LeBoss Sungai Petani : Birthday M Ammar

Bersempena cuti hari buruh pekerja, jalan-jalan Sungai Petani ke Alamoda. Biasalah beli belah kain untuk hari raya. Tak puasa lagi dah terasa bahang hari raya. Bukan nak cerita pasai kain kat situ tapi bersempena esok hari jadi Muhammad Ammar maka program ditambah dengan jalan-jalan cari makan.
Selamat hari jadi Muhammad Ammar 2013. Sambut awal sehari. Kek tu akan dibawa ke transit esok.

Sebelum tu aku cari kat internet tempat-tempat makan kat Sungai Petani. Kat Sungai Petani Utara ada dua tiga tempat yang menarik. Jadi kami pilih ke LeBoss Restaurant yang berada di Lagenda Height. Restoran makanan barat.

Sampai kat sana lebih kurang tengahari, aku masuk survey dulu, takut-takut tak halal. Maklumlah nama pun tak ada ala-ala melayu. Masuk saja lihat boleh kata semua orang melayu yang makan kat situ. OKlah boleh masuk.
LeBoss Restaurant

Tapi...tapi.... sebelum masuk anak aku Ahmat Firas dah nampak TESCO kat depan tuu maka secara default bebai nak kesitu dulu. Apa lagi nak mainanlah. Kena pi buat lawatan ke TESCO, kalau tak alamat makan tak berasalah ~ telan tak kunyah, melayan dia. Sampai sana pujuk supaya tak beli kereta mainan tapi beli coklat, dia OK jadi beli coklat. Ke LeBoss semula.

Masuk kedalam, menarik. Konsep apa yang digunakan entahlah. Dinding warna terang dengan berbagai hiasan yang disangkutkan ke dinding seperti T-shirt, basikal, gambar, tempat basuh tangan, dapur gas dan macm-macam lagi. Siling dihiasi lampu berbagai jenis. Suasana suram nampak eksklusif. Mula-mula kami duduk kat meja biasa. Oleh sebab Nur Fatini sedang tidur, kami tukar ke kerusi sofa. Boleh letak dia atas sofa ~ aman.
Selesa. Nur fatini dapat tidoq.
 Dok tak berapa lama menu pun sampai. Semua menu utama western di datangkan dengan pilihan 2 menu sampingan, pilih yang mana berkenan. Kat senarai ada 9 menu sampingan ~ ala-ala Kenny Rogers.
Menu LeBoss
 Tanya yang sambut hari jadi dulu, Muhammad Ammar, macam biasa ~ chicken chop dan menu sampingan dipilih macaroni cheese dan mash potato. Kakak pula macaroni cheese ~ bukan menu utama jadi tak dak sampingan. Isteri aku cheesy fish fillet sampingan pasta salad dan potato chips, aku pula macam biasa kambing lamb chop dengan sos black paper sampingan macaroni cheese dan baby fried rice.
Capuchino ice blended

 Hidangan sampai satu-satu. Mula-mula sampai air capuchino ice blended lepas tu vanila ice blended. Rasa OKlah. No komen sebab aku tak berapa minat sangat dengan air. Lepas tu baru datang hidangan. Nie dia yang isteri aku, cheesy fish fillet. Kepingan ikan yang digrill dan dibakar dengan cheese dan bahan-bahan lain. Memang terbaik.
Cheesy fish fillet, nampak semak tapi sedap.

Mana lagi makanan lain??? sorry semua telah di padam secara tak sengaja oleh Ahmad Firas yang dengki dengan hari jadi abangnya. Hahahaaa macam betul ja dengki, sebenarnya bagi dia main kamera bagi dok diam. Dah tak dak gambar aku tulis ja lah.Chicken chop memang besar, kulit yang rangup dan banyak isi, rasa OK. Lamb chop pun besar (2 keping) tetapi sos black paper tak berapa naik. Sampingan nasi goreng kicap dan pedas ~ tak berapa OK.  Macaroni cheese pula tak berapa cheesy sangat, sedikit kering.

Suasana dalam kedai
Suasana dalam restoran memang romantik dan suram. Tempat duduk yang disediakan tak terlalu rapat antara satu sama lain, jadi memang selesa. Kekemasan dan kebersihan dijaga dengan baik. Surau dan bilik air disediakan, kalau nak dok lepak lama-lama pun tak dak masalah.

Dah dekat nak habis, Nur Fatini baru bangun tidor. Apa lagi suap macaroni la. Boleh tahan pulun.
Fatini baru bangun tidoq. Depa makan tak kejut saya.

Cerah. Cuma macaroni cheese ja yang tak habis.

Sambut hari jadi sampai terlentang ~ kenyang.
 Harga makanan kat restoran LeBoss nie boleh tahan. Sekali sekala makan OKlah, kalau nak selalu minta tolong bos-bos belanja. Selepas bayar diberi satu name card aka privilege card, adalah benda free yang boleh dituntut jika menjamu selera lagi kat situ.

Pintu masuk restoran. Mungkin untuk yang merokok

Restoran nie buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam cuma hari Jumaat dari 3 petang sampai 11 malam. Lokasi di lot kedai sederet dengan Kedai Elektrik Senheng Lagenda Height Sungai Petani. Kalau nak tahu lebih lanjut Restoran LeBoss nie boleh cari kat FB, taip ja leboss nanti jumpalah. Alamat 201 & 202 Jalan Lagenda Height, Lagenda Height, Sungai Petani. Lokasi dari google map.


View LeBoss Restaurant in a larger map

p/s: Semoga anak-anak aku menjadi insan-insan yang berguna, berjaya di dunia dan berbahagia di akhirat. Amin.

4 comments:

  1. Selalu gak perasan kedai ni tapi tak penah sampai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik makan kat situ...boleh lepak-lepak n santai

      Delete
  2. a'ah dok perasan kedai ni...bertunda-tunda je nak cuba. in shaa allah..kalau lepas ni pi sp, nak try jugak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try jgn tak try... memang best suasana dia.. aman.

      Delete