IPPT USM di Bertam untuk check masalah pertuturan Ahmad Firas (pertuturan dia kadang-kadang seperti gagap) sambil itu tanya samada mereka buat berkhatan. Katanya ada dan boleh daftar tapi akan diberi tarikh kemudian. Apa lagi daftar dululah. Tak lama selepas itu ada nurse beri tarikh 1hb Jun dalam jam 11 pagi. Alhamdulillah lega, Firas pun macam seronok ja.
Persiapan tempat gantung kain pelikat.

Hari dinanti dah tiba. Seawal 10 pagi kami bertolak ke klinik IPPT. Semua pakat ceria. Firas tak sabar-sabar nak ke klinik.
Ahmad Firas cerai hari nie.

Sampai disana daftar dulu dan dibawa ke katil. Cool down dulu di katil wad sementara menunggu Doktor datang. Sambil tu bolehlah layan TV dulu, Muhd Ammar denga Siti Sarah yang terlebih layan TV.
Rehat dulu.

Sementara Dr nak sampai, nurse suruh salin baju hospital dulu, diambil tekanan darah dan sebagainya. Nur Fatini tak habis-habis kacau abang sorang nie.
Pakai baju klinik, macam nak buat pembedahan besar ja.
posing kejap.

Ambil tekanan darah.

Menurut nurse yang bertugas, hari ini cuma Firas saja yang berkhatan. Alhamdulillah dia saja. Kalau ramai-ramai mau pening kepala maklumlah nanti dia dengar macam-macam bunyi. Menurut mereka perkhidmatan berkhatan ini tak di war-warkan lagi. Cuma untuk anak-anak staf saja dulu.

Adik yang tak habis-habis kacau abangnya.

Lama juga tunggu Dr, mungkin  ada pesakit lain. Dalam jam 12 tengahari tiba-tiba datang tray hidangan. Tak sangka ada diberi makan. Nasi dengan kurma ayam. Perghhh terbaik dan kena dengan selera Firas.  Nur Fatini pun tumpang sekaki. Licin tinggal sayur saja.


Nasi lauk ayam kurma habis dibedal oleh Firas dan Fatini.

Dalam jam 12.30 tengahari firas di bawa dengan kerusi roda. Masa ini muka dah berubah tapi tetap ceria sebab dapat naik kerusi roda. Ditolak ke tingkat atas.
Perjalanan bermula.

Firas ditolak sampai ke sebuah bilik, disini dia di baringkan atas katil. Semua jururawat berpakaian overall. Masa ini entahlah apa yang dia pikir ~ nak pi kebulan ka? Kakitangan disini sungguh ramah. Sesekali mengusik Firas. Macam biasa senyum-senyum malu seperti selalu. Firas akan dibawa ke bilik pembedahan.
Abang-abang dan kakak yang ramah melayan Firas.

Aku yang nak masuk pun kena pakai overall juga, jadi diberi sepersalinan dibilik sebelah. Firas masuk dahulu sementara aku tukar pakaian.
Aku pun nampak macam doktor.

Masuk kedalam bilik pembedahan, mak datuk ini bukan macam nak bersunat tapi serupa nak bersalin. Firas ditukar ke katil pembedahan. Dengan alatan yang ada sekeliling, muka Firas dah lain macam. Dr pun sampai. Dr sembang dengan firas supaya dia tenang. Abang-abnag yang bertugas buka TV cerita kartun, bagi hilangkan tumpuan Firas. Tapi tak jadi juga maklumlah alatan kiri kanan dengan ada lampu di atas lagi ditambah bunyi tit... tit.... tit... tak berhenti.
Bilik operasi yang lengkap macam nak bersalin pulak.
Tak tahulah apa perasaan Fira ketika ini. 

Operasi pun bermula. Masa ini Firas mula takut ~ dalam hati dia mesti menyesal setuju bersunat, dah terlambat. Aku tak dapat tengok apa yang Dr buat sebab dok pujuk Firas. Rasanya baru di sapu ubat kebas Firas dah nangis. Dr pujuk dia dengan tunjukkan ubat yang disapu dan sapu sedikit di tangan dia supaya dia tenang. Apa yang Dr buat lepas tu tak pastilah sakit ka geli tapi firas mamnag tak diam. Sekejap kekiri sekejap kekanan. Jenuh petugas pujuk supaya tak bergerak. Penat juga kena pegang dia meronta.

Nak bagi dia tak kelupoq, tayang Boboboy pun tak jadi juga. Macam-macam suruh dia buat. Suruh baca alfatihah. Suruh buat kira-kira campur. Dr pula suruh kira sampai sepuluh baru siap. Di kira dari satu sampai sepuluh tapi tak siap-siap lagi hahahhaa. Kena tambah sampai 20 pula. Pun tak siap juga, lepas tu Dr kena ayat "DR TIPUUUU" dari Firas. Tapi ayat yang paling win ialah "PLEASE DR" entah dari mana datang ayat orang putih ini.

Ada ketika dia kata nak terkencing, mungkin geli kot. Dr suruh dia kencing, tapi tak kencing pun. Bukan setakat ayah berpeluh tapi petugas pun berpeluh pegang dia tak bagi bergerak. Alhamdulillah setelah lebih kurang 30minit selesai.
Bersama Dr dan sebahagian abang-abang yang menjalankan khatan. Tangan tunjuk GOOD tapi muka macam marah jaaa. Terima kasih semua.

Selesai saja Firas direhatkan di bilik sebelah. Aku pun berehat sama, sampai tertidur. Sekali sekala mereka datang tengok kalau-kalau ada pendarahan lagi. Alhamdulillah nampak OK. Firas di letakkan atas kerusi roda semula dan di tolak ke bawah.
Tunggu Firas kencing dulu baru boleh keluar.

Firas tak boleh balik lagi. Dr kata kena tunggu dia kencing dulu baru boleh balik. OKlah kami pun tunggulah. Perut pun  dah berbunyi sebab dah petang. Haraplah Firas cepat kencing. Lama juga rehat baru dia kencing. Baru boleh balik. Sampai rumah, macam biasalah tidur dalam kain sarung tergantung.


Hari ini dia jadi raja. Siapa pun tak boleh ambil remote TV. Apa yang dia nak tengok jangan kacau. Jenuh melayanlah maklum tak boleh nak jalan-jalan lagi. Nak jadi raja pun seminggu nie kena pantang macam orang besalin, boleh tengok ja orang makan.

Esok cabaran lagi. Nak bagi mandi. Jenuh pujuk baru dia nak. Mula-mula kena tutup kat bird dia. Lepas tu lama jugalah baru boleh jirus terus air tanpa tutup. Dan masalah sampai sekarang ialah air boleh jirus saja tapi tak boleh cuci bird dia dengan sabun lagi. Yang nie aku tak taulah sampai bila.

Hari kelima balik kampung jumap Wan dan sambut puasa. Alhamdulillah walau bersunat puasa tetap diteruskan. Macam biasa kena layan macam-macamlah.
Ajar Wan main kad Boboboy.

Kami ingin ucapkan terima kasih kepada Dr dan juga petugas-petugas IPPT di tingkat dua dan tiga yang telah memberikan perkhidmatan yang sungguh baik. Walau penat melayan macam-macam kerenah Firas yang tak duduk diam tapi masih ramah dan ceria. 

No comments:

Post a Comment