Friday, October 19, 2012

Oktoberfest Malaysia : Apa Kebendanya?

Dah hujung Oktober baru nak tulis. Bukan nak promosi Oktoberfest nie, tapi dalam FB ada kawan-kawan sebangsa dan seagama dok "Like" benda nie. Tak pasti lah depa paham apa kebendanya. Yang aku nampak depa tak "Like" yang ada gambar arak berbuih tu tetapi "Like" gambar hadiah sampingan atau barangan promosi. Mungkin tawaran promosi tu menarik seperti gambar kat bawah nie.

Suka sangat ka dengan logo harimau tu ?

Kalau nak "Like" pun fikir-fikirkan lah, sebab setelah "Like", benda tu akan masuk ke "Wall" kita dan dengan tak secara langsung kita telah menjadi agen promosi mereka.

Malaysia nie hebat, semua benda nak di rayakan walau bukan dari kaum-kaum yang ada kat sini. Rasanya kita tak ada kena mengena dengan German (dulu-dulu belajar sejarah tak jumpa perkataan Tanah Melayu pernah dijajah German). Mungkin seronok nak buat parti arak. Benda bersangkutan dengan syaitan nie memang seronok.

Nak tau mengenai apa tu Oktoberfest boleh lawati http://en.wikipedia.org/wiki/Oktoberfest atau cari saja kat google.

~Tolong fikir sebelum "LIKE"~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...