Kota Kuala Kedah
Masa balik kampung berkesempatan melawat kedua-duanya. Ketika ini Ahmad Firas baru seminggu bersunat. Boleh lah jalan-jalan berkain pelikat (Boleh nyanyi lagu Kain Pelikat la la la la Anuar Zain dengan Ellina). Oklah kita mula satu-satu. Hari masih pagi, kami terjah dulu ke Kota Kuala Kedah. Dah lama dok Kedah inilah rasanya aku sampai kesini. Sesampai saja disini, mudah sahaja masuk. Tak jumpa seorang pun hulubalang atau soldadu penjaga kota. Kami masuk sajalah.
Ahmad Firas masih berkain pelikat, baru bersunat. |
Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar.
Tembok yang mengelilingi Kota Kuala Kedah. |
Pada mulanya semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah (1602-1620) kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh dengan mendapat bantuan dari pihak Portugis. Pada 1619 kota ini di musnahkan oleh Armada Aceh pada dan Portugis di usir. Kota ini dibaiki semula tetapi sekali lagi pada tahun 1770 kota ini di serang dan dimusnahkan oleh Armada Bugis.
Muzium Koata Kuala Kedah. |
Rumah Api dibina didalam Kota pada tahun 1891 yang dikenali sebagai Rumah Pelita. Kos pembinaan di biayai oleh Kerajaan Thailand. |
Kota ini dilengkapi dengan meriam katak dan meriam badak berendam yang dibeli dari Belanda dan British. Didalamnya juga disirikan sebuah Istana.
Tak banyak artifek yang di pamerkan. |
Didalam muzium ini di letakkan pengkisahan sejarah Kota Kuala Muda. Kena rajin baca baru tahu. |
Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yang wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945.
Bersama abang yang menjaga Muzium. Sungguh ramah. |
Kepada yang berminat nak melihat tinggalan keagunang Negeri Kedah bolehlah melawat kesini.
Alamat:
Muzium Kota Kuala Kedah
Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara)
Kampung Seberang Kota
06600 Kuala Kedah Kedah Darul Aman
Telefon: 04-741 2152
Waktu melawat:
Setiap hari, Isnin - Ahad 9 pagi - 6 petang
Bayaran Masuk: Percuma
GPS:
6.108508, 100.286448
6°06'30.6"N 100°17'11.2"E
Ada beberapa link yang menceritakan Koat Kuala Kedah ini:
1- http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-kota-kuala-kedah
2- http://war-story.blogspot.my/2009/12/kota-kuala-kedah.html
3- http://catatanberkat.blogspot.my/2013/12/sejarah-kota-kuala-kedah-kuala-kedah.html
4- http://www.sinarharian.com.my/rencana/kota-kuala-kedah-benteng-pertahanan-1.69760
5- http://www.jurnalmalaysia.com/?p=3785
No comments:
Post a Comment