Restoran Z'n'A Ikan Bakar : Sekali lagi

Kali nie sekali lagi ke Restoran Z'n'A Ikan Bakar di Sungai Petani. Yang lepas sebab nak sambut hari ibu, kali ini saja-saja pi makan kat situ. Tak ada acara-acara istimewa pun kecuali nak penuhkan perut dan bersantai dalam taman. Nak tau apa menu yang di oder di sidang yang lepas klik Restoran Z'n'A Ikan Bakar.

Dalam perjalanan ke sini, entah binatang apa berlari lintas depan kereta. Tak dapat nak elak, langgar terus. Tak berhenti, teruskan perjalanan sebab kawasan gelap dan kereta dibelakang pun laju. Sampai sahaja, parking di tepi restoran. Keluar tengok, bumper dah berlubang. Alhamdulillah semua selamat ( binatang tu entahlah) dan cuaca pun elok.

Kali nie tak oder set. Jadi pilih-pilih dari menu saja. Nie dia apa yang di oder.
Mushroom Soup dengan roti bawang putih ( garlic bread la tuuu ). Menu untuk Ahmad Firas
Gaya ja lebih.. makan sikit ja
Feberet kakak Siti Sarah, tom yammm. Rasa boleh tahan sahaja tapi bahan banyak.
Nasi goreng seafood. Telur goreng -landfood ???. Tak tau nak komen.
Nasi mendy kambing. Sedap tapi nasi tak berapa lembut dan kambing seperti direbus sahaja. Set nasi mendy datang dengan kambing, kari daging, air asam, sup dan diletakkan sedikit bawang,tomato, lemon dan cabai hijau.
Chicken chop dengan sos mushroom untuk Muhammad Ammar. Ayam terlebih minyak. Yang menarik dan tak jumpa lagi kat mana-mana, sos mushroom. Nampak tak dalam mangkuk sos tu? dalam sos tu di bubuh cendawan yang selalu orang buat cendawan goreng celup tepung. Rasa OK sahaja.
Keseluruhan makan kat sini kali ini kira OK sahaja. Mungkin kepakaran mereka untuk tempahan set seperti ikan tiga rasa dan sebagainya.

Selesai makan, bebudak mana boleh duduk diam.
Sesi lepas makan... kacau si kecil.
Lepas kacau Nur Fatini, ketiga-tiga buat sesi melawat kawasan. Cuaca baik seperti hari ini boleh lepak-lepak disekitar restoran. Ada dibuat seperti taman dikawasan terbuka.

Taman bunian
Kawasan restoran ini walau terletak ditepi jalan tetapi selamat, sebab berpagar.
berkelah tepi air terjun
Sebelum balik aku ambil gambar dalam dalam restoran banyak sikit. Sebelum nie perut dah terlebih penuh, malas nak bangun.
Boleh makan bersila

Selesa

Lokasi di Sungai Petani kalau nak tahu secara tepat klik kunjungan aku sebelum nie Rastoran ZnA Ikan Bakar nie.

Restoran Kapitan Lebuh Chulia : Susu Badam

Acara yang berlangsung lambat lagi nak tamat. Untuk menghilangkan bosan, lepak-lepak kat Restoran Kapitan. Kali nie tak nak cerita mengenai makan. Sebab nak lepak-lepak sambil minum untuk habiskan masa.

Pengunjung kat Restoran Kapitan memang ramai, walau aku dah sampai hampir jam 10 malam. Semua bangsa ada, Melau, Cina, India, Arab, Mat Saleh. Kami duduk di kaki lima restoran. Kat luar restoran ada sebuah gerai yang menjual minuman. Di letakkan dalam belanga panas.

Susu badam dalam belanga panas

Orang yang datang oder samaada minum dalam kedai atau minum di hadapan gerai sahaja, tak putus-putus.

Pelayan datang, tanya dia apa yang di jual ket gerai luar tu. Diberitahu susu badam. Jadi aku oder susu badam dengan roti canai sahaja. Tak tau apa rasa susu badam nie. Pernah juga dengar ada kawan-kawan yang pernah rasa susu badam nie, sedap katanya.

