1) Nama Kedai :
Yang ini penting. Untuk menarik orang Islam masuk makan, nama kedai mesti diambil berat. Nama tu biarlah tak ada unsur-unsur sesuatu bangsa atau ugama yang ketara. Tak mau lah nama Restoran Tong San, Maniam Banana Leaf Restaurant, nama macam nie conpom depa tak masuk punya. Letak nama Arab atau letakkan nama orang putih haaaaa baru depa tak pikiaq dua tiga kali nak masuk. Tambah kalau ada ala-ala Perancis kat depan tu lagi best. D'Banana Leaf baru kelasss.
Gambar hiasan
|
Tanda nama kedai. Nama dah cantik ada ala-ala orang putih sikit Perancis sikit. Papan tanda pula kena betul. Tulisan mesti guna Bahasa Kebangsaan kalau nak guna bahasa lain pastikan guna Bahasa Inggeris sahaja atau kedua-duanya. Kadang-kadang tulisan mengambarkan ugama. Tulisan Tamil merujuk kepada agama Hindu, tulisan Cina merujuk kepada agama Budha. Reka corak atas papan tanda pun jangan ada unsur-unsur agama dan peribadatan pemilik kedai.
3) Muka Pintu :
Sangat penting. Selepas tengok tanda nama pasti mata akan tertumpu ke pintu kedai pula. Kalau nampak pokok pisang kiri kanan kedai atau ada patung-patung kompom orang Islam tak masuk punya. Cermin kat depan pun jangan la dok sangkut banda-banda haram seperti dok susun botol arak kat depan tu. Elakkan ada banda-banda macam tu.
4) Suasana Kedai :
Kalau nak makan mesti suasana menarik. Ada landscape, air terjun, kolam....dah la tuuuu. Suasana menarik disini adalah reka susun dalam restoran dan keadaan sekeliling. Tak naklah bila masuk sahaja ada bau colok masuk lubang hidung. Jangan ada reka bentuk landscape yang menjurus kepada agama tertentu atau ada tokong atau disangkutnya gambar-gambar yang tak sesuai dan lain-lain. Suasana juga, janganlah biar anjing berkeliaran dalam kedai.
5) Makanan :
Makanan amat penting. Jangan dok tayang dan hidang benda-benda yang orang Islam tak makan seperti babi dan arak. Ada benda nie konpom orang Islam tak jejak. Benda-benda haram nie kena letak kat belakang ( kalau kat hotel macam tak kisah pula ).
6) Pekerja :
Yang ini amat penting. Pekerja kaunter sebolehnya disulam dengan orang Melayu. Kalau pekerja perempuan pastikan ia bertudung. Dok nampak banyak restoran buat macam nie.
7) Sijil :
Teramat penting antara semua diatas. Sangkutkan sijil SPM, PMR, SKM, NIOSH, ijazah ?? apa kebenda aku taip nie. Semua tu salah, tentulah sijil halal dari JAKIM bersama logonya. Yang ini akan dicari olah semua orang Islam kat Malaysia untuk masuk makan. Ada sijil nie boleh masuk makan tanpa ragu-ragu. Tampallah sijil nie kat muka pintu bersama dengan logonya. Jadi apa lagi, pastikan makanan yang disediakan halal dan pohon dari JAKIM sijil Halal.
Sekarang nie yang aku nampak ada umat Islam masuk kedai-kedai yang was-was atau tak ada Sijil Halal JAKIM tetapi melihat kepada yang no.6 iaitu pekerjanya. Kalau ada pekerja yang Islam maka secara automatik boleh bedal.
Sama-sama beringat.
No comments:
Post a Comment