UniFi Percuma untuk Bertam Lakeside

Berita baik untuk penghuni di Bertam Lakeside yang akan menikmati UniFi percuma selama 2 tahun. Ini atas usahasama antara pemaju Bertam Properties dan TM. Usahasama ini diharap pihak TM memperluaskan jaringan infrastruktur UniFi ke seluruh Bertam Perdana dan juga SPU. Dimana SPU merupakan kawasan terakhir mendapat UniFi disebabkan penduduk yang tak berapa padat.

Bilalah pula rumah yang beside lakeside nak dapat benda free cam nie?

 *****  Petikan akhbar Utusan Malaysia - 28hb Mac 2013 *****

Dua tahun UniFi percuma di Bertam Lakeside

KEPALA BATAS 27 Mac - Telekom Malaysia Berhad (TM) akan bekerjasama dengan pemaju hartanah, Bertam Properties Sdn. Bhd. (Bertam Properties) bagi pelaksanaan dan penyediaan infrastruktur rangkaian perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan perumahan terbaharu mereka.

Melalui perjanjian perkongsian pintar itu, pembeli rumah jenis Bertam Lakeside bakal menikmati perkhidmatan UniFi berkelajuan lima megabit sesaat (Mbps) secara percuma selama dua tahun.

Perkhidmatan tersebut akan membolehkan pemilik kediaman menikmati perkhidmatan tiga serangkai iaitu internet berkelajuan tinggi, televisyen protokol internet (IPTV) dan panggilan suara menerusi teknologi siber ......

Don Burger Bakar Alor Setar

Dua tiga kali balik kampung kat Alor Setar, perasan ada sebuah gerai burger baru buka kat sebelah Sekolah Menengah Dato' Syed Omar ~ sekolah lama aku nie. Tapi dok tak jadi nak beli. Tapi kali nie baru dapat merasa (cerita lama baru nak tulis).

Don Burger Bakar terletak di Medan Selera antara SMKDSO dan ESSO

Sebuah gerai dibuka berhadapan Medan Selera. Dibuka waktu petang, orang memang ramai. Apa yang spesialnya?? Sebut dulu nama gerai nie Don Burger Bakar, bukan Don filem hindustan yang Shah Rukh Khan berlakon tu. Sebut sekali lagi Don Burger Bakar.

Yang spesialnya gerai burger nie di buat memanjang dimana ia dibahagikan kepada beberapa jabatan.  Jabatan Oder dan Bayaran, Jabatan Mengepal,  Jabatan Membakar Daging dan Ayam, Jabatan Bakar Roti dan Jabatan Mengepit dan Bungkus. Hahahaha...  macam-macam jabatan ada, suka hati aku nak tulis apa pun.
Oder dulu

Jabatan petama Jabatan Oder dan Bayaran; tak ada kaunter macam bank pun, tapi ada seorang ditugaskan mengambil oder dan bayaran. Dia akan tulis setiap oder pelanggan. Jadi jangan sesuka hati oder kat mana berkenan, kalau oder juga jeng... jeng... jeng ... aku pun tak tau jadi apa.

Daging cincang di kepal dibuat bulat-bulat leper
Proses membuat burger didahului dengan Jabatan Mengepal; tugas jabatan nie ialah mengepal daging kisar menjadi bulat leper (tau dak apa tu mengepal? tuuu yang macam gelinte bagi bulat lepas tu penyet sikit). Daging kisar dibuat sendiri.
Daging dan ayam di bakar

Jabatan Membakar Daging dan Ayam; tugas kat sini pula ialah membakar daging yang disediakan oleh Jabatan Mengepal dan ayam diatas bara arang. Ayam pula digunakan ayam segar, bukan ayam hancur.
Roti dibakar dan semua nya di satukan jadi sebiji burger
Jabatan Bakar Roti; tugas jabatan nie ialah membakar roti seperti gerai-gerai burger lain tuuu lah.

