Friday, May 31, 2013

Firas dan Basikal Baru

Ada dalam tiga empat minggu lepas, Ahmad Firas dengan penuh berhemah memohon diluluskan pembelian basikal baru untuknya ~ ayat lemah lembut dan berhemah yang tak mungkin ditolak. Lagi pun basikal plastik yang sekian lama di tungganginya dah terasa semakin kecil dan lutut dah sangkut dagu. Tambahan teringin tengok abang dan kakak naik basikal besar dengan lajunya dan dia dok terkial-kial atas basikal plastik roda tiga.

Basikal oren
Seminggu sebelum itu ke pekan Kepala Batas tetapi tak berhasil sebab kedai dah tutup, kami sampai lewat. Maka hari ini dalam sejarah pada 25hb Mei 2013, Sabtu tercapailah hajatnya nak memiliki basikal.

Mula-mula dia pilih warna pink, ishhh boy mana boleh kaler pink. Tunjuk kaler lain dan nasib baik dia nak. Jadi beli warna oren. Selesai beli, tanya Firas "siapa yang beli basikal tu?". Dijawabnya "uncle". Ada ka patut mak ayah yang keluar duit, tokey kedai yang dapat nama.

Tinggi juga basikal tu, kira hujung jari kaki ja jejak tanah. Nak naik pun kena tolong angkat. Kayuh tak tau lagi. Jadi letak dia atas basikal lepas tu pakat-pakat tolak sambil ajar dia kayuh. Tapi dia buat dekkk ja, mungkin lagi best kalau orang tolak, boleh rasa macam putera raja.
Parking mesti sama dengan abang kakak

Sampai rumah lepas naik kena simpan sebaris dengan basikal abang dan kakak , baru sama taraf. Syok tengok dia belek basikal, macam tak percaya dah ada basikal sendiri.
Mimpikah aku dah ada basikal nie.
Bila di tanya basikal tu warna apa? Mesti dijawab entah-apa-apa warna.
Angin cukup tak?
Basikal plastik roda tiga telah di tolak ketepi tanpa belas kasihan. Tak jeles pun kalau bagi kat Nur Fatini ~ sebelum nie jangan haraplah.
Sudah dapat gading bertuah tanduk ditinggalkan.

Insyaallah tak lama lagi laju lah tu. Jangan dok merempit sudah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...