Susu badam panas

Aku tak tau dia buat macam mana. Tapi bila orang oder dia akan bubuh gula dalam gelas ( kalau tak nak gula pun boleh ) dan cedok susu dari belanga di tuang dalam gelas tersebut.  Kemudia dia akan cedok pula bahan-bahan dari dasar belanga dan dimasukkan juga dalam gelas. Dah siap, mai secawan. Warna kuning kehijauan. Rasa boleh kata sedap. Seperti horlic, bila minum terasa melekat kat tekak.

Ada badam, kismis dan gajus dalam susu badam.
Dalam air tu ada ketul-ketul badam, kismis dan gajus. Benda tu lah yang di cedok dari dasar belanga. Berbaloi lah. Disamping susu badam, susu original pun ada.

Restoran Kapitan terletak di Lebuh Chulia, Pulau Pinang. Lokasi dari Google map :

View Restoran Kapitan in a larger map

Restoran Z'n'A Ikan Bakar : Selamat Hari Ibu

Hari Ahad, 13 May lepas kena kerja. Jadi Sabtu malam lah nak sambut Hari Ibu, walau tercepat sehari. Tapi tak apa sebab mengikut kalendar hijrah hari esok bermula dari petang hari ini. Kira boleh diguna pakai. Sambut hari ibu kepada anak-anak aku.

Tak ada apa yang menarik cuma makan-makan malam sahaja kat Jalan Tikam Batu. Dah lama tengok kedai nie, macam menarik saja. Restoran Z'n'A Ikan Bakar. Kedai ini terletak ditepi jalan bersebelahan kedai landscape. Boleh parking kat depan kedai atau di sebelah kedai landscape.
Restoran ZnA Ikan Bakar. Tak berapa clear, hujan.
Masuk saja restoran nie seperti masuk kedai jual kayu jati sebab dekorasi banyak menggunakan kayu. Terutama meja dan kerusi ada berbagai bentuk. Restoran nie dan kedai landscape duduk bawah satu bumbung. Tokey sama kot sebab nama kedai pun sama.

Sampai sahaja, kami disambut dengan hujan. Nasib baik sempat masuk kedalam restoran. Sekarang nie musim dia. Pengunjung yang ada boleh kata ramai gak.

Tunggu apa lagi, perut dah lapar, oder makanan lah. Nie dia menu. Macam-macam ada. Ala cart ada, set pun ada. Set ada berbagai saiz dan menu.
Nasi arab mendy pun ada
Disediakan masakan ala thai, satay, berbagai masakan ikan, ayam dan daging, nasi / mee/ bihun goreng, set masakan udang dan macam-macam lagi, Nasi mendy arab pun ada. Kalau nak pilih ikan, sotong dan udang untuk dimasak pun ada.
Boleh pilih
Kami pilih SET 3 untuk 4 orang ( walauhanya 2 dewasa, jin ka apa nie?). Biasalah ala-ala thai dipilih. Siakap 3 rasa, kailan ikan masin ( tukar dari kangkung goreng belacan), sotong celup tepung, ayam masak merah dan macam tak berapa kena dalam set tu ada sup ekor. Semua disediakan untuk 2 orang makan kecuali ikan siakap.

Kawasan kedai luas, jadi bebudak bolehlah jalan-jalan. Lagipun kedai lanscape di gubah seperti taman. Boleh lepak-lepak kat situ.

Makanan boleh kata cepat sampai. Nie dia apa yang ada dalam set tu.
Telur dadar
Sotong celup tepung. Kami tak berapa suka sebab ada rasa kari.
Ayam masak merah
Kailan ikan masin. Tukar dengan kangkung goreng belacan.
Siakap 3 rasa. Saiz sesuai dengan 4 orang makan. Rasa mabeles kena dengan selera aku.