Yang terakhir Jabatan Mengepit dan Bungkus; jabatan terakhir, tugas mengumpul semua bahan-bahan dari jabatan-jabatan lain untuk dilakukan pemasangan bersama sayur-sayur, sos dan mayonis ~ bahan-bahan lain aku tak pasti. Jabatan ini akan melakukan pemasangan mengikut permintaan pelanggan, samaada biasa iaitu daging atau ayam atau nak double (dua keping daging atau ayam). Nak tambah cheese pun boleh. Selesai dibuat pemasangan, akan dilakukan pembungkusan dan diberi kepada Jabatan Oder dan Bayaran untuk diberi kepada pelanggan. Macam kilang la pulak.

Jabatan terakhir aku tak tulis kat atas ialah Jabatan Uji Pandu; yang nie aku lah, apa lagi uji sampai kenyang.

Kalau tak silap, aku oder 6 ketul burger ayam dan daging. Dok kira-kira mereka dapat siapkan dalam masa 20 minit sahaja walau oder banyak. Nak makan kat gerai tu pun boleh sebab memang ada banyak tempat duduk atau boleh bawa balik. Aku bawa balik saja, boleh makan bersila. Kat rumah.
Burger daging bakar
Burger ayam bakar. Digunakan roti panjang/hotdog dan ayam segar dibakar.
Keputusan dari Jabatan Uji Pandu; setelah di amati dan diteliti dinilai dari segi saiz, mengenyangkan. Bahan-bahan yang digunakan dari pendapat aku daging tebal dan menyebabkan dalam masih lagi ada kemerahan, ayam masak dan sedap tetapi sayur sangat sedikit. Rasa keseluruhan pula OK saja.
Harga burger

Daya tarikan utama mungkin disebabkan cara pembuatan yang dilakukan iaitu dari pembuatan daging sampai pembungkusan amat menarik dan saiz dan dekorasi gerai yang gempak. Harga burger ayam dan daging RM 5.00; double trouble ( dua keping burger ) RM 11.50 dan tambahan cheese RM 1.00. Pelanggan boleh makan di situ atau bawa balik. Servis memang cepat.
Makanan lain pun ada

Di kawasan medan selera nie juga ada berbagai lagi gerai yang jual nasi goreng, mee goreng, koey teow kerang, minuman dan satay, jadi takkan nak makan burger saja.Boleh oder benda lain juga.


Don Burger Bakar nie dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan masa dari 6 petang hingga 1 pagi. Lokasi senang sahaja iaitu di Medan Selera antara SMK Dato' Syed Omar dan Stesen minyak ESSO Jalan Sultanah. lihat Google Map kat bawah nir.


View Don Burger Bakar Alor Setar in a larger map

Buah Tangan Buat Golongan Minoriti Penjawat Awam

Dalam kegembiraan pasukan pertahanan awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam yang melibatkan kenaikan gaji dan pangkat yang berkuatkuasa pada 1hb Januari 2013 maka tiba pula golongan minoriti yang rasa terpinggir sekian lama untuk merasai sedikit kemakmuran negara.
Menarik nafas... legaaaa. Sumber dari internet

Walau apa yang dijanjikan masih lagi jauh iaitu pada bulan Julai, namun golongan minoriti nie bolehlah tersenyum ~ senyum kambing @ senyum kerang @ senyum sinis sebab perkara nie dah lama dibangkitkan.

Dibawah petikan dari:  http://thestar.com.my/ pada 19hb Mac 2013, Selasa.

 80,000 technical and agricultural civil servants to get raise 

By ISABELLE LAI
isabellelai@thestar.com.my 

 PETALING JAYA: Around 80,000 civil servants in the technical and agriculture sector will have their remuneration schemes upgraded as of July 1, said Malaysian Technical Services Union president Shuhaimi Othman

Shuhaimi said this represented a victory for some 60,000 technicians, who have been fighting to improve their schemes for 25 years.

“We are very grateful to the Government for listening and recognising our skills as professionals. The upgrade is much needed as today’s cost of living is high,” he said.

Shuhaimi, who is also Cuepacs vice-president (technical division), said the upgrade would encompass technicians under schemes J17 to J29, as well as agricultural staff from schemes G17 to G29.

He said this had been decided in a meeting with Public Service Depar­tment (PSD) deputy director-general Datuk Farida Mohd Ali last week following a press conference by Cuepacs expressing dissatisfaction with some aspects of the new Transformative Remuneration System.

Cuepacs president Datuk Omar Osman had said that they would hold a protest against the PSD on April 5 if no action was taken.

