Bandar Diraja Kuala Kangsar

Hari Kedua di Perak. Celik mata pakat nak mandi kolam lagi. Selepas sekali lagi berkubnag di kolam kami check out. Kali ini destinasi seterusnya ke Kuala Kangsar.

Sampai Kuala Kangsar kena pusing-pusing disini dulu. Berbagai tarikan yang ada di sini dari hasil kraf tangan, makanan, tempat bersejarah dan juga pusat pentadbiran. Kuala Kangsar juga dikenali Bandar DiRaja.

Sampai disini kami melawat dulu kawasan istana. Dari dulu nak lihat Istana Kuning atau Istana Kenangan dan juga Masjid Ubudiah. Maklumlah selalu dapat lihat gambar-gambar sahaja.
Galeri Sultan Azlan Shah

Melalui Jalan Istana, tempat pertama kami singgah ialah di Galeri Sultan Azlan Shah. Mula-mula nak masuk tapi dikenakan tiket maka dibatalkan sahaja memandangkan didalam dipamerkan koleksi-koleksi dan sejarah Sultan Azlan Shah sahaja.

Perjalanan diteruskan ke Masjid Ubudiah. Masjid yang selalu menjadi tumpuan jurugambar kerana rekaan yang unik dan cantik dan gambarnya selalu diletakkan dalam kalendar.
Masjid Ubudiah

Rumah siapa agaknya dibelakang Masjid Ubudiah.

Dulu-dulu ketika lihat gambar, aku agak Masjid Ubudiah nie besar seperti Masjid Zahir di Alor Setar. Tapi bila melihat sendiri baru tahu masjid ini comel sahaja. OKlah tak kira besar atau kecil tapi yang utama masjid perlu di 'imarahkan. Perjalanan diteruskan lagi ke Istana Iskandariah. Bergambar di depan pintu gate Istana kejap.
Posing kejap depan Istana Iskandariah.

Masih melalui Jalan Istana juga, terus lagi kami ketemu dengan Istana Kenangan atau dikenali juga Istana Kuning. Istana yang selalu dilihat dalam gambar-gambar. Malang sekali ketika kami sampai kami tak boleh masuk sebab ditutup untuk kerja pengubahsuaian. Jadi dapat tengok dari luar pagar sajalah.
Istana Kenangan atau Istana Kuning


Selesai melawat kawasan Istana. Hari pun dah tengahari. Kami lalui Jalan Laksamana dan disini terletaknya Medan Selera Kuala Kangsar di tebing Sungai Perak. Sampai sini apa lagi bertepatan dengan tengah hari jadi kita bersantap dulu.
Tak silap aku ada 3 buah kedai makan. Yang mana sedap aku tak pasti.

Ada beberapa kedai makan disini. Kami tak pasti yang mana sedap. Nampak bersih kami duduk sajalah. Menu istimewa mestilah ikan patin masak tempoyak. Kami ambil ikan patin dengan beberapa ketul ayam bakar beserta sambal.


Seusai makan kita jalan-jalan 40 langkah dulu. Disebelah medan selera ada jualan hasil kraftangan. Berbagai hasil kraftangan yang dijual seperti labu sayung, rotan, tongkat, tudung saji, pisau, cenderamata, fridge magnet dan sebagainya.
Jualan hasil kraftangan.

Masa masih panjang untuk kedestinasi seterusnya. Kuala Kangsar terkenal dengan pembuatan Labu Sayung. Kami teruskan perjalanan mencari bengkel pembuatan Labu Sayung.  Boleh tahan juga mencabar mencarai bengkel. Ada papan tanda yang tunjuk arah lokasi bengkel. Masuk kawasan kampung boleh tahan jauh juga tapi tak jumpa pun. Patah balik kejalan utama.
Simpang ke Persiaran Sayong.

Frust tak dapat lihat orang buat labu sayung kami lepak kat tebing Sungai Perak. Ambil angin sambil melihat pemandangan. Dalam dok lepak jumpa seorang pakcik yang sedang mengail ikan. Sembang serba sedikit, pak cik tu bagi tahu jalan untuk ke bengkel labu sayong.

Ambil gambar dan selfie lebih kurang perjalanan diteruskan sekali lagi mencari labu sayung. Kali ini Alhamdulillah jumpa. Jalan yang kami masuk sebelum ini juga tetapi kena masuk dalam lagi. Sampai disana, cuma ada jualan sahaja. Cara pembuatan tak dibuat sebab ramai pekerja cuti. OKlah Insyallah lain kali datang lagi.
Dapat ambil gambar labu ja lah. 

Oklah malam ini kita check in hotel yang memang menarik lepas nie.

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping dan Kuala Kangsar pada 12-14hb Mac 2016 ]

1. Kota Ngah Ibrahim Matang
2. Mee Tulang Mak Jah dan Kilang Arang Kuala Sepetang
3. Medan Selera Belakang Bomba Taiping
4. Bandar Diraja Kuala Kangsar
5. Syamille Agrofarm And Resort Kuala Kangsar
6. Bengkel Labu Sayong & Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar

No comments:

Post a Comment