Sup ekor tempatan. Walau tak kena dengan menu lain tetapi rasa memang sedap.
Menu tambahan. Satay ayam dan daging. Rasa satay ok tetapi kuah tak berapa sedap.
Keseluruhan makanan kat sini tak mengecewakan. Boleh datang lagi. Buktinya gambar kat bawah. Semua licin kecuali sup ekor, bungkus bawa balik. Sup bukan tak sedap tapi tak kena dengan menu yang lain.
Licinnnnn
Disamping meja-meja makan disediakan juga ruang untuk sesiapa yang nak rasa macam makan kat kampung, boleh bersila. Kalau makan terlampau lama jangan risau, disediakan surau untuk lelaki dan wanita.

Surau lelaki dan perempuan disediakan.
Restoran ini berkonsepkan restoran dalam taman dan santai. Tempat makan terbuka dan luas. Suasana restoran ni memang selesa dan bersih. Kalau bawa kanak-kanak pun mereka tak bosan sebab boleh main buaian dekat sebelah (kedai landscape ). Sesuai kalau buat program makan-makan beramai-ramai kat sini.
Selamat hari ibu.
Walau kami 6 orang boleh meriah juga dengan telatah bebudak. Boleh sentiasa bersenam.

Harga makanan berpatutan. Berbaloi makan kat sini. Lokasi Restoran Z'n'A Ikan Bakar nie di Jalan Kampung Baru mengikut Google Map, tetapi kalau alamat di tulis Jalan Tikam Batu.

Nie dia alamat:
No 41A Gon Selong, Jalan Tikam Batu, Sungai Petani.
Waktu operasi : 5 petang - 1 pagi
Tutup : Selasa
No.Tel: Hasniza 019-4119495, Fauzi 019-4887744, Shah 102-3424494, Zam 012-4662514
Blog: http://restoranznaindah.blogspot.com/
e-mail : perniagaanznaindah@yahoo.com

Restoran ini berada betul-betul di hadapan simpang ke Kampung Pokok Asam. Apa-apa pun layan map kat bawah.

View Restoran Z'n'A Ikan Bakar in a larger map

p/s : Selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu.

Update: Gambar suasana sekitar restoran tak banyak sebab hujan. Kali kedua kami datang ada beberapa gambar sekitar restoran. Boleh kesini Restoran ZnA Ikan Bakar : Sekali Lagi.

Logo Halal Luar Negara Diiktiraf JAKIM

Hari nie ada seorang sahabat kongsi maklumat dari Facebook yang dibangunkan oleh JAKIM, Sahabat Halal JAKIM. Sekeping gambar yang memaparkan logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Senarai logo halal yang diiktiraf JAKIM. Klik untuk paparan besar.
Kalau nak baca apa tertulis atas logo tu seperti halal dari negara mana kadang-kadang tulisan terlampau kecil. Jadi boleh rujuk bentuk logo dipaparkan. Maklumat lanjut dan jelas boleh layari http://www.halal.gov.my/v3/. Moga memberi manfaat.

Tadika, Taska Ta ta ta...

Sekarang banyak diperkatakan tentang tadika. Banyak dibahaskan tentang keperluan diujudkan tadika di premis perniagaan dan juga di sektor kerajaan. Tadika mejadi suatu agenda yang besar bukan sahaja untuk mendidik malah juga untuk memudahkan ibu bapa yang bekerjaya.

Untuk menanggani ujudnya tadika yang seperti cendawan tumbuh, maka dalam bulan Mac KPKT telah keluarkan garis panduan penubuhan Tadika. Banyak agensi-agensi yang terlibat dalam penubuhan tadika seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kenapa agenda Tadika ini penting? Salah satunya ialah di pusat-pusat ini memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak. Bila sahaja masuk darjah satu, guru-guru akan membuat ujian menentukan kedudukan kelas. Pelajar yang pandai / dapat jawab soalan dengan baik masuk darjah bagus dan yang kurang baik akan duduk kelas di belakangnya. Pengajaran asas di sekolah seperti mengenal A,B,C...., 1,2,3..., mengeja dan mengira dah dikurangkan. Tumpuan guru lebih kepada kemahiran yang lebih tnggi.