“However, we have cancelled that. We also did not send a protest letter to the Prime Minister as we had the meeting with Datuk Farida,” said Shuhaimi.

He said the remaining 166,000 civil servants ranked between grades one to 10 were expected to be upgraded later this year.

Mesyuarat Agung PIBG SK Bertam Perdana Kali Ke-4

Saja nak tulis sikit mengenai Mesyuarat Agung PIBG SK Bertam Perdana Kali ke-4 yang berlangsung pada hari Sabtu 2hb Mac 2013. Pagi tu hantar Muhd Ammar ke tuisyen dulu dan ambil Siti Sarah dan Ahmad Firas bawa ke menyuarat. Sampai sekolah dalam jam 9.15 pagi.

Daftar di lobi dulu. Acara baru nak bermula. Ibu bapa yang hadir rasanya lebih dari 200 orang. Aku dok tengok kat internet mengenai Mesyuarat PIBG kat sekolah lain, ada yang kehadiran ibu bapa tak sampai 50 orang. Alhamdulillah ibu bapa kat SK Bertam Perdana memberi komitmen yang tinggi untuk kemajuan sekolah dan anak-anak.
cabutan bertuah : 93

 Lihat kat buku aturcara ada dilekatkan nombor. Mesyuarat kali nie mungkin akan dibuat cabutan bertuah, lagi pun lihat atas meja hadapan ada beberapa hamper. Kita lihat siapa yang kenaaa.

Seperti biasa mesyuarat dibahagiakan kepada dua sesi. Dimulai dengan sesi pertama, Majlis Persamian. Bacaan doa dimulai mohon supaya majlis berjalan lancar dan diberkati. Diteruskan dengan ucapan YDP PIBG Tn Hj Abdul Latif Saidin. Beliau memberitahu bahawa SK Bertam Perdana telah menjadi sekolah ke-3 terbaik Parlimen Kepala Batas dan beliau juga berharap ibu bapa memberi sumbangan kepada PIBG supaya PIBG mempunyai cukup dana untuk membantu sekolah menjayakan aktiviti-aktiviti.

Ucapan berikutnya oleh Guru Besar (GB) Tn Hj Ahmad Baker. Beliau menyampaikan maklumat terkini mengenai Plan Pambangunan Pendidikan Malaysia yang mempunyai agenda untuk menyediakan pendidikan terbaik bertaraf dunia kepada pelajar untuk menghadapi masa hadapan. Untuk mencapainya di gariskan 11 anjakan tranformasi:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam

GB juga mencadangkan supaya sekolah dapat mengadakan beberapa buah khemah dengan bantuan PIBG. Dimana khemah-khemah ini dapat digunakan untuk menjayakan aktiviti sekolah dan juga boleh menjana pendapatan dengan menyewakannya kepada penduduk setempat. GB berharap dapat diadakan 4 buah khemah, kalau tak boleh 4, 3 buah,  kalau tak boleh 3, 2 buah pun jadilah (harap YB kat sebelah dengar). Itulah serba sedikit yang aku ingat.

Majlis sudah sampai keacara kemuncak iaitu perasmian oleh YB Dato Seri Reezal Merican. Aku tulis secara ringkas sajalah. Oleh kerana GB tadi seperti mengenen kepada beliau menyediakan khemah maka dengan murah hati beliau bersetuju memberi sebuah khemah dan memberi sumbangan kepada PIBG sebanyak RM 3000.00 (tepukan gemuruh dari ibu bapa).

Beliau meneruskan lagi ucapannya dengan menasihati ibu bapa mengeratkan hubungan dengan sekolah. Ini supaya ibu bapa mengetahui pencapaian dan sikap anak-anak mereka di sekolah. Taklah nanti dekat sekolah sahaja baik tetapi di rumah lain pula jadinya atau sebaliknya.

Beliau berharap umat Islam menimba ilmu untuk melawan kehebatan Yahudi dimana ketika ini umat Islam dipenuhi dengan slogan-slogan sahaja tapi tetapi tidak ada kuasa ekonomi. Dimana ketika ini ekonomi dipegang oleh kaum yahudi melalui syarikat-syarikat gergasi.

