Lama tak tulih pasai makan-makan. Nie cerita dua minggu lepas. Lama tak kena nasi arab ( nasi arab, "arab" dikira kata nama khas atau umum ? ). Search kat internet ramai yang tulis Restoran Hadramawt kat Bandar PERDA. Cadang nak kesitu tapi jauh la pulak.
Bersempena dengan cuti peristiwa
Hari Sukan SK Bertam Perdana
kami pun cuti juga. Jadi menghala ke Sungai Petani membeli
belah apa yang patut kat TESCO. TESCO Sungai Petani Utara. Oleh kerana berada Sungai Petani jadi ada sebuah restoran nasi arab kat area tu. Adalah satu waktu dahulu ternampak restoran nie, tapi tak masuk pun. Jadi kali ini restoran nie menjadi mangsa.
|
Restoran Arabian Mendy, Lagenda Height Sungai Petani. |
Haaaa nie dia Restoran Arabian Mendy. Ramai juga kat internet yang tulis mengenai restoran nie. Muka depan terbentang tulisan arab, jangan silap tuuu bukan bismilah tapi rasanya nama restoran tu dalam bahasa arab kot ( hantu syaitan tak lari tengok benda nie).
Masa kami datang tak ramai orang mungkin dah lebih jam 2 petang, tambahan pula hari bekerja. Menu dah sampai.
|
Menu Nasi Mendy. klik untuk paparan besar. |
Kami pilih nasi dulu, maklumlah dah jam 2 petang tak makan tengahari lagi. Pilih nasi mendy kambing ( mendy atau mandi yang mana betul ?). Set mendy kambing seorang RM 12.00 kalau kombo RM 45.00 ( jimat RM 3.00). Pilih kombo untuk empat orang. Rasanya anak-anak aku makan boleh tahan juga ( cover line).
|
Menu lain. |
Lepas tu pilih pula shawarma, tapi tak ada. Adik yang ambil oder kata, sharwarma di sediakan waktu malam sahaja dengan beberapa menu lain. Tengahari menu nasi sahaja. OK lah.
Minuman kami oder biasa-biasa sahaja kecuali M Ammar oder air Barbican strawberry. Air karbonat la tu, nama sahaja arab. Nie dia dah sampai.
|
Nasi Mendy Kambing combo setalam. |
|
Close-up. Lupa nak close-up nasi yang panjang. |
Nasi mendi combo dihidangkan dalam talam, boleh makan terus dalam talam ~diberi juga pinggan jika nak hidang. Rasa dia memang sedap dan beras yang digunakan panjang dan lembut, kambing pun lembut. Set nasi mendy dihidangkan dengan salatah arabiah ( salad arab seperti timun, tomato, capsicum ), sup dan air asam ( yang nie buat sedikit konpius, kat arab ada air asam ka?).
Kambing boleh tahan banyak tetapi nasi kena tambah sepinggan lagi, tak cukup.
|
Air jenama Barbican nie rasa tak berapa sedap. |
Yang jaga duit cakap, mula-mula buka restoran ini tukang masaknya pak Arab original tetapi sekarang dah balik. Sekarang tukang masak Melayu ambil alih tetapi dah menuntut habis dari pak Arab tu ( dah dapat black belt). Rasa masakan tak lari dari air tangan pak arab.
Suasana dalaman tak nampak macam ala-ala arab. Kaunter dengan pintu masuk sahaja yang nampak arab. Hiasan pun macam restoran biasa sahaja. Ishhh apa yang merepek nie. Nak jadi ID pulak ka? Tapi kena juga untuk mengambarkan ciri-ciri arab bagi disesuaikan dengan menu yang dihidang. Kadang-kadang sedapnya datang dari mata. Susun atur dalaman kedai kemas dan bersih.
Keseluruhan apa yang kami oder memang sedap. Restoran nie dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 11 malam kecuali hari Jumaat dibuka 3 petang hingg 11 malam. Nak tau lanjut boleh hubungi telipon 019-5998631 atau 017-4357519. Lokasi di Jalan Lagenda Height 9, berhampiran TESCO Lagenda Height, Sungai Petani Utara. Mudah lihat Google Map kat bawah.
View Restoran Arabian Mendy in a larger map
Nanti nak datang malam pula nak rasa menu lain.
nice sharing. kalau pi sungai petani boleh la try kat sini pulak.
ReplyDeleteharga pun ok...
murni...kena mai time malam baru meriah sikit
ReplyDeleteKlu nk try yg lain kt laguna punya.. Al haura.
ReplyDeleteTo yg best rasanya kt a.star....kluaq tol utara.
Nama restoran tu arabian delight
Tutup dah restoren ni
ReplyDeleteOoo ya ka. Dah lama tak lalu kawasan tu. Teeima kasih bagi info. Lepas ni nak ke Al Haura.. Ramai kata sedap
Delete