Oleh itu pengajaran ilmu asas mengenal huruf dan mengeja tak secara langsung diletakkan atas bahu ibubapa dan juga guru tadika. Oleh kerana tadika menjadi alternatif penjagaan kanak-kanak sementara ibu bapa bekarja maka tugas tadika secara langsung menjadi pendidik asas kepada kanak-kanak tersebut. Pendidikan yang diberikan bukan setakat akademik sahaja tetapi juga kemahiran berinteraksi.

Kadang-kadang kita manganggap pendidikan di tadika merupakan pendidikan tak formal, tetapi pendidikan awal inilah menjadi penentuan kedudukan mereka dalam darjah dan kebolehan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Oleh itu tugas guru tadika menjadi suatu tugas yang berat dan perlu pengiktirafan seperti guru-guru sekolah biasa.

Pendidikan awal persekolahan juga di sediakan oleh sekolah dinamakan pra-sekolah, tetapi tempat terhad dan tak semua sekolah menyediakannya. Untuk mendapat pendidikan awal yang baik ramai ibu bapa yang mencari tadika yang terbaik kadang-kadang menelan kos yang banyak. Ini untuk menentukan anak-anak mereka berada dikelas terbaik ketika memasuki alam persekolahan.

Dapatlah disimpulkan peranan tadika yang besar dalam sektor pendidikan negara. Tadika bukan sahaja pusat menjaga kanak-kanak sementara ibu bapa bekerja tetapi juga tempat mereka mendapat pendidikan pra-formal.

Dalam sub NKRA Pendidikan memberi penekanan kepada kepada pra-sekolah. Dicadangkan penambahan kelas untuk pra-sekolah untuk tahun 4 dan keatas begitu juga dengan bilangan guru terlatih. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada 2010 diperkenalakan untuk menyeragamkan pembelajaran pra-sekolah. Begitu juga bantuan kepada anak-anak yang belajar di pra sekolah kerajaan dan permberian bantuan kepada prasekolah MOE, KEMAS dan JPNIN. Boleh rujuk NKRA Pendidikan.

Untuk penyeragaman, seeloknya pra sekolah diserapkan ke sekolah atau menjadi satu institusi baru dalam pendidikan negara. Biar skop pembelajaran di sekolah dikembangkan dengan menggunakan pendekatan yang seragam. Menjadikan sekolah nadi kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Untuk menerapkan perkara ini pihak sekolah perlu mengenal pasti tujuan tadika diujudkan. Sebab yang utama ialah untuk menjadi lokasi penjagaan kanak-kanak semenetara ibu bapa bekerja ( contoh yang terdekat akulah) dan yang kedua tempat kanak-kanak mendapat pendidikan asas. Oleh itu kedua-dua faktor ini perlu diserapkan.

Sebab yang pertama ini memerlukan komitmen yang tinggi dimana pihak sekolah terpaksa memperuntukkan tenaga kerja, masa, ruang dan makanan. Tenaga kerja untuk pra-sekolah mestilah terlatih untuk menjaga dan mendidik mereka. Masa penjagaan kanak-kanak yang panjang berkemungkinan dari 7.30 pagi hingga ke petang. Ketika ini pra-sekolah hanya menjaga kanak-kanak sehingga tengahari sahaja selepas itu kanak-kanak itu terpaksa diambil balik oleh ibu bapa atau ke pusat jagaan lain. Ruang ialah ruang untuk mereka belajar, tidur dan bermain dan penyediaan makanan untuk kanak-kanak tersebut sepanjang berada di situ.

Sebab ke dua, pembelajaran. Sekarang ini berbagai aliran yang pihak tadika swasta bawa seperti aliran agama, inggeris dan bermacam-macam lagi. Oleh itu diharap Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dapat menyeragamkan kaedah pengajaran tadika dan pra sekolah swasta. Jika diadakan di lingkungan sekolah atau dibawah satu institusi pendidikan negara memudahkan segala sistem baru yang diperkenalkan akan menjadi intipati pembelajaran awal kanak-kanak.