(Ahmad Firas dah mula bosan, jadi buku aturcara dan pen aku menjadi mangsa  ~ habis buku tu kena lakaran abstrak)

Beliau juga berharap ibu bapa membuat sumbangan kepada PIBG sebanyak RM50.00 untuk satu keluarga. Seterusnya beliau meminta ibu bapa untuk meningkatkan usaha anak-anak untuk belajar bukan setakat makan kismis sahaja atau ubat-ubat tertentu. Akhir sekali beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG. Itulah serba sedikit  yang sempat aku catit dan ingat ( kadang-kadang catit pun tak boleh baca ~ tulisan doktor ) .

Acara berhenti rehat seketika dan disediakan sedikit jamuan ringan. Errrr alhamdulillah kenyang. Jam menunjukkan hampir 10.20 pagi. Aku keluar ambil semula Muhd Ammar dan hantar kakaknya pula ke tuisyen. Selepas hantar Ammar balik rumah. Ahmad Firas dah tak mau ikut aku ke mesyuarat lagi.

Sesampai di sekolah, sesi kedua iaitu Mesyuarat Agung PIBG dah bermula. Beberapa usul yang telah disenaraikan dibahaskan. Antaranya meminta PIBG membuat pakir yang tersusun dihadapan sekolah supaya ibu bapa yang menungg anak-anak memakir kereta dengan lebih tersusun dan tak mengganggu lalu-lintas bukan ikut sedap dimana enjin nak berhenti ja.

Diusulkan juga PIBG membelanjakan wang tabung  untuk menaiktaraf kemudahan fizikal sekolah seperti disediakan kerusi batu untuk murid-murid rehat, bumbung antara dewan terbuka dan kantin, awning untuk dewan terbuka supaya air hujan tak tempias. Apa-apa pun pembiayaan untuk pendidikan dan sukan diutamakan. Yang nie boleh habis tabung PIBG tapi dipertimbangkan untuk dibawa ke kementerian untuk memohon bajet. Mana tahu ada sisa-sisa duit lagi kat hujung tahun.

Ketika ini SK Bertam Perdana berjalan dalam dua sesi, pagi dan petang. Disebabkan sekolah ini terpaksa menampung bilangan pelajar yang ramai dari taman perumahan berhampiran. Hairan aku apa yang kementerian buat. Perkara ini dah lama. Di Bertam Putra dengar cerita tapak sekolah dah ada tapi kenapa tak dibangunkan lagi? Nak kata kawasan pembangkang, tak juga. Takkan nak tunggu kubu kena roboh. YB Dato Reezal Merican dah balik ~ patut dia dengar sama. Entahlahhh.... Oleh itu diusulkan PIBG berusaha mencari kaedah supaya dapat dibina bangunan tambahan untuk menampung pelajar supaya dapat dilakukan persekolah satu sesi. Jadi jika ada ibu bapa yang ada kuasa power renjer bolehlah hinggut kat mana yang boleh.

Alhamdulillah dalam dok minta benda-benda fizikal ada yang prihatin dengan kerohanian. Lalu diusulkan PIBG mengadakan siri ceramah agama / motivasi untuk ibu bapa. Bukan setakat pelajar sahaja yang nak diberi kesedaran, ibu bapa pun perlu ada ilmu. Barulah matlamat menjadikan pelajar bertaraf dunia dapat dicapai.

Ada satu usul yang tak tersenarai dibangkitkan mengenai kawasan belukar belakang sekolah. Kawasan luar sekolah yang dipisahkan oleh pagar sahaja yang boleh mengundang bahaya haiwan liar seperti ular. Oleh itu dicadangkan kawasan tersebut dipohon untuk dibersihkan dan diguna untuk bercucuk tanam. Hasil dari tanaman boleh digunakan untuk tabung. Pihak PIBG beritahu kawasan tersebut bukan dibawah kerajaan tetapi dibawah Bertam Properties. Apa-apa pun bolehlah di pohon. Pengusul juga mencadangkan ditanam dengan nangka madu, beliau merupakan pakar tanaman nangka madu ~ siap bagi harga pasaran nangka madu.

