Don Burger Bakar Alor Setar

Dua tiga kali balik kampung kat Alor Setar, perasan ada sebuah gerai burger baru buka kat sebelah Sekolah Menengah Dato' Syed Omar ~ sekolah lama aku nie. Tapi dok tak jadi nak beli. Tapi kali nie baru dapat merasa (cerita lama baru nak tulis).

Don Burger Bakar terletak di Medan Selera antara SMKDSO dan ESSO

Sebuah gerai dibuka berhadapan Medan Selera. Dibuka waktu petang, orang memang ramai. Apa yang spesialnya?? Sebut dulu nama gerai nie Don Burger Bakar, bukan Don filem hindustan yang Shah Rukh Khan berlakon tu. Sebut sekali lagi Don Burger Bakar.

Yang spesialnya gerai burger nie di buat memanjang dimana ia dibahagikan kepada beberapa jabatan.  Jabatan Oder dan Bayaran, Jabatan Mengepal,  Jabatan Membakar Daging dan Ayam, Jabatan Bakar Roti dan Jabatan Mengepit dan Bungkus. Hahahaha...  macam-macam jabatan ada, suka hati aku nak tulis apa pun.
Oder dulu

Jabatan petama Jabatan Oder dan Bayaran; tak ada kaunter macam bank pun, tapi ada seorang ditugaskan mengambil oder dan bayaran. Dia akan tulis setiap oder pelanggan. Jadi jangan sesuka hati oder kat mana berkenan, kalau oder juga jeng... jeng... jeng ... aku pun tak tau jadi apa.

Daging cincang di kepal dibuat bulat-bulat leper
Proses membuat burger didahului dengan Jabatan Mengepal; tugas jabatan nie ialah mengepal daging kisar menjadi bulat leper (tau dak apa tu mengepal? tuuu yang macam gelinte bagi bulat lepas tu penyet sikit). Daging kisar dibuat sendiri.
Daging dan ayam di bakar

Jabatan Membakar Daging dan Ayam; tugas kat sini pula ialah membakar daging yang disediakan oleh Jabatan Mengepal dan ayam diatas bara arang. Ayam pula digunakan ayam segar, bukan ayam hancur.
Roti dibakar dan semua nya di satukan jadi sebiji burger
Jabatan Bakar Roti; tugas jabatan nie ialah membakar roti seperti gerai-gerai burger lain tuuu lah.

Yang terakhir Jabatan Mengepit dan Bungkus; jabatan terakhir, tugas mengumpul semua bahan-bahan dari jabatan-jabatan lain untuk dilakukan pemasangan bersama sayur-sayur, sos dan mayonis ~ bahan-bahan lain aku tak pasti. Jabatan ini akan melakukan pemasangan mengikut permintaan pelanggan, samaada biasa iaitu daging atau ayam atau nak double (dua keping daging atau ayam). Nak tambah cheese pun boleh. Selesai dibuat pemasangan, akan dilakukan pembungkusan dan diberi kepada Jabatan Oder dan Bayaran untuk diberi kepada pelanggan. Macam kilang la pulak.

Jabatan terakhir aku tak tulis kat atas ialah Jabatan Uji Pandu; yang nie aku lah, apa lagi uji sampai kenyang.

Kalau tak silap, aku oder 6 ketul burger ayam dan daging. Dok kira-kira mereka dapat siapkan dalam masa 20 minit sahaja walau oder banyak. Nak makan kat gerai tu pun boleh sebab memang ada banyak tempat duduk atau boleh bawa balik. Aku bawa balik saja, boleh makan bersila. Kat rumah.
Burger daging bakar
Burger ayam bakar. Digunakan roti panjang/hotdog dan ayam segar dibakar.
Keputusan dari Jabatan Uji Pandu; setelah di amati dan diteliti dinilai dari segi saiz, mengenyangkan. Bahan-bahan yang digunakan dari pendapat aku daging tebal dan menyebabkan dalam masih lagi ada kemerahan, ayam masak dan sedap tetapi sayur sangat sedikit. Rasa keseluruhan pula OK saja.
Harga burger

Daya tarikan utama mungkin disebabkan cara pembuatan yang dilakukan iaitu dari pembuatan daging sampai pembungkusan amat menarik dan saiz dan dekorasi gerai yang gempak. Harga burger ayam dan daging RM 5.00; double trouble ( dua keping burger ) RM 11.50 dan tambahan cheese RM 1.00. Pelanggan boleh makan di situ atau bawa balik. Servis memang cepat.
Makanan lain pun ada

Di kawasan medan selera nie juga ada berbagai lagi gerai yang jual nasi goreng, mee goreng, koey teow kerang, minuman dan satay, jadi takkan nak makan burger saja.Boleh oder benda lain juga.


Don Burger Bakar nie dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan masa dari 6 petang hingga 1 pagi. Lokasi senang sahaja iaitu di Medan Selera antara SMK Dato' Syed Omar dan Stesen minyak ESSO Jalan Sultanah. lihat Google Map kat bawah nir.


View Don Burger Bakar Alor Setar in a larger map

No comments:

Post a Comment