Disebalik cadangan ini adalah untuk menjimatkan kos. Jadikanlah ia sebagai pusat yang mendapat bantuan penuh kerajaan. Ketika ini kos sara hidup semakin tinggi. Daripada duit kerajaan di tabur dengan sewenang-wenangnya adakah lebih baik memberi bantuan dengan cara lebih berhemah dan meluas.

Oleh itu tadika swasta yang hendak menjalankan perniagaan perlulah menunjukkan komitmen yang tinggi. Disamping menggunakan kurikulum yang ditetapkan kerajaan, nilai tambah perlulah dimasukkan seperti bahasa Inggeris, agama, alat-alatan permainan yang menarik dan sebagainya. Ini juga mengelakkan dari tadika swasta menangguk diair keruh untuk mendapat keuntungan yang berlebihan.

Kerajaan juga boleh menyerapkan tadika swasta sedia ada kedalam institusi pendidikan negara, perkongsian pintar. Dimana kerajaan membayar tadika ini untuk bergerak dibawah kawalan kerajaan dan guru-guru dilatih oleh pihak kerajaan. Ini akan memberi kelebihan kepada kerajaan dimana tak perlu mengadakan premis baru dan pihak swasta mendapat keuntungan.

Kemungkinan untuk memberi pendidikan percuma sepenuhnya mungkin satu bebanan kepada kerajaan, tetapi perbelanjaan untuk pemimpin masa hadapan yang akan membina negara ini perlu kepada pengorbanan. PERMATA negara bukan untuk segelintir yang cerdik sahaja tetapi semua anak-anak Malaysia adalah permata negara dan layak menerima pendidikan yang terbaik.

Dalam sub NKRA Pendidikan - Prasekolah :

i.Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012; serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Dalam memastikan pencapaian sasaran ini, Kerajaan telah menetapkan 7 strategi utama iaitu
ii.Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan
iii.Melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
iv.Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah KPM, KEMAS dan JPNIN.
v.Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
vi.Menambahkan bilangan prasekolah di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman.
vii.Meningkatkan perkongsian pintar kerajaan –swasta.
viii.Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan.

p/s: Selamat hari guru kepada setiap guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-usatazah, guru tadika, guru tiusyen dan setiap orang yang menjadi guru aku. Moga-moga apa yang dicurahkan mendapar balasan setimpal oleh Allah.

JB-Singapore : Tingkap-tingkap

Saja kali ini aku nak letakkan gambar tingkap-tingkap yang sempat diambil semasa ronda-ronda Singapura. Tingkap-tingkap rumah kedai lama yang cantik seperti di Pulau Pinang. Kebanyakan aku ambil di Arab Street. Layannnzzzzz

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama

JB-Singapura - Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 2)

Bersambung dari Universal Studio Singapore Bahagian 1

Cuaca hari ini alhamdulillah cerah dan panas. Baik panas dari hujan, boleh jalan-jalan.

Kali ini kami masuk ke Lost World pula. Sekali lagi dinasihatkan menyimpan barang kedalam loker sebab ditakuti basah. Kali ini boleh tahan juga beraturnya dalam 40 minit. Disini ramai yang pakai baju plastik yang boleh dibeli di kiosk. Kami tak beli pun sebab tengok ramai yang selamber saja tak pakai. Tapi ada yang turun dari rakit basah kuyup. Tawakal sajalah.
Lost World
Sampai giliran kami. Masuk duduk didalam rakit / pelampung dan perlahan-lahan dibawa ke air. Bergerak mengikut arus air. Pelampung ini akan melalui kawasan sekitar yang dihiasi dengan tumbuhan-tumbuhan dan juga dinosour yang boleh bergerak. Pening juga sebab pelampung ini berpusing-pusing.

Nasib kami baik sebab tak banyak terpercik air.Jika basah dalam permainan ini, ada disediakan satu tempat untuk mengeringkan baju dengan harga SD5.00. Permainan ini OKlah tak ekstrim, santai-santai.