Mesyuarat tak habis lagi, aku terpaksa keluar untuk mengambil Siti Sarah yang habis tiusyen jam 12 tengahari dan hantar pulang. Sampai ke rumah rasa macam malas nak hadir mesyuarat semula. Lihat agenda mesyuarat, selepas perbahasan usul akan dilakukan pembubaran AJK PIBG lama untuk lantikan baru. Jadi keputusan diambil untuk mendiamkan diri di rumah sahaja, lagi pun ada program lain akan menyusul. Tak tahulah berapa ususl lagi selepas tu dibahaskan dan siapa dilantik menjadi AJK pula. Apa-apa pun melepas cabutan bertuah. Kalau nombor 93 naik, aku boleh tuntut lagi tak?

Aku tulis nie mengikut apa yang aku paham dan ingat dan buboh aji-no-moto sikit bagi sedap. Kalau ada apa-apa perbezaan atau kekeliruan sila rujuk maklumat dari sekolah, itu yang terbaik.

Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

[ 8hb Disember 2012, Sabtu - Petang ]

Keluar sahaja dari Pasar Kraftangan masuk pula Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu. Macam-macam pasar ada kat sini. Luar hujan masih renyai-renyai dan gelap.
Pasar Ikan Masin KK. Gambar : http://shw.mamafarhan.fotopages.com/11427941/pasar-ikan-masin.htm

Kat pasar nie berbagai produk hasil laut yang di mumiakan masinkan atau dikeringkan. Dalam Pasar ini ada beberapa peniaga menjalankan perniagaan ikan masin. Boleh kata semua menjual produk yang sama. Kalau nak beli dengan harga murah dinasihatkan pilih satu gerai dan borong habis-habisan dan tawar sampai tinggai tulang ~ macam bagus ja. Oklah layanzzzz gambar kat bawah nie.
Macam-macam ikan masin / kering ada.
Kelompong / perut ikan

Kat bungkusan ikan ditulis masak apa yang sedap ~ Ikan belanak masak nangka lemak


Siput kering
Rumpai laut kering

Gamat

Kuda laut kering ~ khas untuk lelaki

Kepada yang nak bawa naik kapal terbang atau nak di pek dengan cantik senang nak bawa boleh saja minta pekedai tu buatkan. Dengan cekap dan tangkas mereka kapankan dengan kemas. Bawa masuk kapal terbang pun tak dak bau.


Siap semua beli apa yang patut, balik ke kondo semula. Malam terakhir di Kota Kinabalu. Malam nie abang ipar aku bawa balik buah durian dalit. Entry yang lepas ada akau tulis mengenai durian dalit. Kali ini istimewa lagi. Bentuk sama seperti durian dalit yang lepas tetapi isinya oren dan rasa yang lain sedikit. Nak tau apa rasanya..... jeng... jeng.... rasa seperti cempedak.  Jadi tak berapa nak masuk. Tapi OKlah dapat rasa durian lain dari yang lain.
Durisn dalit ~ rasa cempedak

Ini merupakan malam terakhir di Sabah. Malam ini kemas barang, packing apa yang patut. Periksa supaya tak tinggal apa-apa, sampai semenanjung tak patah balik dah.

Tak banyak barang yang dibeli cuma cenderahati, barangan mutiara ( ori atau tak jangan tanya ), ikan bilis, ikan kering, kuih-kuih saja. Seafood memang terbaik tapi tak beli pun sebab sebelum sampai Penang ada agenda lain lagi, ais pun boleh cair. Cuma aku rasa tak berapa lengkap sebab tak sempat singgah ke Pasar Malam KK yang terfemes berhampiran Waterfront. Walau tempat kami tinggal dekat sangat. Lihat kat internet macam-macam ada terutama seafood dengan harga murah. Tak pa lain kali kalau ada rezeki.


Esok pagi 9hb Disember 2012, Ahad kami semua bertolak balik ke KL dan akhir sekali ke Penang semula.
Ramai-ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa KK

Oklah sampai sini sahaja travelog di Sabah selama enam hari 3-8hb Disember 2012. Penat menulis baru habis. Peduli apa, yang nie macam diari akulah, tak lama bila dah tua boleh tengok-tengok balik.

