Kalau kat Penang, celik-celik mata sahaja keluar rumah mesti berselisih dengan kedai mamak. Kalau tak kedai mamak, kedai tom yam. Mamak... Thai... Mamak... Thai. Tapi kali nie cuba lain sikit. Tak ke India atau Thailand tapi ke Indonesia pula. Rakyat Indon pun ramai kat Penang nie. Apa lagi pekena pecel pulak.
Hari Ahad ada dalam dua tiga minggu lepas, kena kerja. Dah dekat tengahari terpikir nak makan apa yaa. Cari kat google pecel lele. Sebelum nie ada dengar mengenai warong pecel kat Penang, tapi tak tau kat mana. Tanya kat Mr Google dapatlah satu gerai. Warong nie terletak berhadapan Kondo Sri Aman. Apa lagi buat edisi terjah. Tak pasti buka ka tidak hari Ahad. Tak pa lah. Dalam google map dekat ja dengan tempat kerja.
|
Warong Pecel Lele Sg Ara |
Pusing... pusing... pusing sampai, tak sesat pun cuma jalan saja yang bengkang-bengkok. Nasib aku baik, hari Ahad buka. Sebuah warung tepi jalan yang dikelilingi kondominium, banglo, flat dan sebagainya. Walau dikelilingi banglo dan kondo warung ini biasa sahaja dan ringkas, bukan warong mewah. Sesuai untuk rakyat marhain. Papan tanda warong pun tak dak, tapi orang sebut pecal saja.
|
Menu Pecel |
Sampai sana parking sahaja ditepi jalan, janji jangan halang lalu-lintas sudah. Ada beberapa menu Indonesia yang disediakan seperti pecel lele, pecel ayam, rawon, bakso, pecel lontong, asem bandeng dan banyak lagi. Aku oder pecel ayam dengan teh O ais limau. Pengunjung tak putus-putus, yang menariknya kebanyakan dapat bercakap bahasa Indon (depa cakap bukan seperti filem sinetron tu, darjat tinggi lagi ~ tak paham aku).
|
Set pecel ayam: ayam goreng, ulam, sambal belacan dan nasi |
Dah sampai pun, nie dia set pecel ayam. Ayam goreng panas datang bersama sambal belacan, ulam (salad, kubis, tomato dan hirisan terung yang digoreng), sup dan nasi yang memang saiz aku ~ banyak. Kat atas meja di letakkan sambal, mungkin sesiapa yang nak pedas boleh tambah. Ayam biasa seperti ayam goreng kunyit. Sambal belacan aku tak pasti rasa macam mana tetapi bila dicampur dengan nasi memang mabelas. Tanya mak cik kedai dia kata sambal belacan tu di goreng. Sup, sedap ~ bukan macam sesetengah kedai yang bagi sup rasa macam air campur ajinomoto dan garam saja.
|
Sambal belacan pecel |
Ini kunjungan aku yang kedua. Oder rawon, iaitu sejenis sup daging yang kuah kehitaman. Saja nak cuba yang lain pula. Rawon dimakan dengan nasi dan kalau nak pedas boleh ditambah sambal. Rasa ada sedikit masam. Cita rasa mulut aku tak berapa menarik ~ lain orang lain mulut.
|
Rawon |
Gerai nie tak berjenama, ramai disebut pecel sahaja bersempena dengan menunya yang menyediakan berbagai jenis pecel. Menurut tokey warong, masakan yang disediakan merupakan dari Surabaya. Disampaing makanan berat ada juga dijual cucur dan keropok
|
warong bersih |
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat ke dua (hari Jumaat nie aku tak pasti dia kira yang keberapa) dari tengahari sampai jam 8 malam. Harga pula mampu milik, antara RM4 hingga RM5 saja. Gerai di jaga bersih dan suasana yang nyaman sebab terbuka.
|
Warong Pecel |
Lokasi ditepi jalan Persiaran Paya Terubong 1, Sungai Ara. Berhadapan Kondo Sri Aman ( kondo nie bersebelahan dengan Kolej Komuniti Bayan Baru). Nak mudah ikut papan tanda menghala ke Kolej Komuniti Bayan Baru.
|
Dihadapan warong: kondo Sri Aman dan Kolej Komuniti Bayan Baru. |
Nak lagi mudah lihat sahaja Google Map kat bawah.
GPS:
5°19'59.3"N 100°16'46.1"E
5.333136, 100.279472
p/s : Pecel bermaksud sayur-sayuran yang direbus dan dihidang dengan sambal. lele bermaksud ikan keli.
No comments:
Post a Comment