Dalam 10 minit perjalanan ke arah Kuala Sepetang jumpalah dengan Warung Mee Udang Mak Jah terletak betul-betul ditepi jalan. Masa kami sampai orang tak berapa ramai. Pilih tempat yang sesuai dan pesan makanan. Makanan yang dipesan pantas datang.
Mee Ketam Mak Jah. Kuah memang sedap dan ketam gemuk-gemuk banyak isi. Sambil tulis sambil teleh air liur. |
Aku tak pasti mee atau kuey teow udang. |
Nasi goreng udang. |
Kepada yang nak makan ringan-ringan disini juga ada dijual set cucur udang dan cucur sotong oleh Pak Uteh yang berada satu bumbung dengan Mak Jah. Set datang dengan taukua, tapi boleh ja beli asing-asing.
Pak Uteh Cucur Udang. |
Set cucur udang. Jangan buat main udang memang banyak. |
Keseluruhan makan disini memang sedap. Harga berpadanan dengan saiz hidangan dan bahan-bahan seperti udang dan ketam. Mee Udang/Ketam Biasa RM9.++ kalau spesial RM13.++ ~ aku lupa nak ambil gambar menu. Jangan harap harga yang terlampau murah sebab warung ini menjadi tumpuan pelancong. Warung ini juga bersih dan selesa.
Disini jangan minta masakan ayam atau daging sebab keseluruhan masakan disini berasaskan makanan laut udang dan ketam. Jadi sesiapa yang alergik dengan benda-benda ni harap bersabar sebab anda boleh tengok sahaja. Jangan takut, di tepi warung ini ada gerai yang jual seperti laksa, bihun sup dan sebagainya.
Bersebelahan dengan Warung Mee Udang Mak Jah terdapat gerai-gerai yang menjual laksa, ayam goreng rangup, pisang goreng dan berbagai cucur. Nampak macam menarik juga, kami beli pisang goreng dan ayam goreng ragup sebagai bekal untuk petang ini.
Kenderaan boleh parking di tepi jalan dan juga di sebelah kedai pun ada ~ tapi jangan halang lalu lintas. Disediakan RELA mengawal tempat parking dan lalu lintas, menunjukkan warung ini memang ramai pelanggan.
Kepada yang nak datang dibawah aku bagi sedikit maklumat:
Mee Udang Mak Jah
Kampung Menteri,
Kuala Sepetang
Telefon: 05-8581400, 012-293-1101, 017-469-5026
Dibuka dari 11.30 pagi hingga 10 malam setiap hari dan tutup hari Rabu.
GPS:
4.838754, 100.633838
4°50'19.5"N 100°38'01.8"E
Lokasi dari Google Map seperti kat bawah.
Perut dah kenyang dalam perjalanan terlihat sebuah bangsal buruk ditepi jalan seperti menarik juga. Ada nilai-nilai boleh dilawati maklumlah ada papan tanda menunjukkan ke bangsal ini. Kami berhenti di hadapan Charcoal Factory. Kilang Arang la tu.
Apa yang menarik di sini? Entahlah. Anak-anak tak mahu masuk maklumlah keadaan kilang yang panas dan gelap maklumlah kilang arang ditambah dengan cuaca panas tengahari. Tak apalah aku keluar lihar apa yang ada.
Charcoal Factory Kuala Sepetang |
Masuk kedalam cuma ada seorang pekerja sahaja yang sedang memotong kayu ~ pekerja tak ada mungkin cuti hari sabtu.
Balik semasa menulis entry ini cari kat internet dan dapat sedikit maklumat mengenai kilang arang ini dari http://www.charcoal-factory.com/.
"Sejak tahun 1902, kawasan 40.711 hektar kawasan hutan yang dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu Kuala Sepetang, Kuala Trong dan Sungai Kerang diuruskan menurut "30 Tahun Rancangan Kerja" yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Selepas kawasan dituai, pokok bakau baru ditanam dan kawasan ini tidak akan disentuh selama 30 tahun.
Matang telah menjadi pengeluar utama arang, kayu api dan kayu cerucuk untuk pasaran tempatan dan luar negara. spesies pokok bakau yang paling banyak terdapat di sini ialah Rhizophora apiculata dan Rhizophora mucronata. Spesies Rhizophora apiculata digunakan untuk membuat arang.
Industri pembuatan arang di Kuala Sepetang adalah daging dan darah penduduk tempatan sejak tahun 1930-an. Tradisi ini tidak menghairankan kerana ini perkampungan nelayan pantai dikelilingi oleh hutan bakau.
Selepas hampir lapan dekad, arang Kuala Sepetang dianggap sebagai salah satu yang terbaik di Asia. Malah, ia masih mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa."
Kilang yang aku masuk ini dimiliki oleh Encik Chuah Chow Aun. Kalau nak tahu proses pembuatan arang atau sejarah kilang ini kenalah berhubung dengan Encik Chuah Chow Aun di 012-5739563. Kalau ada Encik Chuah Chow Aun nie mesti best dapat tahu kisah kilang ini tapi aku datang pakai terjah sahaja maka dapat ambil gambar sajalah.
Dihadapan kilang ada sebuah gerai kecil yang menjual hasil sampingan dari kilang arang ini. Dijual kepala arang dan air wap bakau. Kepala arang ini ialah bahagian pangkal kayu bakau. Boleh buat ubat ka ni? hahahaaa jangan cari pasal. Arang ini seperti sedia maklum digunakan untuk meyerap bau busuk, jadi bolehlah diletakkan dalam kereta atau bilik air. Air wap bakau boleh dibuat ubat luka dan pembunuh serangga.
Jualan kepala arang dan air wap bakau. |
Kepala arang bakau. |
Air wap bakau. |
Dari maklumat di internet, kawasan ini mempunyai beberapa kilang. Yang depan sekali dimiliki oleh En Chuah (yang aku masuk), dibelakang ada lagi kilang. Kepada yang nak melawat Kilang Arang aku hanya dapat beri lokasi sahaja. Tak pasti masa untuk lawatan dan sebagainya.
GPS:
4.838977, 100.636826
4°50'20.3"N 100°38'12.6"E
OKlah, perjalanan diteruskan ke tempat menginap untuk melunjur kaki dan melelap mata.
[ Pautan jalan-jalan ke Taiping dan Kuala Kangsar pada 12-14hb Mac 2016 ]
1. Kota Ngah Ibrahim Matang
2. Mee Tulang Mak Jah dan Kilang Arang Kuala Sepetang
3. Medan Selera Belakang Bomba Taiping
4. Bandar Diraja Kuala Kangsar
5. Syamille Agrofarm And Resort Kuala Kangsar
6. Bengkel Labu Sayong & Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar
Berapa Rm sebotol air wap bakau?
ReplyDeleteWhatsup saya 01151500167
Terima kasih
harap sesiapa dapat membantu
DeleteRM5/500ml
ReplyDeleteRM10/1.5ltr