Bersempena dengan cuti sekolah dan tak mahu jalan jauh-jauh, maka cuti-cuti dalam negeri saja. Walau dalam negeri pun banyak lagi tempat yang tak dikunjungi. Siapa yang biasa lepak kat Padang Kota Lama Pulau Pinang atau Esplanade? Angkat tangan, atau siapa yang biasa makan mee sotong Padang Kota? Angkat tangan. Mesti ramai, tapi ada sesiapa yang pernah lawat tapak yang amat bersejarah dalam pembukaan Pulau Pinang bersebelahan Padang Kota? Angkat tangan. Mesti tak ramai.
Perancangan mula ke Pejabat Kastam tapi orang terlampau ramai mungkin cuti sekolah ramai yang nak keluar negara. Jadi terpaksa batalkan. Oleh kerana dah berhampiran dengan Fort Cornwallis maka perancangan diubah untuk melawat ke situ dulu.
Buat lawatan sambil belajar ke tapak bersejarah Fort Cornwallis. Seawal jam hampr 10 pagi. Rasanya kami orang pertama yang masuk. Layan saja gambar kat bawah.
Posing dengan gambar zaman askar British. Gambar kelabu soiii, tolonglah cetak baru. |
Berek yang menempatkan senjata dan juga penjara. |
Laluan naik ke atas berek. Disebelah tu gereja lama. |
Berjalan diatas kota. Ahmad Firas dah mau jalan. Dibawah merupakan berek dan juga penjara. |
Rumah api yang masih digunakan. Dibina pada tahun 1882. |
Sebahagian meriam yang terdapat didalam kota menghadap ke laut. |
Fatini baru nak berjalan. Entah apa yang dia nampak sampai takut nak berjalan sebelum nie. |
Meriam gangsa lagi. |
Tempat simpan bahan api. |
Berek dan juga tempat simpanan bahan api dibina berbentuk melengkung atau separuh bulatan untuk memberi ketahanan strukturnya bila di bedil.
Hampir setengah jam kami berada dalam kota, peluh sampai ke kaki. Tapi kalau nak baca setiap sejarah yang tertulis disitu rasanya ambil masa lama lagi. Memang menarik berada dalam kota nie, terasa seperti berada di zaman dulu-dulu.
Pintu masuk Fort Cornwallis. Waaaa... Firas dah nak balik. |
Gambar dari luar kota dengan meriam menghala ke laut. |
Dewasa : RM 2.00
Kanak-kanak : RM 1.00
Waktu lawatan setiap hari dari 9.00 pagi - 7.00 petang
Lokasi seperti kat bawah.
View Larger Map
Sedikit sejarah Fort Cornwallis:
Sejarah Fort Cornwallis bermula apabila Sir Francis Light daripada British East India Company mendarat di Pulau Pinang itu dengan anak-anak kapal pada 11hb Augus 1786. Beliau mengambil alih pulau ini daripada Sultan Kedah ketika itu untuk dijadikan sebagai pengkalan tentera untuk menjaga laluan dan tempat persinggahan kepada perdagangan rempah-ratus dan sutera syarikat British.
Dalam usaha untuk melindungi kem dari pencerobohan dari mana-mana angkatan tentera asing terutama Prancis, lanun dan juga Kedah sendiri (sebab Sultan Kedah tertipu dengan janji British untuk mempertahan Kedah dari serangan Kerajaan Siam), Francis Light memutuskan untuk membina sebuah kubu di tanjung utara pantai timur pulau itu, yang menghadap ke laut. Lokasi mula-mula Francis Light tiba di pulau ini.
Pada mulanya kubu itu dibuat daripada batang nibong dan kayu seluas 46.4 meter persegi. Francis Light menamakan kubu tersebut bersempena nama Gabenor Jeneral Inggeris di India pada masa itu - Charles Cornwallis.
Pada tahun 1808 binaan kota tersebut telah di gantikan dengan batu bata dan siap pada 1810. Direka berbentuk bintang, meliputi kira-kira 418 kaki persegi.
Walaupun permulaan kubu ini dibina untuk mempertahankan serangan musuh tetapi tiada pertempuran pernah berlaku sepanjang pemerintahan British di kota tersebut. Akhirnya, ia digunakan untuk tempat pentadbiran.
Maklumat lanjut boleh baca buku sejarah anak tuan-tuan atau boleh juga layari laman kat bawah :
1- http://www.tourismpenang.net.my/index.php/Heritage-Buildings/fort-cornwallis.html
2- http://www.penang-online.com/pages/place-of-interest/fort-cornwallis.php
3- http://www.visitpenang.gov.my/portal3/what-to-see/attractions/fort-cornwallis.html
4- http://www.arkib.gov.my/kota-cornwallis-pulau-pinang
[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 27hb May 2013 ]
1: Penang : Fort Cornwallis
2: Penang : Toy Museum
3: Penang : Muzium Perang
4: Penang: Akuarium FRI
No comments:
Post a Comment