gambar hiasan
|
Bila masuk sekolah rendah dan menengah, mula didedahkan dengan suasana yang lebih meriah dan luas. Berbagai hari yang disambut disekolah yang di selit dengan nyanyian. Ada juga sekolah yang mengadakan pertandingan. Ketika nie tak nyayilah lagu " Twinkle twinkle little star, How I wonder what you are....". Ketika ini kanak-kanak mula didedahkan dengan lagu-lagu orang dewasa. Cinta, putus cinta, cinta terhalang dan entah apa-apa cinta lagi (ada lagikah pencipta lagu reka lagu kanak-kanak ketika ini ?) . Ketika ini juga kalau dah ada suara tu merata cikgu bawa menyanyi untuk menaikkan nama sekolah.
Ketika usia ini bukan sahaja sekolah malah ada stesyen-stesyen radio yang menganjurkan pertandingan nyanyian untuk kanak-kanak. Diberilah berbagai nama program dengan berbagai matlamat. Salah satu matlamat ialah untuk menjadikan peserta berani dan meningkatkan jati diri atau orang putih kata self esteem disamping mencungkil bakat-bakat baru. Stesyen TV pun apa kurangnya mengenengahkan bakat-bakat cilik ini. Bersoraklah mak bapak memberi sokongan kepada anak-anak.
Dah lepas sekolah menengah apa lagi ke Universiti la pulak. Tempat ini lagi hebat. Duduk kat Universiti segala macam ada dan pelajar boleh mengurus sendiri apa yang mereka nak buat. Menyanyi, menari berlakon semua ada dengan prasarana dewan yang hebat dengan set pencahayaan dan sistem bunyi yang terbaik. Bukan mereka ja buat persembahan malah ada artis jemputan lagi. Aktiviti kesenian didokong oleh persatuan-persatuan dan juga universiti. Pertandingan dan persembahan bermatlamat untuk memantapkan kepimpinan dan menggerakkan persatuan disamping untuk hiburan.
Bila mereka tamat belajar maka akan menjawat jawatan dalam berbagai sektor termasuklah dalam industri hiburan atau stesyen media. Maka apa yang telah dilalui dari kecil hingga dewasa akan di sampaikan dalam media yang baru dan lebih maju. Maka lahirlah berbagai program hiburan untuk disogokkan. Jeng....jeng...jeng.... nampak mudah ja aku punya kesimpulan kan? Boleh percaya ka?
Nyanyian dan kesenian nie bukan tak boleh, tetapi biarlah mempunyai landasan dan matlamat yang betul. Dengan kesenian dapat meningkatkan keberanian dalam diri berhadapan orang ramai, dapat meningkatkan daya kepimpinan, dapat meluaskan pergaulan dan berbagai lagi. Jika dari awal kanak-kanak di didik dengan nyanyian dan kesenian yang berkonsepkan nasihat, akhlak dan memuji kebesaran pencipta dan diteruskan disekolah dan universiti berkemungkinan dapat melahirkan berbagai rancangan kesenian yang berlandaskan akhlak yang mulia dapat di ujudkan pada masa akan datang. Ini amat diperlukan untuk memantapkan jati diri anak-anak muda supaya tidak hanyut dengan arus hiburan yang melalaikan.
Apa yang dipelajari dari awal berkemungkinan akan mencorak pemikiran masa hadapan.
Ini hanya pendapat aku yang cetek.
p/s : Selamat Hari Raya Eud Adha dari aku sekeluarga.
No comments:
Post a Comment