Ang Hea & Hor Loh

Tak ada apa nak tulis jadi saja tempek gambar durian Balik Pulau, Ang Hae/Heh ( udang merah) dan Hor Loh ( labu ).
Ang Hea atau udang merah : Isi warna kuning kemerahan ( bukan merah macam gincu maybelin tuuu, merah sikit ja ), rasa manis-manis pahit. Yang nie aku suka.

Hor Loh atau labu : warna isi kuning, rasa manis-manis lemak ( kurang manis).
Ada berbagai lagi jenis durian yang terkenal seperti Mau Shan Wang ( Musang King), Lipan, Cheh Puay dan Tiam Teng. Yang dua gambar kat atas tu harga dalam RM18.00 sekilo. Harga boleh kata tak berapa nak jatuh walau kat sekeliling penuh dengan durian. Boleh maintainnn. Seeloknya beli pada waktu pagi sebab buah yang luruh semalam. Ada juga penghantaran petang untuk buah yang jatuh pagi nie. Kalau lewat pasti menyesal, habissss.

Boleh kata semua durian ini mengeluarkan bau yang kuat. Tuuu yang best, satu kampung tau. Tak macam durian dari Thailand yang kurang bau.

Sampai sekarang masih lagi menjadi misteri ialah macam mana tokey durian tau buah tu elok atau tak. Jika disuruh toreh sikit nak tengok isi. Tokey tu dengan selamber toreh dan isi mesti elok punya. Bila bawa balik adalah pangsa yang buruk atau berulat ( nasib laaa).

Kebanyakan gerai durian akan beri jaminan kualiti. Jika buah tak elok, berulat atau buruk boleh tukar. Maklumlah harga serupa beli emas. Kalau macam aku nie yang dok kat seberang, ada nak bawa sebiji durian pi tukar manahala jauh tuuu.

Kalau nak senang, suruh tokey kedai buka dan masukkan dalam bekas. Bawak balik. Tapi tak best, durian kalau dah lama terbuka tak dak feeelll masa makan.

No comments:

Post a Comment