Kota Ngah Ibrahim Matang

Cuti-cuti pertengahan penggal sekolah yang lalu. Jalan-dekat-dekat saja ~ janji jalan. Kali ini kami ke Perak ~ bukan seluruh Perak.

Pagi hari Sabtu 12hb Mac 2016 kami bertolak. Tak bertolak dari rumah awal sangat sebab dalam perancangan nak makan tengahari di Kuala Sepetang. Sarapan pun dah lewat di RnR Juru. Kali ini perancangan cuti-cuti tak berapa kemas sangat cuma nak santai-santai dan makan-makan. 

Kami sampai hampir denga Kuala Sepetang dalam jam 11 tengahari. Awal lagi. Lagi pun rasanya baru saja sarapan di Juru. Dalam perjalanan melalui Daerah Matang. Ternampak sebuah rumah lama. Kalau dalam buku sejarah dulu-dulu memang terkenal denagn pembesar-pembesar di Perak semasa era perlombongan bijh timah. Rumah Ngah Ibrahim atau kota Ngah Ibrahim yang dijadikan Muzium Matang.
Kota Ngah Ibrahim pandangan dari luar pintu kota.

Singgah sekejap tengok kot-kot ada sedara-mara Ngah Ibrahim boleh ajak minum kopi. Dihadapan pintu kota, macam kereta kami saja yang ada. Entah buka entah tutup. Masuk kedalam, baru nampak pintu masuk dibawah tangga. Muzium dah dibuka, ada petugas disitu.

Kami anak beranak pun masuk kedalam rumah dua tingkat Ngah Ibrahim. Muzium dua tingkat ini dibawahnya dibina dengan batu dan atas diperbuat dari kayu. Masuk sahaja di sini, akan disambut dengan Gajah.

Replika gajah bernama Si Larut yang dimiliki oleh Ngah Ibrahim yang telah berkubang dan telah melekat dibadanhnya lumpur bersama bijih timah yang membawa penemuan bijih.
Bagaimana bijih dikesan. Lumur yang terlekat di pada gajah bernama Si Larut dikesan mempunyai bijih timah. 

Muzium ini menempatkan koleksi dan artifak yang berhubung kait dengan sejarah rumah ini dari pembinaan oleh Ngah Ibrahim bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Artifak-artifak ini menunjukkan kronologi rumah ini dari sebuah pusat pentadbiran sehingga menjadi Maktab Perguruan Melayu Matang dibawah pentadbiran Inggeris. Ketika pendudukan Jepun dijadikan Markas Tentera Jepun selepas dijadikan sekolah semula sehingga di jadikan Muzium Matang.

Disekitar muzium ini dipamerkan berbagai artifek seperti senjata, alatan melombong bijih, alatan rumah yang lama, kompas, jam, perisai, alat menimbang dan sebagainya.


perisai.

Berbagai peristiwa tersimpan dalam rumah ini dari pembinaan oleh Ngah Ibrahim sehingga menjadi muzium ketika ini. Beberapa galeri dibuat menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku seperti Pejabat Ngah Ibrahim, mahkamah, bilik tidur Ngah Ibrahim, penjara, sekolah dan sebagainya.
Amboiiii minum kopi tak ajak pun. Nak cari pasal minum kopi dengan kongsi gelap.

Penjara.
Galeri Jepun : Rumah ini pernah dijadikan markas tentera Jepun pada tahun 1942 
Mahkamah

Pejabat Ngah Ibrahim
Bilik tidur Ngah Ibrahim.

Diluar rumah terdapat sebuah makam iaitu makam Ngah Ibrahim yang dipindahkan dari Singapura ke sini.
Kubur Ngah Ibrahim. Jenazah dipindahkan dari Singapura ke sini.

Rumah ini mempunyai laman yang luas dan disekeliling rumah ini dibina tembok batu yang tinggi dan tebal untuk mengeklakkan dari serangan musuh dan kongsi gelap.
Tembok batu mengelilingi rumah Ngah Ibrahim.

Rumah Ingah Ibrahim dijadikan Muzium Matang.

Kepada yang suka sejarah memang seronok melawat muzium ini. Sejarah yang panjang kekuasaan orang Melayu sehingga hanya tinggal sajarah sahaja. Berada dalam bangunan ini seolah kita kembali kemasa silam.

Dalam sejam kami berada di Muzium ini. Jam pun dah hampir jam 1 tengahari. Perut pun dah lapar. Jom kita ke Kuala Sepetang lepas ini.

Sedikit maklumat Muzium Matang

Alamat:
Muzium Matang Kota Ngah Ibrahim Matang, Taiping 34750 Perak

No Telefon: 05-847 7970

Waktu dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang.

Tiket : Percuma

GPS:
4.812757, 100.676086
4°48'45.9"N 100°40'33.9"E

Nak tahu lebih mengenai Kota Ngah Ibrahim, rujuk buku sejarah dan sedikit maklumat dari web:

1. http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-matang
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ngah_Ibrahim
3. http://www.arkib.gov.my/web/guest/kota-long-jaafar-perak
4. http://www.malaysiatercinta.com/2013/11/taiping-muzium-matang-kota-ngah-ibrahim.html

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping dan Kuala Kangsar pada 12-14hb Mac 2016 ]

1. Kota Ngah Ibrahim Matang
2. Mee Tulang Mak Jah dan Kilang Arang Kuala Sepetang
3. Medan Selera Belakang Bomba Taiping
4. Bandar Diraja Kuala Kangsar
5. Syamille Agrofarm And Resort Kuala Kangsar
6. Bengkel Labu Sayong & Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar

No comments:

Post a Comment