Yang menang kena tunaikan segala akujanji atau manifesto. Laksanakan akujanji itu dengan adil tak mengira kawasan mana. Sebab setelah mendapat mandat untuk mentadbir Malaysia. Bukan mendapat mandat untuk mentadbir beberapa negeri di Malaysia. Maka laksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah Malaysia, jangan dok pilih kasih.
Gambar sumber internet |
Kepada parti pemerintah hendaklah mula bekerja untuk membangunkan negara, bukan berkempen untuk PRU 14. Tak perlulah dibangkitkan kelemahan negeri yang tak dapt dikuasai seperti isu air, isu kekurangan pekerjaan, isu moral dan macam-macam isu lagi. Sekarang isu yang utama ialah membangunkan negara tak mengira kawasan. Gunakan segala sumber yang ada dengan berhemah. Jika sesuatu engkaujanji tu tak dapat dilaksanakan disebabkan sumber kewangan yang tak cukup jangan pula diambil dana yang akan meruntuhkan negara. Ukur baju dibadan sendiri. Jatuh bangun negara terletak dibahu parti pemerintah.
Kepada yang kalah pula bukan bererti dah boleh lepas tangan. Kadang-kadang kalah dengan majoriti yang kecil sahaja. Cuma nasib tak menyebelahi lagi. Ketika ini bukan juga masa untuk mencari salah parti lawan atau mula untuk berkempen PRU 14. Tetapi ketika ini juga masa untuk bekerja. Dah kalah nak kerja apa? Ini yang silap. Walau kita kalah, kita tetap mempunyai pengikut dan negara. Ketika ini apa salahnya gerakkan penyokong kita untuk membantu parti yang menang. Untuk memajukan negara.
Walau berada dipihak membangkang. Tak perlulah bangkang semuannya. Sikit-sikit nak bangkang. Periksa dulu apa yang pemerintah nak laksanakan dan kalau ada kekurangan buat cadangan penambahbaikan. Kalau ada cadangan baru, kemukakan. Parti pemerintah pun janganlah ego tak kena tempat. Kalau cadangan yang elok, terima dan laksankan.
Kepada parti pemerintah janganlah melaksanakan program-program yang hanya mencari popular dan sokongan sahaja sehingga menjatuhkan akhlak anak-anak bangsa. Laksanakan program-program yang memantapkan jatidiri dan jiwa-jiwa mereka dengan akhlak yang mulia.
Kepada yang menang dan yang kalah, sekali lagi ini bukan masa untuk berkempen Pilihanraya Umum 14. Letak sebelah keegoan dan kedengkian dan mulakan pemuafakatan untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Bangsa kita bukannya ramai, jika berpecah belah, apa-apa yang hendak di lakukan pun akan sukar.
Tulis memang senang, serupa pakar motivasi bagi ceramah. Kau kerja rajin mesti bos akan suka nanti cepat naik pangkat. Hidup di dunia nie mathematiknya bukan macam tu. Tapi apa dilakukan hendaklah berserah kepadaNYA. Biar Dia yang tentukan ganjaran, kita laksanakan yang terbaik.
Selamat menjalankan amanah rakyat.
No comments:
Post a Comment