Demontrasi Bukan Budaya Aku

Baru-baru ini umat Islam dikejutkan dengan tersiarnya Filem Innocence Of Muslims yang menghina Islam dan nabi Muhammad selepas itu karikatur pula. Maka kacau bilau umat Islam. Berbagai dibuat untuk menunjukkan bangkangan dan tidak puas hati terhadap filem tersebut. Demontrasi sana demontrasi sini. Maka berlaku pembunuhan, rusuhan dan letupkan diri dan sebagainya. Dalam dok berbunuh tu rasanya yang banyak mati orang Islam juga. Siapa untung???

Apa pengajaran dari video ini? Memang tak ada pengajaran. Tapi kita dapat pengajaran dari kesan video ini. Bagaimana umat Islam bangun menentang penghinaan terhadap agama dan nabi. Ternampak umat Islam bangkit dan bersatu untuk menentang sesuatu isu. Dalam dan luar negara membuat tindakan yang sama.

Lama kelamaan penentangan ini di lihat beralih arah, berbagai pihak menonjolkan diri untuk menunjukkan bahawa merekalah yang amat menentang. Sudah menjadi satu medan untuk menunjukkan siapa yang jaguh. Masing-masing menunjukkan bahawa merekalah yang terperihatin. Dikumpul ahli-ahli membuat demontrasi. Semua bermain dengan angka. Pengikut aku yang ramai membantah. Bendera aku yang banyak ketika demontrasi dan sebagainya.

Pada mulanya bangkangan terhadap filem tersebut dah menjadi medan politik. Kita bukan nak bersatu menentang, tapi mengambil peluang menunjukkan siapa yang lebih berkuasa. Harapnya bangkangan yang dibuat atas dasar Islam Agama Ku dan Nabi Muhammad Nabi ku tidak ada agenda lain.
Kata-kata seorang pemimpin Yahudi "Hanya apabila bilangan orang Islam yang menunaikan sembahyang subuh sama seperti bilangan mereka ketika menunaikan sembahyang Jumaat , maka hanya pada ketika itu mereka akan menang dan dapat mengalahkan kita"

Kita selalu menunjukkan bantahan terhadap perkara yang jelas sahaja seperti filem, kartun dan gambar yang menghina. Itu adalah perkara yang jelas. Benda yang jelas ini akan datang sekali-sekala. Dan setiap kali datang kita akan mengambil tindakan tertentu untuk menyatakan ketidakpuasan hati. Bagimana pula yang samar-samar.

Terfikirkah kita dakyah yahudi telah lama menyelinap kedalam kehidupan kita. Tak ada bantahan dibuat. Menyokong ada. Pernah dengar dengan strategi 3S. Dah tentu rasanya sebab benda nie dah diketahui. Banyak ustaz-ustaz menceritakan mengenai 3S iaitu startegi yahudi merosakkan umat Islam dengan melekakan kita.

S= Song / Screen : merujukkan kepada hiburan samaada nyanyian, filem, pesta, konsert dan sebagainya. Mereka membuat benda-benda itu suatu yang menarik untuk ditonton dan mengambil bahagian.

S= Sex : Menggunakan unsur-unsur sex dalam hiburan seperti babak-babak berahi dalam filem, adengan cium, pakaian yang menjolok mata tak kiralah dalam filem atau nyanyian. Unsur-unsur sex ini juga masuk kedalam permainan video yang menonjolkan hero perempuan atau lelaki yang pakai ala kadar sahaja. Begitu juga berlaku kepada animasi. Kanak-kanak telah didedahkan dengan watak-watak yang menghairahkan ( dulu ingat lagi kartun She Ra and He Man, kedua-dua hero tu pakai baju dalam ja ). Unsur-unsur sex ini juga menyelinap dalam sukan seperti acara gimnastik dan renang. Dalam sukan permotoran walau yang memandu motor atau kereta tu berpakaian litup tapi yang jadi pengiring bawa payung ( paddock girls ) boleh tersasar.

S= Sport : yang nie bukan saja yang ahli sukan, kaki masjid pun boleh terbabas. Sukan di jadikan suatu yang berprestig dan berpengaruh. Sukan bukan  lagi untuk kesihatan tetapi menunjukkan penguasaan terhadap dunia. Sesiapa yang ketinggalan seolah-olah ia telah terkebelakang.

Unsur-unsur diatas dah lama menyerap dalam nilai hidup kita. Sehingga dalam rumah semua itu dah ada. Tak payah pi konsert nak dengar lagu atau nak lihat artis-artis melompat-lompat, tak payah pi panggung wayang nak tonton filem dan tak payah ke stadium nak lihat aksi sukan. Siaran TV ada, berbayar dan tak berbayar. Boleh tonton semuanya. Nak kata produk dari penerbit kafir, produk penerbit yang mengaku muslim pun dah tak dapat nak dibezakan. Ada sesiapa yang buat demontrasi melihat adengan-adengan panas di kaca TV atau artis yang berpakaian menjolok mata ? Ada sesiapa yang buat bantaham terhadap animasi yang menonjolkan super hero/heroin yang pakai pakaian dalam dan ketat?

Ketika melihat aksi sukan gimnastik atau renang, atlit berpakaian menjolok mata. Ada sesiapa buat demontrasi? Minat sangatkah nak lihat aksi gimnastik terlompat terlipat atas gelanggang atau nak lihat ahli renang terjun masuk air atau minat nak lihat atlit tu pakai baju dalam.

Sekarang kalau nak promosi barangan IKS pun nak kena buat konsert, jemput artis. Tak buat konsert orang tak datang. Itu tak lagi dengan pesta / fun fair yang dianjurkan oleh syarikat media  dan telekomunikasi. Jemput menteri rasmi pun nak kena buat persembahan baru meriah dan orang datang. Ada sesiapa yang buat demontrasi??

Memang benar kita sayang kepada Nabi dan agama Islam, tapi sayang kita dimana? Adakah sayang kita melalui demontrasi jalanan dilakukan sekali sekala jika berlaku penghinaan sacara nyata oleh orang kafir? Sekadar itu sahajakah untuk ditunjukkan kasih sayang ?

Apa sangat dengan mendemontrasi, membakar bendera, membakar patung. Orang kafir tidak gerun dengan demontrasi yang dibuat. Yang ada cuma kepuasan dihati kita sahaja. Mereka pun tahu selepas sebulan dua perkara ini akan hilang diangin lalu. Boleh jadi sahabat baik semula. Umat Islam akan berpecah belah kembali. Mereka pun buat hal lagi sekali.

Selagi umat Islam tak bersatu dan mengamal segala ajaran Islam selagi itulah kita di tindas dan permainkan.  Selagi kita takut untuk melaksanakan undang-undang Islam, selagi itulah orang kafir tak takut dengan kita.

Fikir-fikirkan.

p/s: Peringatan untuk aku sendiri.

No comments:

Post a Comment