Berbagai kenangan yang menarik kat sini dengan suasana yang aman, udara yang bersih, langit yang biru, cuaca yang baik menjadikan percutian nie memang terbaik dan berbaloi.  Terima kasih kepada abang ipar aku yang banyak sponser untuk percutian ini. Bila boleh sampai lagi entahlah.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Sabah - Hari 6 : Pasar Buah dan Pasar Kraftangan

[ 8hb Diember 2012, Sabtu - Petang ]

Lepas makan, dok rehat kejap dan hari pun semakin petang kami sekali lagi turun ke kawasan waterfront. Kali ini nak cari buah tangan untuk dibawa balik ke Penang. Ini merupakan antara aktiviti terakhir sebelum bertolak balik esonya. Petang nie hujan renyai-renyai, suasana hampir gelap dah. Sini hujan rasanya bersih, maklumlah kawasan yang tak tercemar. Bukan macam kat Penang atau KL, hujan asid.

Pasar Buah-Buahan

Visi mencari kuih-kuih tardisional Sabah. Kami ke Pasar Buah-Buahan Kota Kinabalu. Nama sahaja buah-buahan, disamping gerai-gerai menjual buah berbagai lagi produk di jual. Kat pasar nie ada beberapa gerai yang menjual kuih tradisi. Pilih yang mana berkenan.

Berbagai kuih kering yang ada seperti kuih cincin, amplang, kacang sembunyi dan banyak lagilah. Yang selalu diborong ialah kuih cincin dan amplang. Aku tak borong yang tu pun sebab tak berapa kena dengan lidah aku ~ lain lidah lain rasa.

Pasar Kraftangan / Filipina

Habis borong kuih Sabah, perjalanan diteruskan untuk menjamu mata di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau dikenali juga sebagai Pasar Filipina. Hujan Masih renyai-renyai. Sebuah komplek yang menempatkan berpuluh gerai kecil dibawah satu bumbung.
Pasar Kraftangan / Filipina. Gambar : http://ladybirdstories.blogspot.com/

Berbagai hasil kraftangan Sabah di jual disini dari kain batik, tenunan, manik, ukiran kayu, berbagai hasil mutiara, kerongsanag, hiasan cengkerang siput dan macam-macam lagilah.
Berbagai hasil mutira

 Dok jalan-jalan kat Sabah, kalau jumpa kraf hasil laut seperti cengkerang siput atau batu karang mesti ada notis "Tidak Boleh Ambil Gambar". Mungkin barangan yang terkawal, tak boleh diniagakan. Tapi ditunjukkan secara terbuka.
Ukiran kayu
Mutiara

Boleh rambang mata melihat hasil dari mutiara seperti gelang, rantai, butang dan macam-macam lagi kat pasar ini. Aku tak beli apa-apa kat sini, tanya harga pun tidak. Dalam dok tulis entry nie cari kat internet mengenai Pasar Filipina, ramai yang kata harga kat sini sedikit mahal dari Pasar Malam Sinsuran tapi dijamin ketulinannya. Apa-apa ja lah, aku nak jamu mata saja.

Selesai melawat kawasan (macam YB) kami keluar dan masuk kesebuah lagi pasar yang antara terfemes. Pasar Ikan Masin. Tunggu entry aku yang akan datang.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Karnival Halal Kedah 2013

Karnival Halal  Kedah 2013 ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Isalm Negeri Kedah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tabung Haji dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islaam Malaysia ( YPEIM).

Karnival ini mempunyai dua matlamat iaitu memberi pengetahuan kepada pengguna bahawa halal bukan sekadar logo sahaja tetapi meliputi aspek kesucian, kebersihan, keselamatan dan kualiti dari sudut makanan dan juga premis. Matlamat kedua ialah untuk memberi maklumat kepada industri bahawa halal yang diberikan bukan sekadar logo sahaja tetapi tanggungjawab mematuhi syarak dan sistem kawalan atau pematuhan halal.

Berbagai aktiviti dijalankan seperti pameran, jualan barangan halal, derma darah, klinik e-halal, kuiz halal dan berbagai lagi.

Jadi tak dak apa nak buat hari sabtu nie (khamis dan jumaat susah sikit belah penang kerja), apa lagi jommmm bagi meriah.

Tarikh : 14 - 16 March 2013 ( khamis - sabtu)
Masa : 9 pagi - 10 malam
Tempat : Padang letak kereta Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah

Dimana Amanjaya Mall?? maklumlah komplek beli belah baru. Lokasi mudah sahaja, kalau keluar tol Sungai Petani Utara dah nampak komplek nie belah kiri. Lihat kat google map kat bawah.