Kebanyakan permainan ini kita terpaksa berbaris sehingga sampai giliran. Jika sesiapa yang rasa ada duit lebih tak tahu nak buat apa-apa bolehlah potong baris. Buka percuma kena bayar tambahan SD50.00 untuk hari puncak.
Logo potong baris.
Disekitar USS struktur binaan dibina mengikut tema seperti jalan di Hollywood, New York, Egypt, Far Far Away, Madagascar, Lost World dan Sci-Fi City.
Egypt
Far Far Away
Semasa lalu di satu melintas satu studio teater tertulis Monster Rock. Dihadapan studio tertulis show akan bermula sebentar lagi. Diberitahu persembahan selama 25 minit sahaja. Jadi tanpa berlengah masa kami masuk. Persembahan baru bermula.

Duduk tak sampai 15minit, tetapi terasa setengah jam. Terpaksa keluar, tak menarik langsung. Buang masa.
Light Camera Action
Berpandukan Studio Guide kami ke New York mencari studio Lights Camera Action. Orang tak berapa ramai, beratur tak panjang. Dalam studio ini di tunjukkan kesan khas yang digunakan bagi menjadikan sebuah ribut. Memang menarik, macam betul.

Dijalan-jalan ada di buat persembahan dan ada juga watak-watak kartun dan karektor dari filem yang boleh diambil gambar bersama. Kadang-kadang watak-watak ini tak sesuai diambil gambar bersama, seksiii dan seksaaaa.
Persembahan-persembahan yang diadakan di dalam USS ini kadang-kadang ada waktu-waktu tertentu seperti Waterworld diadakan cuma 2 kali sahaja iaitu jam 12 tengahari dan 4 petang ( aku terlepas).

Berada dalam USS ni makan pun boleh lupa. Jadi kena makan dulu. Guna kupon diskaun. Kami ke Restoran Goldilocks. Dalam Studio Guide ditanda halal.

Bolehhh tahan saja lahhh, nak perabih kupon
Makan tanpa was-was. Restoran ini menjual berbagai jenis burger. Jadi aku pilih burger ayam grill dengan harga SD11.00 dan penjual beritahu tambah SD4.00 boleh dapat air carbonat dengan bekas yang boleh refill. OKlah ambil satu.

Dalam masa yang ada tak semua permainan dapat dicuba disebabkan masa yang lama berbaris menunggu giliran ( permainan tak lama mana pun ). Kadang-kadang mencecah 40 minit. Jadi hanya yang cekal dan sabar sahaja yang sanggup menunggu. Kalau jenis tak sabar, sendiri mau ingat. Begitu juga jika membawa kanak-kanak, kena tahan sikitlah jika mereka dah jemu beratur. Mungkin pergi hari biasa lebih cepat, pengunjung tak ramai.

Masa dah suntuk. Jadi selepas makan cepat-cepat jalan mengikut Studio Guide mencari  sebuah surau yang disediakan. Lepas solat cepat-cepat keluar dari USS. Jalan tak tengok kiri kanan dah. Kawan-kawan panggil pun buat tak tau ja. Jam dah menghampiri 5petang. Dalam poket ada lagi SD10 Jika terlepas bas, duit ni aku buat beli tiket lain. Sampai ke stesen bas, rakan-rakan yang lain dah naik. Mereka dah menggelabah kami tak sampai lagi. Macam-macam ide keluar supaya bas tak jalan lagi seperti nak ke tandas. Alhamdulillah selamat.
Perjalana balik ke JB, Muka letih.
Selamat tingal Singapura. Anak kawan aku ( nama dirahsiakan ) telah meninggalkan watermark atas kusyen bas sebab minum air banyak sangat.

Malam ini rombongan Kelab Kebajikan akan pulang ke Pulau Pinang dengan 1001 kenangan. Terima kasih kepada AJK-AJK kelab yang berusaha menjayakan program ini.

Gambar-gambar lain semasa di USS boleh klik di Photobucket aku.

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama