Dah dekat PRU 13, panas dah sampai mengelegak. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Sukar nak buat keputusan. Pangkah kiri masuk mulut naga , pangkah kanan masuk mulut buaya. Maklumat semakin hari semakin merapu. FB, blog, YouTube, akhbar, TV cerita entah apa-apa. Tak pasti benar atau auta. Fitnah dah jadi macam makanan ruji. Rakyat marhain menjadi mangsa.
Jadi macam mana nak pilih pemimpin??
1- Berharta atau ada bisnes? Senang nak minta bantuan. Anak nak kawin boleh minta subsidi kenduri atau anak nak pi mengaji boleh minta bantuan sikit.
2- Pemurah? Macam nombor satu jika kaya kalau kedekut nak buat apa. Pemurah, dapatlah juga membantu rakyat.
3- Sentiasa berada di kawasan yang diwakilinya? Ada juga pemimpin yang lepas sahaja undi dan menang maka batang hidung pun dah tak nampak. Semua dah balik ke KL mengejar tender. Cari yang berada di kawasan masing-masing, senang nak jumpa.
4- Amanah? Sentiasa jujur dengan amanah yang diberi. Segala tanggungjawab yang diberi dilaksanakan dengan baik dan benar dan tak makan rasuah.
5- Berjiwa rakyat, peramah dan beradab? Tidak membezakan pangkat dan darjat rakyat dibawahnya. Semua dilayan saksama dan saling menghormati. Muka mau senyum, tak kisah kenai atau tidak, sebab masyarakat kenai YB. Rakyat pun senang berurusan dangn YB.
6- Bijaksana? Bijak menanggani isu-isu masyarakat dan bijak mencari peluang dan ruang untuk meningkatkan prasarana dan ekonomi kawasan masing-masing. Bijak juga mengambil hati masayarakat. Jangan bijak mengaut keuntungan untuk diri sendiri sahaja.
7- Adil? Adil dalam membahagikan segala urusannya. Dari urusan keluarganya sehingga urusan masyarakat. Adil dalam pembahagian projek-projek dikawasannya. Taklah lepas dia dapat, dia dapat lagi. Bagilah orang lain pula.
8- Kuat bekerja dan ringan tulang? Nak jadi YB bukan kerja serupa pejabat, cukup jam 5 petang boleh balik, tapi 24 jam menjadi hamba rakyat. Malam-malam pun ada saja yang datang. YB juga kena sentiasa turun padang mendengar keluhan masyarakat dan membantu mereka. Tak boleh mengeluh, itu jalan yang telah YB pilih.
9- Bertenaga? Kena cari juga yang bertenaga maklumlah nak kena hadir berbagai mesyuarat dan jemputan. Pi sana pi sini tak kira siang malam, perlu tenaga tu. Kena kopi tongkat ali dulu.
10- Berani? Bukan berani pukul orang tetapi berani menyatakan kebenaran dan berani menyuarakan pandangan, permasalahan dan keparluan rakyat ke pringkat yang lebih tinggi dan berani mempertahankannya walau jawatan disandang akan tergugat.
11- Tenang dan sabar? Bukan dok lepak-lepak tetapi menghadapi segala situasi dengan tenang dan sabar. Tak menggelabah dan kalut takut-takut keputusan diambil tersilap.
12- Bertakwa dan beriman? Sentiasa ingat siapa pencipta dan menurut segala perintahNYA. Jika takut kepadaNYA maka segala pekerjaan akan dilakukan dengan amanah dan jujur.
Ketika ini sukar untuk menilai keperibadian pemimpin dangan segala macam cerita yang disumbatkan ke minda masyarakat. Pihak menyokong menceritakan segala kebaikan manakala sebelah menentang menceritakan segala keburukan. Masyarakat yang tak terlibat secara langsung dengan sepak terajang permainan politik akan menjadi mangsa kekeliruan dan sukar membuat pilihan. Jadi sebelum pi mengundi, sembahyang sunat minta petunjuk moga pilihan yang dibuat merupakan pilihan terbaik. Berserah kepadaNYA.
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang)kecuali denga izin Allah; barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Qs at-Taghabun/64:11)
Selamat pulang ke kampung atau ke pusat-pusat mengundi. Hati-hati memandu.
No comments:
Post a Comment