View Amanjaya Mall Sungai Petani in a larger map

p/s: tak sampai lagi kami ke Amanjaya Mall.

Bank Rakyat Umum Dividen 18% ~ Terbaik


13hb Mac 2013 / Selasa :
Bank Rakyat hari ini mengumumkan Prestasi Kewangan & Dividen bagi Tahun berakhir 31 Disember 2012. Bank Rakyat terus cemerlang dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 4.7% atau RM94.9 juta berbanding RM2.02 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam masa yang sama, Bank Rakyat juga mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18% yang melibatkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16% berjumlah RM440 juta dan dividen bonus saham dalam bentuk syer sebanyak 2% berjumlah RM55 juta bagi tahun kewangan 2012 kepada para anggotanya. Pembayaran tersebut akan dimulakan hari ini. 


Maklumat: Fb Bank Rakyat

Dapat tunai sebanyak 16% dan tambahan saham 2%. Tahun lepas tinggi lagi, 20% ~ 15% tunai dan 5% saham. Apa-apa pun alhamdulillah murah rezeki. Bila pula Bank Rakyat nak buka jualan saham lagi nie?

p/s: Bank Rakyat ada kerja kosong tak? Rasa macam nak kerja kat situ pula, lagi lebat bonusnya.

PM Umum 9 Berita Baik Untuk Penjawat Awam


11 Mac 2013 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 (MAPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:

1. Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;


2. 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

3. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

4. Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

5. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

6. Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

p/s: hadiah hari jadi... alhamdulillah.

Sabah - Hari 6 : Pasar Lagi

[ 8hb Disember 2012, Sabtu - Pagi ]

Habis shoping kat Pasar Besar KK, keluar sahaja akan berjumpa satu lagi pasar. Sebuah pasar berhampiran Pasar Ikan Masin. Kebanyakan peniaga menjual kuih-muih tradisional dan juga bahan-bahan buat kuih tradisi.

kuih tradisi.
Rumpai laut semua dalam satu, balik makan ja.

Disini juga dijual kolagen yang segar dari ladang ~ rumpai laut la tuuu. Teringat aku dulu-dulu masa lawat arwah tok aku kat Langkawi selalu makan benda nie dengan nasi, makan macam ulam cicah sambal belacan Masa makan kena tengok-tengok sama sebab kadang-kadang ada batu. Rasa memang terbaikkkk ~ dok telan air liur nie.
Rumpai laut ~ sedap cicah sambal buat macam ulam.

Naik keatas sikit ada sebuah kawasan lapang di belakang Pasar Kraftangan / Pasar Filipina dimana peniaga menjual secara terbuka. Jika waktu petang kawasan nie menjadi Pasar Malam KK yang terfemes tuu. Kebanyakan menjual hasil tanaman dan sayuran.
cabai, tomato, keret, ubi, macam-macam ada.
Masjid Al-Aman Sinsuran KK ~ dekat Pasar Filipina.

Dah cukup pusing-pusing mengeluarkan peluh di pagi nie. Jam menunjukkan dah dekat 8 pagi. Tengahari ini tak ada aktiviti apa-apa, cuma makan hasil tangkapan kat pasar tadi. Kena cari suratkhabar nak lihat berita semasa. Dari sampai ke Sabah sehingga la nie tak atau apa terjadi kat luar. Jalanlah kekedai berdekatan, tak jumpa. Aku pusing jauh juga dari kedai runcit, stesen minyak, gerai tepi jalan dan macam-macam lagi, memang susah nak jumpa. Tak tahulah mungkin hari Sabtu. Akhir sekali dapat juga surat khabar kat sebuah kedai 24 jam. Dah dapat baru boleh balik kondo.


Dah sampai ke kondo, apa lagi lepak-lepak baca berita semasa, sementara menunggu hasil tangkapan dimasak.
Firas dan Fatini menikmati pemandangan Laut Cina Selatan.

Dahhh tengahari, dah boleh makan. Nie dia menu untuk tengahari. Mabelessss dengan hasil tangkapan laut yang segar.

Dan yang terakhir perlu dilakukan......


Eeerrrrr... kenyang, boleh tidoq.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah