Beg plastik menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Nampak bagaimana kekuatan membeli belah rakyat Malaysia. |
Pagi ini tak ada apa-apa acara cuma mengemas dan packing barang. Sarapan pun di bilik sahaja, menghabiskan bekalan yang dibawa. Takkan nak bawa balik Malaysia semula. Sementara ibu bapa mengemas barang, anak-anak pagi nie bebas untuk berenang kat kolam hotel. Perghhh... pakat semua melompat, macam inilah acara terbaik di HCMC.
Firas dari awal sampai nak naik tak berani masuk dalam air. |
Kolam renang Somerset Service Residece. |
Hampir tengahari semua beg-beg diturun dan dimasukkan ke dalam bas. Selamat tinggal Somerset Service Residence. Dah tengahari sebelum naik kapal terbang, isi perut dulu di Restoran Kampung Melayu yang terletak berhampiran Cho Ben Thanh Market. Begitu akrab ikatan orang Melayu Malaysia dengan Melayu Champa. Kalau pupus Kampung Melayu di Malaysia masih ada lagi Restoran Kampung Melayu di HCMC buat kenangan.
Restoran Kampung Melayu bersebelahan Restoran Hajah Basiroh. GPS 10.771927, 106.697024 atau 10°46'18.9"N 106°41'49.3"E |
Berdekatan dengan Cho Ben Thanh Market nie ada ada banyak restoran yang menyediakan masakan Halal antaranya Warong Sai Gon, Restoran Aysah, Restoran Amin. Mudah untuk orang Isalm yang berkunjung ke sini.
Buah apa entahlah sebagai pencuci mulut. |
Alhamdulillah kenyang. Waktu Zohor pun dah masuk, jadi solat dulu di masjid terbesar di Vietnam, The Central Mosque Ho Chi Minh City atau Masjid Al-Jami'a Al-Muslimin.
The Central Mosque Ho Chi Minh City. |
Selesai solat, perjalanan terakhir di HCMC iaitu ke Lapangan Lerbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Selamat 4 malam berada di Ho Chi Minh City berbagai pengalaman menarik menjadi rakaman kenangan.
Group rombongan, beg dah bertambah. |
Bersama pemandu pelancong yang membawa kami pusing-pusing HCMC, En Hamid dan Mis Lin. |
Akhir sekali kami sekeluarga ucapkan bebanyak terima kasih kepada abang ipar yang bawa kami kesana.
Thành phố Hồ Chí Minh chia tay atau Selamat tinggal Ho Chi Minh City.
[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]
1. Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2. Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3. Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4. Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5. Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6. Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7. Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8. Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay
Very good sharing information..tak sabar nak ke sana!!!
ReplyDelete