Vision Park Bertam, Kepala Batas |
Khemah pameran dan jualan. |
Boleh tahan la harga ayam serama. |
Selepas khemah pameran, di kanan taman terdapat tasik yang menghadap ke Masjid Abdullah Fahim. Ramai juga yang memancing kat sini. Entahlah pertandingan atau suka-suka.
Jalan lagi, dok cari sekeliling kat mana ada pameran landskap disekitar Vision Park tetapi malang sekali hanya ada sejemput landskap yang rasanya di buat oleh pihak berkuasa tempatan. Sebelum ini dalam kepala aku terbayang ada sebuah kawasan yang dihiasi dengan landskap-landskap yang menarik yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta. Mungkin juga ada pertandingan antara peserta lanskap, siapa paling cantik. Tapi sayang semua tu tak ada. Layan lah walau sejemput.
Kedalam lagi selepas melalui sejemput landskap yang ada kat situ diadakan pula pertandingan burung. Boleh tahan juga banyak sangkar kat situ. Tapi aku tak paham apa yang syok sangat dengan burung nie. Hanya jauhari mengenal manikam.
Pertandingan burung |
Jom balikkkkkkk.... |
Acara pun tamat. Keseluruhan bagi aku tak berapa menarik, sebab perkataan LANDSKAP yang menjadi tajuk utama tak mencapai matlamat dan kalau boleh biar ada pameran landskap dan jualan yang lebih banyak kearah landskap seperti jualan pokok bunga, buah-buahan, alatan menyelanggara landskap, baja dan sebagainya.
Lokasi Vision Park bersebelahan Masjid Abdullah Fahim. Lihat Google Map kat bawah.
View Vision Park Bertam in a larger map
No comments:
Post a Comment